Undang-Undang Buruh Di Malaysia: Akta Kerja 1955

Employment Law

Employment Law Di Malaysia

Apabila membicarakan tentang undang-undang buruh atau pekerjaan (Employment Law) di Malaysia, pastinya ramai yang terfikir mengenai Akta Kerja 1955.

Ia sememangnya satu perundangan buruh yang amat penting yang menyediakan satu rangka-kerja undang-undang yang menyeluruh meliputi soal pembayaran gaji pekerja, hari rehat, cuti umum, penamatan kontrak kerja dan sebagainya.

Baca juga:

faedah minima akta kerja

Namun, harus ingat bahawa hubungan dan tanggungjawab antara majikan dan pekerja sebenarnya terletak pada kontrak kerja yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak sebelum pekerja memulakan tugasnya.

Oleh itu, suka saya ingatkan agar pekerja-pekerja dan bakal pekerja agar memberi penekanan akan isu kontrak sebelum memulakan tugas masing-masing.



Sebaiknya para pekerja:-

  • meminta agar diberikan kontrak bertulis
  • diberi masa meneliti dan memahami kontrak yang bakal ditandatangani
  • mengetahui hak-hak yang ada pada seseorang pekerja
  • mengetahui tanggungjawab pekerja kepada majikan
  • dan sebagainya

Kontrak Kerja

Tiada Kontrak Bertulis

Jika majikan enggan memberikan kontrak bertulis, maka tidak bermakna tidak wujud suatu kontrak kerja antara pekerja dan majikan.

Rujuk artikel undang-undang kontrak (Contract Law) dalam blog ini yang menerangkan elemen-elemen kontrak seperti tawaran, penerimaan dan balasan.

berhenti kerja 24 jam

Tanpa kontrak bertulis juga tidak bermakna hak-hak dan tanggungjawab kedua-dua pihak terbatas.

Hak-hak dan tanggungjawab itu wujud seperti mereka yang mempunyai kontrak bertulis juga, cuma masalah wujud dalam mendefinasikan hak dan tanggungjawab yang wujud itu.

Misalnya:

Berapakah cuti tahunan dalam setahun yang layak diperolehi oleh pekerja?

Berapa bulan notis diperlukan apabila pekerja mahu menamatkan kontrak kerja?

cuti tahunan

Dengan adanya kontrak bertulis, pastinya soalan di atas lebih mudah dijawab bukan?

Tanpanya, peruntukan undang-undang seperti Akta Kerja 1955, Ordinan Buruh Sabah dan Ordinan Buruh Sarawak akan memainkan peranan dalam mengenalpasti hak-hak dan tanggungjawab yang wujud di antara pekerja dengan majikan.

akta dan ordinan buruh

Akta-Akta Yang Berkaitan

Selain dari Akta Kerja 1955, terdapat beberapa statut (perundangan) yang wujud dan relevan bagi pekerja dan majikan.

Ini termasuklah:-

  • Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Industrial Relations Act 1967)
  • Ordinan Buruh Sabah (Sabah Labour Ordinance [Cap. 67])
  • Ordinan Buruh Sarawak (Sarawak Labour Ordinance 1952)
  • Akta Pampasan Pekerja 1952 (Workmen’s Compensation Act 1952)
  • Akta Kesatuan Sekerja 1959 (Trade Unions Act 1959)
  • Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) (Occupational Safety and Health Act 1994)
  • Akta Kilang Dan Jentera 1967 (Factories and Machinery Act 1967)
  • Akta Kanak-kanak dan Orang Muda (Pekerjaan) 1966 ( Children And Young. Persons (Employment) 1966)
  • Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Employees Provident Fund Act 1991)
  • Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 ( Employee Social Security Act 1969)
  • Peraturan-Peraturan Kerja (Faedah-Faedah Penamatan Dan Rentikerja Sentara) 1980 (Employment (Termination and Lay-Off Benefits) Regulations 1980)
  • Perintah Gaji Minima 2012 (Minimum Wage Order 2012)
  • Akta Imigresen 1959/63 (Immigration Act 1959/63)
  • Akta Umur Persaraan Minimum 2012 (Minimum Retirement Age Act 2012)
  • dan lain-lain lagi
* Secara amnya kita lebih merujuk kepada Akta Kerja 1955 bagi melihat hak-hak dan tanggungjawab majikan dan pekerja.
Untuk Sabah, rujukan pula pada Ordinan Buruh Sabah, manakala untuk Sarawak, bolehlah merujuk kepada Ordinan Buruh Sarawak.

Pemakaian Akta Kerja 1955

AKta Kerja 1955 hardcopy

Akta Kerja 1955 TIDAK TERPAKAI di Sabah dan Sarawak.

Begitu juga Ordinan Buruh Sabah CUMA DIGUNAKAN di Sabah, manakala Ordinan Buruh Sarawak untuk mereka yang di Sarawak.



Akta-Akta dan Ordinan-Ordinan Yang Lain

Statut-statut lain yang saya senaraikan di atas adalah perundangan yang spesifik iaitu untuk perkara yang spesifik sahaja.

Contohnya:

  1. Permasaalahan mengenai caruman KWSP hendaklah dirujuk pada Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991;
  2. Berapa gaji minima yang perlu dibayar oleh majikan kepada pekerja perlu di rujuk pada Perintah Gaji Minima 2012; dan
  3. Soal pas kerja bagi pekerja bukan warganegara/permastautin perlu dilihat pada Akta Imigresen 1959/63

caruman KWSP

Faedah Minima Di Bawah Akta Kerja 1955 (Akta 265)

Akta Kerja 1955 atau Akta 265 ini digubal pada tahun 1955 dan telah dipinda hampir keseluruhannya pada tahun 1998. Akta ini mengandungi peruntukan-peruntukan yang bertujuan melindungi pekerja dari sebarang ekploitasi oleh majikan dan meletakkan faedah-faedah minima yang perlu diberikan kepada pekerja YANG DILINDUNGI di bawah Akta ini.

Nota Tambahan:

Peruntukkan Ordinan Buruh Sabah & Sarawak adalah hampir serupa dengan Akta Kerja 1955, oleh itu pekerja-pekerja di Sabah & Sarawak boleh juga merujuk artikel-artikel berkaitan Akta Kerja 1955 dalam kes-kes mereka.

Namun, untuk lebih tepat dan sempurna, rujuk kembali Ordinan berkenaan terutama dalam soal jumlah dan tempoh.

Kontrak Kerja Dan Pematuhan Terhadap Faedah Minima Dalam Akta Kerja 1955 Dan Ordinan Buruh

Dengan ini mana-mana kontrak kerja yang tidak mematuhi peruntukan-peruntukan di bawah Akta Kerja 1955 atau Ordinan Buruh Sabah/Sarawak ini adalah terbatal dan tidak efektif.

Pekerja yang dilindungi di bawah Akta ini boleh membuat laporan dan tuntutan jika majikan gagal mematuhi faedah minima yang ditetapkan oleh Akta Pekerjaan 1955.

Pengecualian Di Bawah Akta Kerja 1955 Dan Ordinan Buruh

Harus diingat terlebih dahulu bahawa BUKAN SEMUA pekerja adalah dilindungi di bawah Akta ini.

Ianya cuma melindungi pekerja yang dinyatakan di bawah:

  1. Jadual Pertama Akta Kerja 1955 dan
  2. digajikan di bawah kontrak perkhidmatan.

Jadual Pertama Akta Kerja 1955

Akta Kerja 1955 cuma melindungi pekerja-pekerja yang tersenarai dalam Jadual Pertama Akta Kerja 1955.

Syaratnya antara lain adalah:

  • Pekerja bergaji hanya RM2,000 dan ke bawah; atau
  • Jika ia melebihi RM2,000, pekerja hendaklah tergolong dalam senarai yang dinyatakan di dalam Jadual 1 pada Akta ini.
  • Pekerja domestik seperti orang gaji dan tukang kebun di rumah tidak termasuk dalam senarai pekerja yang dilindungi ini.

Bagi mengetahui lebih lanjut maksud PEKERJA YANG DILINDUNGI ini, anda boleh merujuk pada artikel:-

Nota Tambahan:

Terdapat beberapa peruntukkan KHAS dalam Akta Kerja 1955 yang TERPAKAI buat semua pekerja tidak kira jumlah gajinya dan ini termasuklah peruntukan berkaitan:-

  • perlindungan waktu hamil (maternity) – cuti dan faedah bersalin
  • gangguan sexual (sexual harassment)

Kontrak Perkhidmatan

kontrak kerja anda

Bagi maksud Akta Kerja 1955:

pekerja” adalah mereka yang di bawah kontrak perkhidmatan (Contract of Service) dan bukannya kontrak bagi perkhidmatan (Contract For Service) .

Kontrak Perkhidmatan ini termasuk juga kontrak perantisan.

Bagi maksud Akta ini, kontrak meliputi kontrak lisan dan bertulis.

Jika anda tidak mempunyai kontrak pekerjaan yang bertulis, maka peruntukan-peruntukan dalam Akta ini secara automatik digunakan bagi kontrak anda.

Beza antara “kontrak perkhidmatan” dan “kontrak bagi perkhidmatan” boleh anda baca di artikel:

Undang-Undang Buruh: Kontrak Pekerjaan.



Maksud “Faedah Minima” Yang DiTetapkan Oleh Akta

Akta Kerja 1955 ini hanyalah menggariskan faedah MINIMA sahaja. Ia tidak bermakna majikan tidak boleh menyediakan kontrak yang tidak mengikuti peruntukan Akta.

Majikan boleh memberikan faedah mengikut apa yang mereka mampu bagi menarik ramai pekerja di tempat mereka, namun faedah yang diberikan hendaklah TIDAK KURANG dari apa yang diperuntukkan di dalam Akta.

Antara garis panduan bagi faedah minima yang disentuh oleh Akta Kerja 1955 termasuklah:

Aduan Pada Jabatan Tenaga Kerja

Sebarang pertikaian antara majikan dan pekerja hendaklah diadukan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) berdekatan (dahulunya dikenali sebagai Pejabat Buruh). JTK juga boleh MEMBERIKAN NASIHAT DAN KAUNSELING buat pekerja yang memerlukannya.

Jika pekerja diberhentikan kerja secara salah dan perkerja inginkan pampasan, maka dalam tempoh 60 hari dari tarikh dia diberhentikan secara salah itu, dia hendaklah membuat aduan kepada JTK.

Nota Tambahan: Pindaan pada Seksyen 69 Akta Kerja pada tahun 2012 yang lalu, telah memberikan kuasa pada Pengarah Jabatan Tenaga Kerja mendengar aduan dari pekerja yang gajinya melebihi RM2,000 tetapi tidak lebih dari RM5,000 dalam hal: berkaitan permasalahan pekerja seperti pembayaran gaji dan lain-lain jenis upah.

