Dulu Lain Logo
Undang-Undang Buruh – Cuti Tahunan Undang-Undang Buruh – Cuti Tahunan
>> SENARAI KERJA KOSONG MENARIK DI MALAYSIA << Salah satu salah fahaman yang sering dialami oleh pekerja-pekerja adalah dengan merasakan mereka BERHAK pada cuti... Undang-Undang Buruh – Cuti Tahunan

cuti-tahunan

>> SENARAI KERJA KOSONG MENARIK DI MALAYSIA <<

Salah satu salah fahaman yang sering dialami oleh pekerja-pekerja adalah dengan merasakan mereka BERHAK pada cuti tahunan sebaik sahaja mereka memulakan perkhidmatan dengan majikan baru mereka.

Ini adalah tidak benar.

Di bawah undang-undang buruh di Malaysia, cuti tahunan hendaklah diperolehi (earned) dan bukannya dimiliki secara automatik.

Jika tiada terma dalam kontrak yang dipersetujui dan menyatakan kelayakkan cuti tahunan pekerja, maka mengikut peruntukkan pada Akta Kerja 1955, kelayakkan cuti pekerja adalah seperti yang berikut:-

  1. 8 hari, jika telah bekerja selama kurang dari 2 tahun.
  2. 12 hari, jika telah bekerja selama 2 tahun tetapi kurang dari 5 tahun.
  3. 16 hari, jika telah bekerja selama 5 tahun atau lebih

Dengan syarat pekerja berkerja dengan majikan yang SAMA dan secara berterusan.

Seksyen 60E. Cuti Tahunan

(1) Seseorang pekerja adalah berhak mendapat cuti tahunan berbayar:

(a) lapan hari bagi setiap dua belas bulan perkhidmatan berterusan dengan majikan yang sama jika ia telah berkerja dengan majikan bagi tempoh kurang dari dua tahun;

(b) dua belas hari bagi setiap dua belas bulan perkhidmatan berterusan dengan majikan yang sama jika ia telah berkerja dengan majikan itu bagi tempoh dua tahun atau lebih tetapi kurang dari lima tahun; dan

(c) enam belas hari bagi setiap dua belas bulan perkhidmatan berterusan dengan majikan yang sama jika ia telah bekerja dengan majikan itu bagi tempoh lima tahun atau lebih,

Contoh:

  • Mus mula bekerja di Syarikat DLSL pada 1/11/2011.
  • Pada 1/5/2012, beliau memohon untuk cuti tahunan selama 1 hari.
  • Adakah dia layak mendapat cuti tahunan?

Berdasarkan contoh di atas, Mus tidak layak mendapat cuti tahunan berbayar kerana baru bekerja secara berterusan dengan Syarikat DLSL selama 6 bulan.

Hanya selepas 31/10/2012 iaitu selepas 1 tahun perkhidmatan secara berterusan, barulah Mus layak kepada cuti tahunan berbayar selama 8 hari.



Pekerja-Pekerja Part-Time (Sambilan)

Hak-hak mereka di nyatakan dalam Employment (Part-Time Employees) Regulations 2010 yang telah beroperasi sejak 1 hb Oktober 2010.

Syarat-syarat cuti tahunan adalah sama, cuma bilangan cuti yang diberikan adalah:

  1. 6 hari, jika telah bekerja selama kurang dari 2 tahun.
  2. 8 hari, jika telah bekerja selama 2 tahun tetapi kurang dari 5 tahun.
  3. 11 hari, jika telah bekerja selama 5 tahun atau lebih

Maksud ‘berterusan

Berterusan bermaksud kekal kerja dengan majikan yang sama tanpa berhenti/tamat perkhidmatan. Jika pekerja bekerja selama 6 bulan dan kemudiannya berhenti selama 2 bulan.

Maka apabila dia bekerja kembali dengan majikan yang sama kiraan masa perkhidmatannya akan bermula dari tarikh kontrak yang baru itu.

Jika pekerja digantung kerja selama beberapa bulan, kiraan adalah kekal dari tarikh kontrak asal kerana pekerja tidak dianggap berhenti kerja/ditamatkan perkhidmatannya [Rujuk kes: Golden Hope Plantations (Peninsular) Sdn Bhd (Ladang Sungai Senarut) v Saraswathy a/p Kathan [2003] 2 MLJ 570 (HC) ].

Tempoh Mengambil Cuti Tahunan

Di bawah Seksyen 60E (2), majikan hendaklah memberikan cuti tahunan, MANAKALA, pekerja hendaklah mengambil cuti tahunan ini tidak lewat dari 12 bulan selepas setiap 12 bulan berterusan perkhidmatan.

Mula Kerja (1/1/2010) >>Layak Cuti (1/1/2011) >> Tempoh Ambil Cuti (hingga 1/1/2012).

Jika pekerja GAGAL mengambil cuti dalam tempoh tersebut, maka pekerja akan hilang kelayakkan.

Namun, dia berHAK pada bayaran sebagai ganti (in lieu) kepada cuti tahunan  jika atas permintaan majikan dia bersetuju secara bertulis tidak mengambil cuti tahunan itu.

Cuti Sakit Jatuh Pada Cuti Tahunan

Jika pekerja telah memohon dan mendapat kelulusan cuti tahunan dan tiba-tiba dia sakit dan mendapat cuti sakit atau cuti bersalin (meternity leave), maka cuti tahunan akan dianggap sebagai tidak ambil oleh pekerja. [Seksyen 60E (1B)]

Hak Pekerja Dan Hak Majikan

Adakah pekerja boleh mengambil cuti tahunan bila-bila masa dan seberapa lama yang perlu? Bolehkah majikan menolak permohonan cuti tahunan?

BOLEH. Majikan boleh menolak permohonan cuti tahunan itu.

An employee’s entitlement to annual leave cannot be claimed as of right. He must obtain permission from his employer in order to abstain him from going to work. Failure to obtain such consent would render him as being absent without leave. This is a fundamental breach of contract“. – Industrial Court Award (474/97)

“It is a misconception to suggest that an employee can go away whenever he submits his leave application without regard to the employer’s convenience. The right of an employee to go on leave must be balanced equitably with the exigencies of the employer;s business….” – Industrial Court Award (587/1998)

Bolehkah majikan memaksa pekerja mengambil Cuti Tahunan?

TIDAK BOLEH. Majikan tidak boleh meminta pekerja mengambil cuti tahunan kecuali atas kemahuannya sendiri. Rujuk Industrial Court Award (76/1982)

Akibat Ponteng Kerja

Jika pekerja (i) tidak hadir daripada kerja  (ii) tanpa kebenaran majikan dan (iii) tanpa alasan munsabah bagi (iv) lebih daripada 10% hari kerja sepanjang 12 bulan perkhidmatan berterusan berkaitan dengan mana haknya untuk mendapat cuti tersebut terakru, ia TIDAK BERHAK mendapat cuti itu. [Seksyen 60E (1) para 4]

Penamatan Perkhidmatan Sebelum Mencapai 12 Bulan Perkhidmatan

Jika tidak cukup 12 bulan perkhidmatan beterusan dengan majikan yang sama semasa kontrak tamat, maka hak pekerja mendapat cuti berbayar adalah mengikut nisbah langsung dengan bilangan bulan perkhidmatan. (pro-rata).

Undang-Undang Buruh – Cuti Tahunan

soalan dan kemusykilan

Ismail N

ISMAIL N is the Chief Blogger/Blog Owner. An HR practitioner in his normal daily life & a casual blogger in his free time. Addicted to coffee, Man Utd and Pokemon Go (TL40). Most easily accessed via his Twitter account.