Mahkamah Buruh

Biasanya pihak JTK akan menyiasat aduan-aduan yang diterima dari pekerja dan majikan dan ini akan mengambil sedikit masa bagi mengumpul keterangan. Dalam menjalankan fungsi menyelesaikan isu antara majikan dan pekerja, Pengarah Jabatan Tenaga Kerja sebenarnya menjalankan fungsi sebagai “Mahkamah Buruh” (Labour Court).

Mahkamah Buruh perlu dibezakan dengan Mahkamah Perusahaan yang diwujudkan di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967 dan mendengar kes-kes yang lebih berat seperti soal penamatan kontrak kerja secara salah.

undang-undang buruh

Penalti Atas Kesalahan

Majikan-majikan yang melakukan kesalahan di bawah mana-mana akta atau ordinan yang disenaraikan di atas boleh dikenakan hukuman penalti atau denda. Nilainya adalah bergantung pada kesalahan yang dilakukan dan sebagaimana yang diperuntukan oleh undang-undang.

Contohnya: kesalahan tidak mematuhi “umur persaraan minimaboleh didenda sebanyak RM10,000.

Di harap artikel ini dapat membantu anda semua dalam hal-hal yang berkaitan hak-hak dan tanggungjawab anda sebagai majikan dan pekerja. Sebarang komen dan soalan dialu-alukan. Komen dan soalan akan melalui proses moderasi dan cuma akan diterbitkan selepas disahkan oleh kami (untuk mengelakkan komen’spam‘).

* Kami akan cuba memberikan respon secepat mungkin bila ada masa terluang. Sila masukkan alamat e-mail yang sah dan yang anda gunakan bagi menerima notifikasi bahawa komen anda telah dijawab. Terima kasih.

Kemaskini: 9hb Ogos 2014.

soalan dan kemusykilan

 

755 Comments

  1. Saya bekerja sebagai contract for service di jabatan kerajaan. Tapi gaji kami sentiasa lewat kadang-kadang sehingga 9hb dan 15 hb baru dapat untuk gaji bulan lepas punya… sedangkan undang-undang ada menyatakan gaji pekerja tidak boleh lewat dari 7hb mesti dibayar kepada pekerja.

    bagaimana saya ingin membuat aduan??

  2. Assalamualaikum..tuan,sya mohon pencerahan,apabila seorang pekerja swasta mendapat cuti sakit selama 2 minggu selepas keluar dari rawatan dihospital,kemudian dapat lagi cuti selama 2 minggu selepas rawatan susulan,adakah majikan berhak menggantikan cuti sakit tersebut dengan diberi cuti tanpa gaji?

    1. W’salam Laraa,

      Cuti sakit itu ada kelayakkannya setiap tahun. Jika kelayakkan itu telah habis digunakan, maka pekerja terpaksa mengambil cuti tanpa gaji setiap kali dia sakit.

  3. sy bekerja sebagai receptionist kat hotel…tp slama probhation gaji sy diberi rm650 n cuti sakit sy juga dipotong walaupun sy ada sick leave..even surat hitam putih pun tak ada..kerana mengikut undang2 gaji pekerja tdk kurang dpd rm800..walaupun kedai kopitiam gajinya juga dah rm800 inikan hotel yang dah dicop 3 star beri staff gaji begitu kecil..saya berharp sangat pihak jabatan buruh ambil tindakan secepat mungkin kerana semua staff disini tiada yang makan gaji rm800 ke atas..walaupun kerja melebihi 3 tahun…

  4. saya berkerja sebagai pengawal keselamatan inhouse sebuah university swasta. kami berkerja 12jam (4 jam ot wajip) masalahnya duit ot wajip kami di potong rm1.09 setiap jam .bila kami bertanya kepada pihak hr mereka memberi jawapan bahawa pemotongan itu terkandung dalam akta buruh.kami nak tahu akta buruh mana yg diguna pakai untuk potong ot kami dan adakah kerja normal hour dan kerja syif mempunyai undang2 yang sama atau tidak.

    1. Adee,

      Anda perlu pastikan dulu apakah alasan pemotongan tersebut. Perlu ada sebab yg spesifik. Sebaiknya anda merujuk kepada JTK untuk nasihat lanjut ya.

  5. Salam,
    Saya ingin bertanya, legal ke jika kita sebagai majikan tolak gaji pekerja yang datang lewat atau absent terus tanpa sebab? Bolehkah juga kita tolak gaji pekerja yang menyebabkan kerosakan pada barang jualan samada dalam peringkat ‘work in progrees’ atau ‘finish goods’? Seorang supervisor telah diamanahkan untuk menjaga barang di stor namun didapati barang tersebut hilang,adakah boleh kami tolak gaji sebagai penalti seperti juga cashier yang jika hilang duit kena dahulukan duit sendiri dahulu.. Mohon pencerahan kerana saya masih adalam proses pembelajaran dalam pekerjaan.. terima kasih, May Allah bless u..

    1. W’salam,

      Kita bukan tolak gaji dalam erti kata yang literal. Tapi kita cuma bayar gaji berdasarkan MASA SEBENAR dia berkerja. Setiap pekerja ada kadar gaji sejamnya bukan? Oleh itu, jika dia cuma kerja 7 jam (sebab lambat) dari 8 jam yang sepatutnya, maka kita bayar gajinya pada nilai 7 jam sehaja. Ia dibenarkan oleh undang-undang.

      Untuk tolak gaji atas sebab kerosakkan atau kehilangan dan sebagainya perlu ada persetujuan dari pekerja terlebih dahulu dan sebaiknya ada siasatan dan pekerja mengaku bersalah atau siasatan mendapati dia bersalah. Gaji adalah perkara “Asas kontrak”, maka pemotongan perlu ada kebenaran pekerja dan sebaiknya persetujuan bertulis.

  6. salam,

    Kalau HQ singapore kita bekerja di syarikat malaysia adakah cuti umum wajib mengikut singapore atau malaysia?

    TQ

    1. W’Salam Lin,

      Undang2 buruh ni ikut place of business bukan siapa owner dia. So, kalau pejabat di Malaysia, maka pejabat itu ikut undang-undang Malaysia ya.

  7. selamat pagi.saya pekerja klinik swasta.Nak tanya,adakah pihak majikan boleh membayar basic salary di bawah rm900 kpd pekerjanya?bolehkah majikan menetapkan berapa basic salary yang dia nak bayar utk setiap pekerja?majikan saya membayar basic salary yang berbeza utk setiap pekerja.adakah basic salary ini d bayar mengikut pengalaman dan pendidikan?TQ.

    1. Selamat pagi Oyo,

      Adalah menjadi hak mutlak majikan untuk menentukan berapa gaji yang mahu diberikan pada setiap majikan. Apa kelayakkan, pengalaman atau tugasan yang diberikan adalah tidak relevan. Yg penting nilai setiap pekerja di mata majikan.
      Namun, majikan tidak boleh memberikan gaji kurang dari RM 900 utk pekerja di Semananjung atau RM 800 di Sabah & Sarawak.

  8. sy ingin bertanya…apakah tindakan yang dikenakan jika seorang pekerja 2 ingin melanjutkan pelajaran tetapi tidak memberi notis selama 2 bulan??

    1. Hi Roy,

      Pertamanya, anda perlu rujuk kontrak kerja samada notis perlu diberi. Selalunya memang ada.
      Jika notis diperlukan ia perlu diberi atau majikan boleh menuntut pada nilai notis itu. Jika dua bulan, maka dua bulan gaji perlu di bayar pada majikan untuk berhenti serta merta.

  9. Salam..
    1- adakah berhak jika sesebuah syarikat swasta memotong gaji pekerja yg lewat 6minit keatas sebanyak rm20 utk 1-3 hari..rm100 utk 4-10hari..rm200 11-20hari..rm300 utk 21-30hari??

    2-syarikat beri cuti sakit bergaji 14hari bg perkhidmatan kurang dri 2tahun..adakah cuti sakit bergaji ni termasuk cuti kecemasan ahli keluarga (anak sakit).

    1. Hi Putri..sy cuma nak berkongsi sedkit pengetahun yang ada. Untuk persoalan yg ke-2, berdasarkan Akta Kerja 1955, Seksyen 60F(1)(aa) Jumlah cuti sakit berbayar yang seseorang pekerja layak bagi satu tahun ialah :
      -14 hari (bekerja krang daripada 2 tahun)
      -18 hari (bekerja 2 tahun>5 tahun)
      -22 hari (bekerja 5 tahun ke atas)
      Cuti sakit juga memerlukan satu sijil (surat pengesahan) dari pengamal perubatan -doktor(sama ada yang dilantik oleh majikan atau doktor klinik kerajaan)

      Cuti kecemasan pula seperti anak sakit ni bergantung dengan budi bicara majikan..maaf jika ada ada yg tersilap

    2. W’salam Putri,

      1. Sykt boleh membayar mengikut masa sebenar pekerja berkerja. Dalam maksud lain, dia boleh memotong gaji jika pekerja tidak cukup masa kerjanya. Soalan seterusnya adalah samada 6 minit lewat itu sama nilainya dengan RM 20? Jika tidak, ia merupakan satu pemotongan yang tidak sah.
      2. Tidak ia cuma utk pekerja sendiri sahaja.

  10. assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
    salam kemerdekaan

    saya seorang pekerja kakitangan awam. Tempoh saya berkhidmat baru 14 tahun. Saya mempunyai satu situasi yang menyebabkan saya tidak dapat bekerja kerana tidak cukup wang. kerap kali tidak datang kerja kerana situasi keberhutangan yang kronik dan komitmen mencapai 60% daripada gaji saya. Saya telah berusaha mencapai persefahaman dan persetujuan dari majikan saya untuk membantu saya tapi gagal. malah gaji saya dipotong dalam jumlah besar disebabkan ketidakhadiran saya untuk bekerja. Pernah dalam sebulan, gaji saya dipotong sebanyak RM900.Saya sedar kesalahan saya dan saya mohon dipotong sebulan RM100..tapi tidak diendahkan..lebih teruk lagi saya mengesyaki majikan meniru tandatangan saya berkaitan pemotongan gaji saya. Dalam tahun ni, 2014, saya tidak menandatangani sebarang borang tetapi dalam slip gaji saya tertera ‘terima bayaran balik tahun lalu’.sedangkan gaji saya sudah 2 tahun tetap dipotong. Tahun lepas, 2013,saya ada menandatangani borang dan gaji saya dipotong sampai bulan ogos tetapi saya dapati tetap terus dipotong RM300 hingga RM400 sebulan tiap-tiap bulan sehingga sekarang.
    Mohon pencerahan dari pihak tuan. terima kasih kerana menyediakan blog seperti ini. Mudah2an diberkati dunia dan akhirat. Be Blessed…Stay Blessed.
    Wassalam.

    1. W’salam Arief,

      Kalau kakitangan awam ia ada pertaturan yg berbeza dgn kakitangan swasta dan mintak maaf saya kurang pasti mengenainya. Yang saya tahu kakitangan awam tertakluk pada peraturan dan pekeliling yg dikeluarkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa. Rujukan pada pihak atasan mungkin boleh membantu.
      Soal hutang itu, anda cuba mohon pertolongan dari apkp : http://www.akpk.org.my/ Mungkin mereka boleh membantu.
      Bab tiru tandatangan tu, ia merupakan kesalahan yg serius dan lapuran polis hendaklah dibuat terhadap majikan anda.

  11. assalamualaikum…
    sya ada kwn (org indonesia) yg kje sbg operator kilang kt sini..kje shift 12 jam (6am-6pm @ 6pm-6am)..mslhnye, majikan die (supervisor kilang tu) x bg pekerja semua balik on time..setiap hari mesti balik lewat 2-3 jam,kdg2 dekat 4 jam (kene buat keje lg & x dikira sbg OT pun) wlaupun bdk2 shift lain dh msuk..dh tu keje pulak direct smpai sebulan (kdg2 lebih)..cuti kdg2 dpt la sehari @ 2 hari dlm masa sebulan..majikan die pulak selalu marah2 (tengking,mencarut,ugut & lain2 lg, tp xde la smpai pukul) kt diorang semua..yg operator ni semua perempuan termasuk la kwn sya..supervisor tu pulak lelaki hindu..pstu die ingat die tu warganegara Malaysia, boleh la nk tindas bdk2 pompuan indon tu semua..x sedar diri pnye org..keturunan die pun bkn asal dr malaysia pun..minta pendapat & pertolongan, klau2 ada akta or tindakan yg boleh dikenakan pd majikan kwn sya tu..niat sya cuma ingin membantu sesama Islam..

    1. W’salam Kak Lin,

      Harap bersabar ya. Perkara ini memang berlaku di mana-mana. Dunia hendak kiamat mungkin Kak Lin, sebab itu ramai yang suka marah-marah πŸ˜€

      Apa-apa pun, jika kawan itu digajikan secara sah (ada permit kerja dsb), maka dia boleh buat aduan atau minta nasihat dengan Jabatan Tenaga Kerja berdekatan. Isu-isu berkaitan gaji (pembayaran, ot dan lain-lain) adalah tertakluk pada bidang kuasa JTK. Mereka boleh menerima aduan, memberi nasihat dan yang paling penting sekali ialah membuat siasatan dan tindakan pada majikan2 yang engkar pada undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan.

  12. hi,
    I have some matter to clarify with u regarding mc.I went to G.H for tooth extract and i applied annual leave for the day even thou i knw i will get mc.When i go G.H they did a surgery for tooth and i got 3 stictches,doc give me mc for 3 days but i say don’t want coz if i take mc i’m going to lose this month allowance and also end of year mc allowance Rm 150.Im a single mother & facing money problem also my salary is not enough so i decide not to take mc as i’m in need of money.Then my neighbour who working in Goverment told me if i get G.H mc and submit management cannot cut my allowance coz the mc is frm Goverment.If it was mc from panel clinic or any other private clinic management can cut allowance.Is tht true?
    My gum,cheeks swollen terribly,i can’t eat nor talk properly but i still come to work

    1. Hi Jb Girl,

      How’s your gum now? I hope it’s getting better. I can imagine the pain having gone through the same problem last year.
      As for your MC problem, you need to check on your employment contract first. I assume you working in a private sector and not with govt like your neighboor right? The thing is allowance is some sort of incentive that employers normally give to their employees. It is not compulsory under any laws. Therefore, how many it must be given or how it should be given are up to the employers. You need to check on your contract to ascertain that. Thank you.

      1. Hi thanks fr ur reply..juz on monday went to G.H so today is 3rd day..still swollen and coudn’t eat anything using hand,had to use spoon coz can’t open mouth wide..i check with with my HR she said these allowance doesn’t come in labour law and it is company policy..neway thank u again for reply,and ask abt my gum.

  13. Saya salah seorg mangsa diberhentikan kerja secara lisan dan saya menuntut 2 bulan gaji dr majikan lama.. Tp bila dpt surat dr JTK saya hanya akan dibayar servis poin 3.5 iaitu 1600+.. saya tak faham. sedangkan gaji saya sebulan 4000.. mohon pencerahan.

    1. Hi Ainol,

      Anda perlu rujuk kembali surat JTK tersebut dan bertanya mereka bagaimana jadi begitu. Saya tidak boleh membantu memberi pendapat tanpa latarbelakang kes yang lengkap dan alasan2 yg diberikan oleh majikan dan JTK. Harap maaf.

  14. Assalamualaikum En Ismail, saya baru terbaca artikel di blog encik dan saya ingin bertanya sebelum saya mengambil langkah / tindakan ke atas majikan saya.

    Adakah boleh saya buat aduan ke pajabat buruh berkenaan kakitangan yang dinafikan hak nya seperti cuti tahunan, tuntutan perjalanan kerana menjalankan tugas (kerana setiap kakitangan ditempat saya bekerja layak untuk membuat tuntutan perjalanan dll tapi hak saya seorang sahaja dinafikan) , tekanan kerja sehingga menyebabkan saya keguguran.
    Dan untuk makluman encik, sebelum ini saya dan kakitangan di cawangan negeri telah membuat satu surat aduan kepada pihak sumber manusia namun tindakan yang dikenakan hanyalah nasihat kepada majikan yang terlibat sahaja. Dan sekarang perkara ini berulang lagi.

    1. W’salam Noorazila,

      Sudah tentu anda semua boleh membuat aduan pada Jabatan Tenaga Kerja terutamanya jika anda semua dilindungi oleh Akta Kerja 1955 (gaji di bawah RM 2,000). Adalah menjadi tugas JTK utk menyiasat dan mengambil tindakan pada majikan yang menafikan hak2 pekerja. Cuma, saya akui adakalanya proses agak perlahan sedikit kerana JTK perlu juga menerima lapuran dari majikan, membuat aduan dan dalam banyak kes memberi peluang terlebih dahulu kepada majikan memperbaiki kesilapan. Oleh itu, jika majikan masih enggan patuh pada arahan yg diberikan oleh JTK, pekerja perlu membuat follow-up agar JTK dapat menjalankan tindakan selanjutnya.

  15. Salam tuan

    Saya nak mohon pencerahan, adakah ada dalam peruntukkan berkaitan tempoh masa memaklumkan kepada kakitangan sebelum sesuatu program dijalankan dan adakah salah sekiranya kakitangan menandatangani satu memorandum untuk mohon pihak pengurusan menunda tarikh program ke suatu tarikh yang lebih sesuai.

    Thanks
    GLC company

    1. W’salam Sam,

      Saya rasa itu adalah hal prosedur dan pentadbiran syarikat. Maka kontrak dan garis panduan syarikat yang perlu anda rujuk. Tidak salah memohon pada majikan agar sesuatu program syarikat ditunda. Cuma majikan ada budibicara untuk menerima atau menolaknya, lebih2 lagi jika ini telah dinyatakan secara spesifik dalam kontrak.

  16. I am being employed as a Part-Time Worker titled as a General Manager as appear in the company name card given. My monthly salary or allowance is RM3000. As a friend no working terms detail or written contract was given. Most important he want me to complete a professional task where he promised me a commission of 3% out of RM6,000,000.00 project being secured. I have been paid for 6 months now and lately he seems reluctant to pay in time and full. By the way, the task assigned or expected of me has been completed. In front of all other workers as witnesses, he declared that he still want to employed and use my service when I offered him that I can resigned if he wish to do so or no longer require my service. Here I have 2 questions :
    (1) The company (He) has not or seems reluctant to pay me for the past two months.
    (2) The commission promised amounting to RM180,000.00 is not yet being paid even a single cent.
    Please let me know what best should I do from here before everything become too late! TQ Sir and appreciate your prompt reply.
    (Note : I am please to provide more detail info if you wish further)

    1. Hi Firdaos,

      Based on your salary, you are not covered by the Employment Act 1955, therefore your case is totally on contractual matter. From what you have given me, I’m convinced that there is a breach of contract committed by your dear friend. Nonetheless, in the absence of any written contract, proving your case can be a difficult task, unless you have a reliable and credible witness to back your story. You need a lawyer to assist you on your claim.

      However, although your are not covered by the above mentioned Act, you can still sought help from the Labour Department as the Act allows employee (on your pay scale) to make report on matters pertaining to wages. Do visit them first before you decides to engage any lawyer for further assistance.

      Thank you.

  17. salam Tuan..

    saya nak bertanya berkenaan tempoh bagi pekerja sambilan harian (PSH) di jabatan kerajaan dimana tempoh tawaran adalah 3 bulan.. dan saya di lanjutkan lagi 3 bulan dan seterusnya. Jadi saya masih menunggu tawaran kontrak atau tetap sampai sekarang masih lagi status PSH. Adakah di sektor kerajaan memboleh kan mereka memberi atau membayar pekerja sambilan harian terlalu lama? atau mereka ada undang-undang mereka sendiri yang membolehkan mereka membayar pekerja sambilan harian sesuka mereka dalam tempoh yang begitu lama…? Ini kerana position/jawatan saya sekarang ini memang kosong, jadi mengapa mereka tidak memberi tawaran kontrak atau tetap terus kepada saya..? Jadi saya mohon pihak tuan memberi sedikit informasi berkenaan masalah saya ini.. sekian terima kasih, Hakim.

    1. W’salam Hakim,

      Saya tidak arif dalam prosedur dan peraturan2 utk pekerja2 kerajaan. Mereka ada peraturan sendiri yang berbeza dengan pekerja swasta. Haraf maaf.

      1. terima kasih atas maklumbalas.. tak mengapa saya cuba bertanya yang arif pasal benda ini.. Jadi memang mereka ada peraturan sendiri la nie berbeza dgn swasta..?

  18. Assalamualaikum

    Saya bekerja secara kontrak selama dua tahun. Adakah saya berhak untuk mendapat cuti kematian bagi saudara terdekat saya ie. abang kandung saya dan berapa harikah saya layak untuk mendapat cuti tersebut.

    Dan jika pihak majikan mengatakan kami pekerja tidak layak untuk mendapatkan cuti tersebut, apakah yang patut kami lakukan.

    Mohon pencerahan.

  19. assalamualaikum…..sy nak tye,biasenya gaji dibayar berapa hb?sbb x ada tertulis dlm kontrak kerja sy,kdg2 smpai 13hb br syarikat byr gaji.mohon penjelasan encik..terima kasih

  20. TUAN,

    SAYA BEKERJA DI SYARIKAT SWASTA BAHAGIAN CUSTOMER SERVICE. PERKERJAAN SAYA MEIBATKAN SAYA BERURUSAN DI KAUNTER BAGI KHIDMAT PELANGGAN.

    NAMUN, SUPERVISOR SAYA SERING MENINGGIKAN SUARANYA KEPADA KAMI DI HADAPAN PELANGGAN PELANGGAN KAMI DAN PALING TERUK KETIKA KAMI SEDANG MELAYANI PELANGGAN KAMI DI KAUNTER.

    SOALAN SAYA, APAKAH AKTA ATAU HUKUMAN BAGI MAJIKAN/SUPERVISOR YANG:-
    1. MENJATUHKAN AIR MUKA / MENINGGIKAN SUARA KEPADA STAFF?
    2. MENJATUHKAN AIR MUKA / MENINGGIKAN SUARA DI HADAPAN PELANGGAN / KHALAYAK RAMAI?

    BEBERAPA SEORANG PELANGGAN KAMI JUGA SERING MENGADU DAN BERTANYA KEPADA KAMI, TENTANG TINGKAH LAKU SUPERVISOR KAMI YANG SERING MEMARAHI KAMI KETIKA MEREKA BERURUSAN DI KAUNTER.

    DI HARAP PIHAK TUAN DAPAT MEMBANTU

    1. Hi Ammy,

      Kes-kes sebegini memang kerap berlaku di mana-mana. Saya pun tak faham mengapa ramai orang yang suka marah-marah. Maybe ada problem peribadi, entah lah.

      Cuma bila berlaku hal di atas, undang-undang tidak boleh masuk campur. Ia lebih kepada masaalah dalaman organisasi. Pihak majikan dan pengurusan perlu menyelesaikan masalaah ini atau ia akan menjejaskan prestasi syarikat.

      Sebagai pekerja, anda semua cuma boleh lapurkan sahaja kepada pegawai atasan dengan harapan dia akan mengambil tindakan dan menyelesaikan masaalah yang ada.

      Semoga masaalah anda dapat selesai dan sukses selalu. Terima kasih.

  21. Salam,

    Rakan saya bekerja di sebuah syarikat IT di ibu kota yang mempunyai ibu pejabat di US. Sudah setahun bekerja dan beliau mempunyai prestasi yang baik. Malangnya pejabat di Malaysia ditentang oleh para pekerja di US dan hasil dari ini, mereka akan “downsize” syarikat di Malaysia. Sebanyak berbelas jurutera akan dibuang kerja termasuk rakan saya. Mereka hanya mahukan 10 pekerja yang rata-rata adalah “shift lead”. Soalan saya apakah yang rakan saya layak dapat? Dan sekiranya dalam offer letter mengatakan tender period adalah sebulan, adakah wajar untuk syarikat menangguh pengumuman pembuangan kerja di akhir bulan? Pada ketika ini berita ini telah disebarkan oleh seorang staff yang baik dengan pengurus. Mohon jasa baik beri penjelasan. Terima kasih

    1. W’salam Lisa,

      Setakat ini belum ada retrenchment yang dibuat kan? Harap2 ia cuma khabar angin sahaja ya.

      Apa-apa pun, dalam undang-undang, majikan memang ada HAK untuk buat restructuring semula perniagaan mereka. Ingat entiti bisness objektifnya adalah membuat “keuntungan”. Oleh itu, jika perniagaan tidak lagi efficent, maka mereka boleh buat restructuring bagi mengembalikan tahap efficiency dalam perniagaan.

      Apabila hal ini dibuat dan terdapat pekerja2 yang akan dibuang menerusi proses downsizing dan retrenchment, maka adalah tanggungjawab majikan membuktikan bahawa wujudnya kerugian dan hilang efficient itu. Cuma mereka tidak perlu tunjukkan pada pekerja2 sekarang. Ia cuma perlu dibuktikan bila ada pekerja2 buat tuntutan di mahkamah perindustrian nanti.

      Antara proses asas dalam retrenchment adalah “LIFO” iaitu “Last in First Out”. Asasnya pekerja yang hendak di berhentikan itu hendaklah pekerja2 yang baru masuk. Ada syarat2 dan kekecualian pada prinsip asas. Tapi sebaiknya jika berlaku retrenchment, rakan anda hendaklah merujuk peguam IR bagi mendapatkan nasihat dan bantuan.

      Terima kasih.

  22. Salam.

    Saya telah diberi cuti sakit oleh doktor selama 3 bulan selepas kaki saya patah akibat terjatuh di rumah. Soalan saya:
    i. berapa lamakah saya layak mendapat cuti sakit bergaji
    ii. majikan saya mahu saya balik bekerja walaupun cuti saya (3 bulan) belum tamat atau saya akan diberhentikan. Bolehkah saya dipecat dengan alasan ini dan apa hak saya sebagai pekerja?

    Terima kasih.

    1. Berapa lama itu bergantung kepada kontrak kerja anda dan samada anda dilindungi oleh Akta Kerja atau tidak. Tempoh perkhidmatan juga mempengaruhi kelayakkan cuti sakit anda. Harap baca juga artikel cuti sakit berbayar dalam blog ini
      Soal samada boleh ditamatkan atau tidak agak subjektif. Bergantung pada banyak sebab seperti terma kontrak, keperluan majikan, sakit anda, samada anda dilindungi akta atau tidak dsb. Harap rujuk kontrak kerja anda dgn peguam atau kaunselor JTK

      1. Terima kasih atas balasan tuan. Sy tlh berkhidmat selama 10 thn. Sy tlh mendptk penjelasan drp HR dan dberi cuti bergaji selama 2 bln. Namun begitu, sy diminta kembali berkerja dlm masa 1 bln.

  23. assalam
    pada 15/8/2014 saya telah menerima notis diberhentikan kerja. Tarikh surat tu ditulis adalah pada 8/8/2014 dan berkuatkuasa sehingga 15/8/2014. Masalah saya skrg, surat itu diberikan kepada sy melalui kiriman kepada kwn sekerja sy, dan surat itu diserahkan kepada saya oleh kwn sy selepas waktu bekerja, iaitu lebih tepat lg, pukul 11 malam baru sy dpt surat tu. Apakah status sy ? diberhentikan serta merta ataupun dengan seminggu notis ? kenapa surat itu tidak diberikan dr tarikh surat ditulis, dan tidak diberikan secara rasmi kepada sy ? adakah sy tertindas ? utk pengetahuan tuan, sy juga tidak diberikan surat tawaran atau tandatangan apa2 surat tawaran sejak hari pertama kerja sehinggalah di berhentikan

    1. W’salam,
      1. Notis berkuatkuasa pada saat anda komunikasi notis effektif iaitu apabila anda terima surat itu
      2. Tanpa surat tawaran, kontrak kerja masih sah. Cuma terma-terma yang tidak tersurat itu akan menjadi pertikaian dua-dua pihak. Sebaiknya dapatkan bantuan/nasihat kaunselor JTK atau peguam dalam soal ini.

      1. saya ada seorang staff yang telah pun melebihi tempoh percubaan selama 6 bulan.. sepatutnya 3 bulan namun saya lanjut kan lagi selama 3 bulan.. tapi beliau masih gagal dalam percubaan tersebut.. dan masih tidak menepati kehendak saya sebagai majikan.. dan bulan lepas atas dasar simpati saya lanjut kan lagi percubaan nya selama sebulan lagi.. dan masih lagi tidak memuas kan hati saya.. boleh kah saya menamat kan percubaannya dgn membuang nya dari syarikat saya? berapa lama notis saya harus bagi? salah kah perbuatan saya ini? serba salah saya..

  24. Assalamualaikum,

    Saya ade situasi yang mana saya baru berkerja di sebuah syarikat di PJ yang mana saya masih dalam tempoh percubaan. dalam tempoh itu saya telah di diagnose penyakit diabetis. Persoalan saya sekarang adalakah saya patut melapor perkara ini kepada phak majikan saya ? Jika ya, adakah terdapat peruntukan untuk melindungi saya jikalau ade “missconduct” dari pihak majikan (disebab masih dalam tempoh percubaan dan diagnose masa tempoh percubaan).

    Harap pihak Tuan dapat menasihat dalam perkara ini.

    Terima kasih,

    1. Penyakit diabetis bukanlah penyakit berjangkit, maka tiada keperluan untuk memberitahu majikan.

      Akan tetapi bila di minta majikan utk disclose apa2 penyakit yg ada, maka ia perlu diberitahu.

      Sudah tentu majikan tidak boleh discriminate mana-mana pekerja atas sebab penyakit. Cuma, bila anda dalam tempoh percubaan, ada kemungkinan mereka tidak akan confirm kan anda dalam kerja bila mereka tahu masaalah anda lebih2 lagi jika ia menggangu tugasan anda.

  25. saya pernah ada konflik dengan offcemate saya berkenaan beliau yang tidak mahu menjalankan tugas dan menghabiskan masa dengan menonton movie di laptop dan tidur. Lalu saya terlalu sakit hati dan menulis sesuatu tentang kelakuan beliau dilaman sosial saya facebook, Namun beliau terasa dan membuat aduan pada HR tentang status saya di facebook. Saya diberikan surat amaran atas kesalahan tersebut..Yang menjadi tanda tanya adakah menjadi satu kesalahan jika saya membuat status tersebut dilaman sosial saya sendiri berkenaan salah laku officemate saya yg tidak mahu menjalankan tugas.

    1. Status di laman status boleh jadi suatu yang peribadi melibatkan anda dan rakan sekerja. Tetapi jika disertakan dengan maklumat tempat kerja dsb, serta mencetuskan suasana yang kurang sihat boleh jadi juga menjadi urusan kerja.

      Lihat juga surat amaran yang diberikan. Pasti ada di nyatakan jenis kesalahan dan makumat berkaitan. Anda rasa adakah terdapat justifikasi pada tuduhan itu? Jika tidak, mungkin anda boleh berjumpa HR dan mendapatkan maklumat lanjut.

  26. hai semua..saya ada masalah..kawan saya seorang wanita dan dalam offer letter di offer keje ‘CLERK’ then selepas dah confirm tiba2 datang plak manager baru yang lebih kepada RACIST tdak bpuashati dgn kwan sya..manager trus letak kawan saya dekat guard house,,,ape yg hrus kwan sya lakukan ?? sdngkn dlm offer letter position dia CLERK BUKAN GUARD,dan waktu bkerja turut di rombak..dlm offer letter wktu bkrja 8.30 am – 5.30pm tp bila di rombak 8.00 am – 6.30 pm tnpa meminta psetujuan bersama kami…apa yg harus dilakukan.
    mohon bantuan dan pandangan.

    1. Wow dari kerani ke guard? Pada pendapat saya, ini boleh dikategorikan sebagai ‘constructive dismissal’.
      Harap anda boleh rujuk kes anda ke Jabatan Tenaga Kerja berdekatan. Terima kasih.

  27. hi and gd evening,

    i was been terminated without any reason from the company. i have been working with the company for 6 month and 16 days. at first i been told that i was no longer to needed in the company and they terminated my service. they promised me they will issue me a termination letter in few days time but i didn’t received any calls and even the letter was been promise to me, but i have a call from the company saying, the company is asking for my resignation letter. i am confused about this matter. should i tender my resignation letter? off cause not right. i remember on my appointment letter stated that both party should give 1 month notice. if in this case, am i entitle to received 1 month notice payment from the company?

    1. Hi Aaron,

      Are you still going to office to work? Did they stop you from doing your work? If yes, then you definitely have been terminated. In such case, you need to get clarification on the reason for termination. If it is because of misconduct, then proper procedures must be followed.

      Do not tender your resignation unless you really want to leave your employment and avoid confrontation.

      The best avenue is to seek advise from the Labour Office or Jabatan Tenaga Kerja on this matter. Do bring your employment contract and other relevant documents to help their officers in investigating this matter.

  28. Hi, emak saya bekerja di sebuah syarikat kecil memproses makanan. Company tersebut kadang2 memberi cuti tanpa gaji atas alasan stok sudah banyk dan memotong sebahagian dari gaji basic emak saya. Kadang kala jika permintaan yang melampau, mereka dikerah bekerja dari 9pagi hingga jam 2pagi tanpa membayar ot. Dan jika hendak balik awal, mereka tidak akan membayar elaun potong ayam popcorn. Kami dari keluarga miskin dan tidak tahu kemana nk tuju. Bos pula akan membuang pekerja yang memberontak dan menggantikan merwka dengan pekerja asing dengan gaji yang lebih rendah. Kerja lebih 12 jam sehari dan 6hari seminggu. Apa yang patut sy buat skrg ni??

    1. Saya simpati dengan masaalah emak anda. Namun, perkara sebegini memang banyak berlaku di mana-mana dan terpulang pada setiap individu untuk menyelesaikan masaalah dengan cara yang terbaik buat mereka. Mencari kerja di tempat lain adalah satu opsyen tetapi saya faham juga bukan mudah untuk cari kerja lain. Cara kedua ialah melapurkan kesalahan2 majikan ini pada Jabatan Tenaga Kerja berdekatan agar tindakan di ambil terhadap majikan. Kalau boleh lakukan secara bersama-sama dengan pekerja lain. Resikonya adalah majikan pandai merahsiakan maklumat dan berdolak dalih dgn JTK. Selain dari itu, jika mereka tahu siapa yg buat lapuran, mereka akan diskriminasi terhadap pekerja itu. Oleh itu, kena tabah kalau mahu opsyen ini dan dapatkan nasihat kaunselor JTK secukupnya sebelum memulakan sebarang tindakan.

  29. Tuan,

    Tempat saya bekerja telah membuat pemotongan gaji sesuka hati jika ada stok barang yang hilang..sebelum itu kami telah diberi surat perjanjian untuk bertanggungjawab atas segala kerugian yang ditanggung oleh syarikat..

    Persoalanya adakah pekerja boleh menanggung kes kerugiaan syarikat sedangkan kami bukannya pemegang syer syarikat.Semua kami adalah kuli-kuli sahaja…

    Harap mendapat penjelasan tuan yang bijaksana.

    Sekian.Terima kasih

    1. Perkara pertama yang perlu kita fahami adalah “gaji” adalah terma paling ASAS dalam sesuatu kontrak kerja. Maka sebarang pindaan atau adjustment pada gaji hendaklah dibuat secara “bilateral” atau dengan persetujuaan kedua-dua belah pihak.

      Prinsip amnya, pemotongan gaji TIDAK BOLEH di buat oleh majikan KECUALI:-
      1. Menerusi peruntukan perundangan. Contohnya: caruman KWSP, Socso atau di bawah Seksyen 22 Akta Kerja 1955 yang tidak mengandungi sebarang peruntukkan bagi tujuan gantirugi atas kerosakkan pada harta/aset majikan.
      2. Ia telah dibenarkan menerusi peruntukan nyata dalam kontrak kerja atau “collective agreement” yang dibuat antara majikan dan pekerja2.
      [Rujukan: Kejuruteraan Samudra Timur Sdn Bhd v Seli a/k Mandoh & Anor [2004] 5 MLJ 179, [2004] 1 CLJ 393]

      Oleh itu, perkara yang harus dilihat ialah:-
      1. samada terdapat terma tersurat dalam kontrak anda semua yang telah anda persetujui bagi tujuan penolakkan gaji atas sebab kerosakkan aset majikan semasa dalam menjalankan tugas/kerja.
      2. telah dibuktikan bahawa kerosakkan atau kerugian yang di alami adalah atas kecuaian atau kesalahan pekerja. Jika pekerja tidak bersetuju bahawa dia telah cuai atau salah, maka satu “inquiry” patut di buat telebih dahulu.

      Untuk maklumat yang lebih lanjut dan lebih tepat, mungkin anda boleh rujuk dengan kaunslor JTK atau peguam IR berdekatan. Terima kasih.

  30. SALAM,

    SAYA START BEKERJA 2 DISEMBER 2013 SEBAGAI PEMBANTU TADBIR DAN JAWATAN BERSTATUS TETAP. SYARIKAT TELAH TETAPKAN PERCUBAAN SELAMA 6 BULAN BERMULA DARI TARIKH KEMASUKAN. PADA 14 MEI 2014 SAYA MENGALAMI KEMALANGAN JALAN RAYA DAN DI BERI MC SELAMA 1 BULAN 12 IAITU DARI 14 MEI 2014 SEHINGGA 24 JUN 2014. OLEH DI SEBABKAN SAYA AMBIL MC YANG LAMA SEMASA DALAM PERCUBAAN SAYA DI LANJUTKAN TEMPOH PERCUBAAN DARI 25 JUN 2014 SEHINGGA 24 JULAI. PADA 7 OGOS SAYA MENERIMA NOTIS BERHENTI KERJA SEBAB ATAS ALASAN MARKAH PERCUBAAN KURANG DARI 70%, AMBIK MC BANYAK DAN TIDAK PERFORM KERJA. BERDASARKAN “EMPLOYMENT HANDBOOK” JIKA TIDAK PERFORM SAYA PATUT DI BERI LAGI 3 BULAN LANJUTAN PERCUBAAN. SAYA TIDAK DI BERI RUANG UNTUK DEFEND DIRI SAYA.

    HARAP SAUDARA DAPAT MEMBANTU

    TERIMA KASIH

    1. Anda mungkin boleh mohon pandangan kedua dari JTK atau peguam IR dalam kes sebegini. Cuma pada pendapat saya, majikan tidak buat apa-apa kesalahan bila dia buat keputusan untuk tidak menyambung kontrak anda di akhir tempoh percubaan. Banyak keputusan mahkamah menyatakan bahawa seorang yang dalam tempoh percubaan tiada hak lagi terhadap jawatanya sehingga dia telah sahkan ke dalam jawatan.

      Daalm satu kes IR, mahkamah ada quote yang berikut:-
      “It is well settled law that at the end of probationary period, it is open to the employer to continue the employee in his service or not at his discretion, otherwise the distinction between probationary employment and permanent employment will be wiped out. Even if on the expiry of the probationary period, the work of the employee is satisfactory, it does not confer any right on him to be confirmed”.

  31. SALAM,

    SAYA START BEKERJA PADA 2 NOVEMBER 2014 PEKERJAAN SAYA SEBAGAI PEMBANTU TADBIR TEMPOH PERCUBAAN SAYA ADALAH SELAMA 6 BULAN DARI TARIKH KEMASUKAN DAN PADA 7 OGOS 2014 SAYA TIDAK BERHENTIKAN ATAS ALASAN KERJA TAK PERFORM KERJA, AMBIL MC DAN MARKAH “APRAISAL” KURANG DARI 70% BYK SEDANGKAN PADA 14 MEI 2014 SAYA TERLIBAT DENGAN KEMALANGAN JALAN RAYA DAN MENGALAMI KERETAKAN DI BAHAGIAN KAKI DOKTOR BAGI MC 1 BULAN 12 HARI. MASALAHNYE KENAPA SAYA TIDAK DI LANJUTKAN TEMPOH PERCUBAAN SEDANGKAN JIKA PEKERJA TIDAK PERFORM 3 BULAN LAGI AKAN DI BERI. SAYA DI BERHENTIKAN SEOLAH2 SAYA BUAT SALAH BESAR SEPERTI MENCURI HARTA SYARIKAT ATAU TERLIBAT DENGAN DADAH.

    HARAP SAUDARA DAPAT MEMBANTU SAYA.

    TERIMA KASIH

  32. Salam, saya ada kawan Bangladesh yang bekerja di perak. beliau bekerja 28 hari sebulan dan 12 jam sehari di mana cuti diberi 2 minggu sekali.. persoalannya, adakah akta ini tertakluk kepada pekerja asing dan adakah majikan melakukan kesalahan dari sisi undang2?

  33. Good day to you!

    I am currently working in chemical laboratory johor jaya branch. I am a permanent staff here and past 3months getting my salary on 7th of the month. And for this month I havnt got my salary and its already 8th of the month. How and where would i complain this matter?

  34. salam. sy bekerja di sebuah syarikat kecil yg hnya ada 3 org staff termasuk bos. syarikat ini beroperasi di rumah teres 2 tingkat di shah alam. sy mula bekerja pd 21/4/2014 tiada offer letter. semasa interview,bos mnjanjikan pelbagai faedah tp smpai skrg jnji tinggal janji. gaji selalu lewat. beliau jnji gji akn diberikan pd setiap hujung bulan tetapi bila tiba saat itu, gji tiada.alasan beliau, sibuk banyak kerja. baru2 ini sebelum rya, beliau xde pn nk bg gji awal. gji tetap mcm biase lewat. bila sy mnta advance, dia ckp persiapan raya tak penting pun. tak perlu bazir duit buat semua tu. boleh ke dia ckp mcm tu pd staf? tentang epf, dlm payslip ade pemotongan, bila cek penyata langsung xde. apa pndapat encik tentang masalah sy?

    1. Sudah tentulah ada kesalahan yang dibuat oleh majikan anda terutama nya dalam soal pembayaran lewat gaji. Namun, saya harap anda faham juga masaalah majikan dalam kegawatan ekonomi masa kini yang mana banyak perniagaan yang sedang merundum.

      Sebaiknya, bertanya masaalah majikan dan kaji samada anda patut kekal bekerja di sana. Lihat juga peluang2 yang ada disekeliling anda dan jangan terlalu mengharapkan sesuatu dari majikan.

      Harap anda tidak berkecil hati dengan jawapan saya ini. Namun, hakikatnya bukan semua masaalah boleh diselesaikan secara konfrantasi atau menegakkan hak masing-masing. Bagi saya majikan dan pekerja, patut support each other, baru lah semua akan dapat nikmati faedahnya nanti.

    2. Salam, isteri saya staff kontrak di jabatan kerajaan. Saya ada mendengar staff kontrak tidak diberi cuti bersalin. Adakah ia benar? Saya ada terbaca yang tidak kira kontrak memang diberi cuti bersalin(bergaji).

      1. Anda harus rujuk pada kontrak yang diberikan. Selain dari itu, staff kerajaan tertakluk pada peraturan dan pekeliling yg dibuat oleh pekerjaan. Akta Kerja 1955 tidak terpakai pada mereka.

    3. Assalam encik, saya ingin bertanya bolehkah pekerja membatalkan surat tawaran yang telah ditandatangani di syarikat yang baru kerana syarikat yang sekarang menawarkan sesuatu yang lebih.Pekerja tersebut belum lagi lapor diri di tempat baru. Harap dapat penjelasan. Terima kasih

      1. Ia bergantung kepada surat isi kandungan surat tawaran itu samada ia mengikat atau tidak.
        Namun, anda boleh memaklumkan dengan baik keputusan anda untuk tidak jadi berkerja bersama majikan baru. Dalam banyak kes dimana pekerja belum memulakan kerja, majikan akan melepaskan sahaja mana-mana individu yang sudah tidak berminat berkerja bersama mereka.

  35. Assalam…
    cmpny kapal persiaran yg sy bkerja sekarang didaftarkan pd 9/9/2013,dan pd mula nya boss bgtahu sy,campny akn ttup operasi selama 3bln iaitu 15/07/14 sehingga 15/10/14 oleh kerana kapal besar persiaran membuat inspection dan pembaik pulih keadaan kapal,gaji jln sperti biasa yg tlh dijanjikan tp pada 27/07/14 sy dapat sms dr manger britahu bln 8 (dibyr gaji) ni last operasi di pasir gudang dn akn ditutup terus,skrg ade tempoh satu bln… ape pndapat?atau pndangan en? ape perlu sy buat? sy mula bkerja dgn cmpny ni pd 1/10/2014 shingga skrang..mohon bantu sy …..

      1. Biasanya dalam bisness perkapalan ini, ada terma2 yang mengawal selia situasi sebegini. Harap anda rujuk kontrak anda pada mereka2 yang arif dalam hal ini atau dapatkan nasihat dari kaunselor JTK. Terima kasih.

  36. Salam,

    saya pekerja contract staff di syarikat welfield service sdn bhd dan di bayar contract basic 10,000 sebulan.
    gaji pada bulan ini dipotong separuh (5000) tanpa beritahu saya kenapa
    so apa perlu saya buat. sya dah pon tanya bos tapi mereka mcm tak ada respon.
    saya tak kisah sekiranya mereka potong disebabkan kesalahan2 tertentu tetapi mereka spatutnya memberitahu saya sebab apa diorang potong. nak raya pulak ni
    habis plan nk balik kgf pun tak lepas. tepaksa duk rumah jelah dgn anak2..

    tlg beri cadangan.
    sekian.

  37. assalam. first, saya bekerja di 1 company ni pd bln 5, dan hujung bln 6 sy tlah menghantar notis sbulan utk berhenti, bermakna hujung bln 7 ni sy berhenti, kdgkala ada sy ponteng. company ni telah menangguhkan overtime staff ,katanya akan dibayar pd 15/8 bln utk OT bln 6, dan hujung bln 6 OT utk bln 7. kan sy last bln 7 ni, tibe pd hari ingin mengambil gaji sy bertanya pukul bpe akan dpt gaji. mereka boleh ckp bdk yg resign akn dibayar gaji pd 4/8. saya tidak diberitahu dgn awal ttg perkara ini. apakah hak yg sy dpt utk menegakkan sebgai hak pekerja? tq.

    1. Majikan perlu ada alasan kukuh untuk menangguhkan pembayaran gaji pekerja. Untuk bantuan, anda boleh memohon kerjasama Jabatan Tenaga Kerja untuk menanyakan gaji anda dari majikan.

  38. Salam

    Saya ingin bertanya. Saya baru direnew kontrak 6 bulan yang lalu (baru bekerja kurang 2 tahun – Jan 2013). Dalam kontrak ada bertulis sekiranya saya ingin berhenti kerja , pekerja mesti memberi 3 bulan notis. Bolehkah saya abaikan peraturan yg diberikan oleh majikan instead saya bagi sebulan notis.

    Menurut ofis sekiranya saya bagi sebulan notis maka saya perlu bayar majikan balik 2 bulan gaji. Adakah ini betul?

    Harap boleh bantu saya berkenaan hal ini.

    terim kasih

    Boy

    1. 1. Ya. Anda tidak boleh abaikan kontrak yang anda telah tandatangani itu kecuali majikan setuju ‘waive’ notis tersebut.
      2. Ya, majikan boleh tuntut pampasan pada nilai notis tersebut dan dalam kes anda sama nilai dengan dua bulan gaji

      1. Salam..encik..sy bru bkerja 2mmgu..tp awl msk lg sy telah dbon 2tahun..dan jika sy brhnti kurg dr 2thn..akn ddenda 5000..mslh skrg bgaimana sekiranya..sy dpt tawaran kerja lbh baik dan gji lumayan..jika sy brhnti perlu kah sy byr 5000 sdgkan basic 1300..dan tdk mencukupi..

        1. Itu perlu dirujuk pada kontrak yang telah anda persetujui. Mohon bantuan kaunselor JTK berdekatan untuk menterjemahkan kontrak anda. Terima kasih.

    2. Ya betul. Kontrak yang dipersetujui perlu di patuhi. Maka 3 bulan notis perlu anda ikuti kecuali majikan anda bersetuju memberi kelepasan awal. Cuma minta ihsan majikan anda dalam hal ini.

  39. Saya hendak berhenti kerja kerana sudah tidak tahan dengan tekanan. Bagaimana pun surat perletakan jawatan saya tidak diterima majikan. Malahan jika saya berhenti juga gaji bulan terakhir saya bekerja tidak akan dibayar. Boleh ke saya berhenti tanpa persetujuan majikan dan juga mendapatkan gaji terakhir saya. Prosedurnya macam mana?

    1. Pertamanya, anda perlu rujuk kontrak kerja anda. Biasanya ada dinyatakan cara bagaimana kontrak boleh ditamatkan. Jika perlukan notis 1 bulan, maka sebaik sahaja anda submit notis, majikan tidak boleh menghalang sebab ia telah termaktub dalam kontrak.

  40. Salam Sejahtera,
    Saya ingin bertanya, dlm comp. kami ada staff baru,dia baru sja bkerja tak sampai 3bln tapi malangnya dia disahkan menghidap penyakit Tuberculosis (Tibi). Company tidak membuang pekerja tersebut tetapi masalah nya staf tersebut tidak diberi gaji sepanjang dia cuti sakit. Persoalannya,jikalau staf tersebut mendapat penyakit tersebut semasa dia bekerja di sini wajarkah Syarikat ini tdk membayar gaji kepadanya sedangkan mungkin penyakit itu berpunca dari staf2 di Syarikat ini? Dan untuk pengetahuan Tuan juga staf ini belum disahkan jawatannya sbb baru berkerja 2bln lebih.
    Adakah akta2 perlindungan bagi kes2 pekerja seperti ini?

    Mohon pendapat dan khidmat nasihat daripada tuan.

    1. Soal jangkitan penyakit dan peraturan kerja perlu dibezakan. Jika pekerja mengambil cuti sakit berbayar (MC, i.e ada kelayakkan), maka cuti perlu dibayar gaji juga. Jika ia tiada kelayakkan cuti dan bercuti, maka ia di kira cuti tidak bergaji.

      Jika jangkitan penyakit berbahaya seperti Tibi datang dari pejabat, maka ia perlu dibuktikan pekerja tersebut dan dia mungkin boleh mengambil tindakan sivil/saman utk gantirugi penyakit yg dihadapinya terutama jika pihak majikan tahu dan merahsiakan penyakit ini darinya semasa masuk berkerja.

      Jika penyakit tersebut memang darinya, majikan boleh mengambil tindakan membatalkan kontrak kerja atas alasan memudaratkan pekerja-pekerja yang lain, iaitu terdapatnya frustration of contract atau kontrak yang tidak boleh dilaksanakan.

      Anda boleh rujuk JTK untuk nasihat dan tindakan lanjut dalam soal ini.

  41. Tuan, berapa lama tempoh masa sebenar bekerja dalam sesebuah syarikat.. seseorang itu layak untuk mendapat cuti tahun..?

      1. As salam tuan.

        Kedai kami mempunyai 3 orang pekerja. Salah seorang pekerja kami baru hamil sebulan dan mengalami masalah kesihatan – tidak boleh banyak bergerak kerana akan bleeding. Buat masa ini dia on off datang kerja. Jadi kami bercadang untuk meminta beliau mengambil cuti tanpa gaji sehingga beliau bersalin kelak. Soalan saya, adakah tindakan kami ini betul dan boleh dilakukan?

        1. Ya, sebaiknya nasihatkan dia agar bercuti. Namun, terpulang juga kepadanya samada mahu berbuat demikian atau tidak. Ini melibatkan kesihatannya juga.

          1. Adakah ini bermakna, kita sendiri sebagai majikan tiada hak untuk mengarahkan beliau bercuti tanpa gaji?

            Terima kasih

    1. Salam tuan.. sy pekerja perlabuhan.. bulan mei saya dapat surat nasihat bekenaan mc 13hari untuk 3 tahun.. dalam surat tu syarikat mengangap saya pura2 sakit.. walhal selama 13 tahun saya guna 1 penal kelinik.. saya tak sain surat tu.. dia bagi surat tunjuk sebab.. syarikat tak setuju surat tunjuk sebb, dia bagi surat amaran kerana tolak surat nasihat pada bulan july.. sekarang sya cube buat surat rayuan bagi membatalkan surat nasihat n surat amaran tersebut..saya memang tak setuju dengan surat nasihat itu.. jadi bagainama caranye saya nak batalkan surat nasihat n amaran dengan berkesan… sebb pertuduhannye saya rasa tak berasas sama sekali…. bolekah surat tersebut saya rujuk ke jabatan buruh..

      1. Anda boleh menjawab segala pertuduhan itu dengan menulis kepada pihak majikan. Pastikan ada salinan dipihak anda berserta bukti-bukti yang anda tidak pura-pura sakit. Jika ada tindakan disiplin dikenakan terhadap anda, maka anda boleh lapurkan pada Jabatan Buruh untuk bantuan.

        1. Salam sejahtera.
          saya mahu bertanya tentang pemberhentian kerja.saya telah menrima surat dari pihak majikan iaitu surat termination letter.pihak majikan mengatakan saya di berhentikan kerja dalam masa terdekat.saya tidak berpuas hati atas tindakan tersebut kerana tanpa usul siasat tentang masalah itu.setakat ini saya tidak ada menerima apa-apa surat kaunseling,surat amaran dari majikan .saya ada kontrak dengan majikan selama setahun dan saya baru 4 bulan lebih kerja.apakah tindakan yang harus saya lakukan ..?

  42. Salam,
    nak tanya, wajarkah majikan tolak elaun kedatangan pekerja yang ambil ‘time slip’ dr klinik kerajaan beberapa kali sebelum masuk kerja. Ini kes Ibu hamil yang selalu kena pergi ‘check up’. Alasan majikan elaun kedatangan RM200 diberi sekiranya tiada kelewatan langsung. Adakah ambil ‘time slip’ juga dikira lewat?

  43. salam..
    dalam term n condition syarikat, pekerja yang dh confirm perlu bagi sebulan notis atau perlu byr sbln gaji..saya nk tanya, misalnya seorg pekerja tu tidak bagi sbln notis dan bg pehaman dia dia mempunyai baki cti tahunan n dia xperlu untuk memberi notis sbln.
    buat pengetahuan encik, pekerja tersebut bhenti pd akhir bulan 5..bolehkan pihak syarikat membayar gaji bulan 6 utk pekerja tersebut.

      1. Hai sy nk tnya. Klu syarikat tidak memberi confirmation letter kpd pekerja tetapi pekerja telah bekerja selama 1 thn..blh ke seorg pekerja itu memberi notis berhenti kerja 24 hour?

        1. Jika tiada kontrak bertulis, maka rujukan perlu di buat pada amalan biasa di tempat kerja atau jika tiada juga, rujuk Akta Kerja 1955 (jika di lindungi oleh Akta).

  44. saya sudah 3 tahun bekerja di sebuah kilang electronic di Sabah bermula dari tahun 2011 bulan july sehingga kini (2014) dan syarikat telah mendapat keuntungan.

    soalan 1
    pada tahun 2013 tiada kenaikan dan tiada bonus dari keuntungan 2012. sedangkan dalam offer letter kerja ada dinyatakan tentang kenaikan gaji tahunan dan bonus.
    bagaimana saya ingin menuntut kenaikan gaji dan bonus tersebut?

    soalan 2
    Dalam offer letter kerja ada dinyatakan tentang pemberian kemudahan seperti:
    1. Makanan pagi percuma
    2. Panel Klinik
    bolehkah saya menuntut kemudahan yang dijanjikan? bagaimana?

    soalan 3
    sebelum ini pekerja-pekerja mendapat elaun kehadiran sebanyak rm50, tetapi setelah kenaikan gaji pada awal tahun 2012 elaun tersebut telah diberhentikan tanpa pemberitahuan sebab. contoh: basic 2011 rm750 + elaun kehadiran =rm800, tahun 2012 rm750 + kenaikan gaji rm50 =rm800 tanpa elaun kehadiran yang telah dimansuhkan.
    adakah wajar majikan memansuhkan elaun kehadiran tanpa penjelasan. bolehkah saya menuntut supaya elaun kehadiran diwujudkan semula?

  45. soalan 1
    saya sudah 3 tahun bekerja di sebuah kilang electronic di Sabah bermula dari tahun 2011 bulan july sehingga kini (2014) dan syarikat telah mendapat keuntungan.

    soalan 2
    pada tahun 2013 tiada kenaikan dan tiada bonus dari keuntungan 2012. sedangkan dalam offer letter kerja ada dinyatakan tentang kenaikan gaji tahunan dan bonus.
    bagaimana saya ingin menuntut kenaikan gaji dan bonus tersebut?

    Dalam offer letter kerja ada dinyatakan tentang pemberian kemudahan seperti:
    1. Makanan pagi percuma
    2. Panel Klinik
    bolehkah saya menuntut kemudahan yang dijanjikan? bagaimana?

    soalan 3
    sebelum ini pekerja-pekerja mendapat elaun kehadiran sebanyak rm50, tetapi setelah kenaikan gaji pada awal tahun 2012 elaun tersebut telah diberhentikan tanpa pemberitahuan sebab. contoh: basic 2011 rm750 + elaun kehadiran =rm800, tahun 2012 rm750 + kenaikan gaji rm50 =rm800 tanpa elaun kehadiran yang telah dimansuhkan.
    adakah wajar majikan memansuhkan elaun kehadiran tanpa penjelasan. bolehkah saya menuntut supaya elaun kehadiran diwujudkan semula?

    1. Jika itu semua disebut dalam kontrak, maka majikan wajib menunaikannya. Anda boleh mohon bantuan dari Jabatan Tenaga Kerja Sabah di Bangunan KWSP Sadong Jaya utk tindakan lanjut. Bawa sekali dokumen2 berkaitan.

      1. Salam..saya hendak bertanya..sy baru 2mgu bekerja..tp awl offer majikan telah bon sy 2tahun sekiranya sy bersetuju bekerja disini..dan akn ddenda 5000..sekiranya sy berhhenti kurg 2thun..dan sy bersetuju dan menurunkan tanda tangan..mslh sy skrg basic 1300..tiada oT..dan dlm masa sama tdk cukup..jika sy dpt peluang kerja lain..dan igin berpindah..ade kah bon ini laku??dan sy perlu byr 5000..sdgkn gji sy kurg dri 2000

      2. salam tuan d sini saya nak tnya pndpat tuan sebab saya sdh sthun lbih krja d ladang ni tp sampai skrg saya blum dapat apa apa surat yang menyatakn bahawa saya bekerja d ladang ini dan masa saya interview manager saya mnjanjikn bahawa dalam masa tiga bulan saya akn dapat conformision later tapi sampai skrg surat tu blum kluar la apa tindakan yg hrus saya buat tuan mohon bg tunjuk ajar

  46. Saya telah di gantung kerja bermula dari 14/6/2014 sehingga 27/6/2014(2minggu)
    Tanpa gaji penuh.Walaubagaimana pun sehingga kini masih berlarutan.Untuk makluman gaji saya untuk bulan 6 (june)
    Masih belum di bayar hingga kini.
    Saya bertekat untuk notice 24 jam berhenti kerja.Persoalannya adakah saya layak untuk mendapat gaji saya untuk bulan 6(june) serta 7(July) .

    1. Anda perlu rujuk kontrak kerja anda terlebih dahulu dan lihat surat pergantungan kerja. Nasihat saya, bawa dokumen2 berkaitan ke Jabatan Tenaga Kerja berdekatan dan dapatkan nasihat mereka terlebih dahulu sebelum mengambil apa-apa tindakan

      1. Terima kasih.Pihak syarikat telah berjanji secara lisan akan membayar gaji saya untuk bulan 6 dan 7.Persoalanya adakah saya layak nengambil tindakan sekiranya puhak syarikat ingkar?

  47. slmt ptg, sy ingin bertanya sekali lagi tentang surat perjanjian sy , disitu tidak menyatakan hours bekerja,,juga yg lain tidak dinyatakan, cth ; medical leave, composionate leave, maternaty leave, annual leave, restday, .. untuk pengetahuan encik, sy bekerje shift in retail boutique, ade full, afternoon, morning..
    full : 9.45-10pm (1hour break)
    afternoon : 11.45-10pm (1hour break)
    morning : 9.45-8pm (1hour break) ..
    kadang2 mereka suruh kami break half hour shj..bagaimanakah encik bole tlg sy,,atau apakah tindakan sy?

  48. salam…..saya nak bertanya tentang pembayaran gaji,saya berkerja dengan ISS PROTECTION(MALAYSIA)SDN BHD..sampai hari ini(16.7.2014)gaji saya untuk bulan 6 belum di bayar,saya ada berapa soalan yang ingin nak di tanya. 1)ada kah syarikat ada hak untuk melewatkan pembayaran gaji perkerja? 2)berapa hari bulan sebenarnya syarikat untuk bagi pembayaran gaji pekerja? 3)adakah syarikat boleh dikenakan tindakkan undang-undang jika didapati lewat bagi pembayaran gaji pekerja?

    1. 1) Walaupun hal ni sering berlaku, majikan tidak boleh lewatkan pembayaran gaji
      2) di bwh akta, gaji di bayar selewatnya 7 hari dari tarikh pembayaran biasa.
      3) ia satu kesalahanan di bawah Akta.

  49. Asaalamualaikum. Saya ingin bertanya. Company saya x ambil semua cuti am ya ada di kalendar. Cuma ambil yang besar contohnya cny, raya dll. Adakah cuti lain seperti nuzul quran, taipusam depavali dll. yang x diambil tu layak untuk saya terima cuti ganti?

  50. salam..Mungkin persoalan dan masalah yang saya ajukan agak berlainan sedikit.Saya bekerja dengan sebuah company,manakala suami saya bekerja dengan company lain.Suami akan melawat saya dan masuk melalui gate untuk bertemu dengan saya setiap hujung minggu.Tetapi pihak atasan tidak berpuas hati dengan suami saya dan telah melakukan banyak cara yang tidak betul untuk memastikan suami saya tidak masuk dan melawat saya.Tapi kami tidak mengendahkan memandangkan pihak atasan menggunakan orang tengah dan menggangu kami secara peribadi.
    Kami juga tidak tahu mengapa pihak atasan begitu anti dengan suami saya sehinggakan melibatkan saya dan menggunakan khidmat pekerja bawahan yang lain untuk memberi tekanan kepada saya agar suami saya tidak datang melawat saya lagi..Terbaru DIA telah mengeluarkan notis digate dengan arahan supaya menghalang suami saya masuk untuk melawat saya.Arahan tersebut berbentuk peribadi..ada tak AKTA yang membela hak pekerja jika ada pihak yang cuba menggangu hak peribadi orang lain?

    1. Ini melibatkan prosedur syarikat dan tiada kena kena mengena dengan undang-undang pekerja. Memandangkan suami anda bukan pekerja syarikat di tempat anda, maka majikan punyai hak untuk melarang beliau memasuki premis mereka tidak kira apa alasan mereka. Sama dengan kediaman anda juga, anda berhak menentukan siapa yang boleh masuk atau tidak dalam kediaman anda. Terima kasih.

  51. Saya ingin bertanya mengenai cuti tahunan. Jika seorang pekerja status jawatan tetap tapi belum cukup setahun kerja untuk layak mendapat cuti tahunan syarikat adakah boleh majikan memotong gaji pekerja tersebut jika ia mengambil cuti selain dari cuti sakit.

  52. Assalam tempat kerja saya akan menbuat sistem kerja syief..masaalah nya sekarang cuti wajid 2 hari tu (sabtu ahad) berselang pulak…contoh saya cuti isnin dan rabu….boleh ke macam tu…

      1. Maksud saya cuti saya berselang……mcm saya kena isnin cuti selasa keja rabu cuti balik khamis tu kerja balik….cuti tu berselang

  53. Assalam. mohon dijawab pertanyaan ini. bolehkah majikan menggantikan cuti am pada hari lain kerana majikan tidak mahu membayar double pay atau lebih? jika majikan berbuat demikian, berapa hari majikan perlu ganti cuti tersebut. contoh cuti am Nuzul AL-QURAN ini. terima kasih.

  54. Assalamulaikum….saya nedah berkerja di kedai baju, saya berkerja selama sebulan,company da bagitahu saya bahawa gaji akan di bankin pada 28 hari bulan, saya tak faham kenapa gaji saya sampai sekarang tidak dapat lagi.Tetapi company da berhenti kan saya kerana saya tak dapat menjalankan tugas dalam masa 4 hari,pada hari tersebut saya sakit dan tak ada duit nak pergi klinik,jadi saya tidak mempunyai MC kertas dan company telah memberhentikan saya berkerja.Saya berkerja sebulan sahaja, 23.5.2014 saya mula berkerja dan berhenti pada tarikh 23.6.2014..sampai hari ini saya punya gaji tak dapat juga.

    1. Dalam kes sebegini, apa yang cuma boleh buat ialah memohon bantuan dari Jabatan Tenaga Kerja berdekatan secepat mungkin. Ada kaunselor yang akan mendengar kes anda dan menghubungi majikan anda bagi tindakan lanjut.

  55. as.salam sy nk tnya.bln jun sy telah mengambil 8.5 hari cuti tanpa gaji sebab mak sy meninggal dunia.bermula dr mak sy sakit hinggalah menghembuskn nafas yg terakhir.bos sy sedia maklum keadaan sy & telah memberikan cuti ehsan kematian 2hari. waktu dapat gaji sy tgk pd slip gaji sy telah dikira 6.5 hari potongan gaji. utk makluman encik, setiap bulan kami layak mendapat 1 hari cuti tahun akan tetapi pada bulan jun sy tak dpt cuti 1 hr tu.menurut bos sy, sy tidak layak sbb sy cuti tlampau lama iaitu 8.5 hari. adakah mana2 akta atau sememangnya cuti tahun hanya layak diberikan mengikut budi bicara bos sy? utk makluman cuti tahun sy hanya ada 12hari yg mana peruntukan 1hari sebulan mengikut kata bos sy dlm ms sebulan cuma boleh ambil 1hari cuti tahun.mohon pencerahan.trm ksh.

    1. Akta adalah senyap dalam hal ini sebab ia melibatkan hal prosedur dan pentadbiran syarikat. Akta cuma tetapkan apa cuti yg boleh di ambil dan berapa. Soal bagaimana itu terpulang pada budi bicara majikan. Harap maaf.

  56. saya nak tanya. apakah hak perkerja sekiranya majikan tidak mengendahkan cuti sakit yang diberikan oleh doktor secara sah dari klinik kerajaan dan hospital?
    saya ada seorang rakan baru2 ni yang menjalani pembedahan dan telah mengambil cuti sakit lebih kurang 1-2 minggu secara berasingan. oleh kerana sudah kehabisan cuti tahunan. so majikan terpaksa potong gaji rakan saya.
    soalan saya. apakah rakan saya ini berhak membuat sebarang tuntutan atau aduan terhadap majikannya?
    dan apakah hak yang dia dapat sekiranya dia layak untuk menuntut sebarang balik majikannya?

  57. Hai sya aemi..sya nak tnya mengenali komisen bln5 sya dan gaji bln 6 sya tak dapat lgi..sya sanggup dtg dari jauh utk bekerja dgn company itu tpi skrg gaji sya pun blm dpt sedang kan sya tk sain kontrak dgn company itu….dan sya di timggal kan tanpa membayar komisen dgn gaji sya…tolong apa yang harus sya buat???

  58. Salam . Saya pernah terlibat dalam kemalangan ketika bekerja dan telah mendapat cuti sakit selama 8hari. Majikan telah membuat claim socso akibat dari kemalangan ini. Selama saya dalam cuti sakit saya telah dibayar gaji penuh. Tetapi apabila saya mendapat bayaran dari socso , majikan telah menolak gaji pokok saya untuk 8 hari cuti sakit tersebut. Dengan alasan pembayaran cuti sakit tersebut telah dibayar oleh pihak socso dan pekerja tidak berhak mendapat 2 pembayaran dalam satu tempoh pekerjaan.Pertanyaan saya , bolehkah majikan berbuat demikian.

    1. Jika anda masih ada kelayakkan cuti sakit dan anda mohon cuti sakit, maka bayaran socso tidak boleh dijadikan alasan untuk memotong gaji anda.

  59. As slm.. saya just ingin bertanya. Jika seseorg pkerja di beri warning hanya 1x.. dn pkerja tersebut telah mnulis surat n brjanji bhwa beliau tidak mngulangi perbuatan tersebut ttpi beliau terpaksa melanggar dn memohon EL – Emergency Leave. Kemudian pkerja jatuh sakit n mmpunyai 3 surat referral hospital. Disebabkn kecuaian pkerja sndiri smasa mnghadiri urusan temujanji dgn hospital beliau terlupa bertanyakn mc. Contoh pgi tersebut beliau apply 1/2 day EL n tengahari beliau hnya mnerima time sleep dari jm 2 – 5 petang. Ini tidak memungkinkn beliau kembali bertugas krn jarak tmpt kerja dri kediaman n juga waktu bertugas pd jam 6ptg. Majikan mnggunakn alasan ini utk mngenakn tindakan Domestik Inquiry. Pkrja tidak mnghadiri DI tersebut ttapi pkerja bertugas sperti biasa. Keputusan jury mngatakn tindakan yg bersesuaian boleh diberikan kpd pkerja. Dan pkerja telah diberhentikan serta merta. Tetapi pkerja tidak mnandatangi surat pmberhentian tersebut. Dan Majikan iaitu GM 1 GM 2 n admin/account Manager telah menandatangi surat tu seolah2 memaksa. Pkerja mminta peluang terakhir tetapi tidak dilayan. Pekerja diminta serta merta meninggalkn tmpt kerja dgn mngambil semua brangan peribadi. Dia dibyr gaji penuh hujung bulan yg lalu n majikan tidak menolak cuti2 yg sudah terlebih ambil n pkerja telah bkerja sehingga tarikh 7hb sahaja. Adakah ianya sah disisi undang2? Sekian terima kasih.

    1. W’salam. Berdasarkan maklumat anda, majikan telah mengambil tindakan yang mengikut prosedur dalam pemecatan pekerja. Soal samada tindakan itu betul atau tidak cuma boleh diputuskan oleh pihak berkenaan (Mahkamah Perindustrian) dengan mendengar keterangan dari kedua-dua belah pihak dan melihat dokumen-dokumen yang ada. Saya mintak maaf sebab saya tidak boleh beri jawapan kerana ianya cuma menimbulkan spekulasi. Sebaiknya anda berhubung segera dengan pihak Jabatan Tenaga Buruh untuk mendapatkan bantuan. Terima kasih.

      1. salam….saya ingin bertanya…saya baru bekerja 3 bulan…lepas tu saya masih belum comfirm oleh majikan..Dan saya mahu berhenti kerja tapi majikan hanya bagi gaji saya separuh sahaja…adakah itu salah dari segi undang2…

  60. salam..saya nk tnya macam mana kalau kita bhenti tapi x dapat gaji…bulan 5 punya gaji dpt 7.6.2014 then sy bnti 19.6.2014 24jam sebab saya takot gangguan seksual bagla kat opis tu..terima kasih

    1. W’salam. Pertamanya anda perlu dapatkan dahulu alasan dari majikan mengapa gaji anda belum berbayar. Mungkin ada potongan disebabkan kegagalan mematuhi notis dsb. Selepas itu, baru lah boleh dikupas isu samada tindakan majikan adalah menyalahi undang2 atau tidak.

  61. slmt ptg, sy nk bertanya tentang jam kita bekerja 1hari, sepatutnya berapa jam ? dan jika appoinment letter tiada menyatakan jam bekerja, macam mana ?

  62. Sy pekerja swasta.sy nk tnya sblum nie syarikat dimana saya berkerja ingin tutup.tp majikan sy meninggal dunia.jd adik bradik majikan saya telah menukar nama syarikat dan membuat confirmation letter yg baru…tp commencement date pd 2014 sedangkan sy bekerja pd 2007..adakah ini utk mengelak membayar pampasan..

    1. Munkin ada terma pada kontrak yang mahu diubah oleh mereka. Cuba baca dulu surat tersebut dan lihat samada ada perubahan pada terma kontrak sebelum ini.

  63. Hi sy linda…sy berkerja di syarikat swasta.saya nak tanya mengenai pampasan utk pekerja.
    1st nama syarikat kami diubah kerana majikan sy sudah meninggal dunia.so adik bradik dia bincang tukar nama kerana nama syarikat yg pertama sdn bhd.
    Utk makluman sy berkerja di syarilat itu dr tahun2007…so kerana pertukaran nama syarikat majikan baru sy ade bg satu surat confirmation yg baru…so commencement date sy tahun 2014..soalan sy perlukah syarikat lama membayar pampasan pada perkerja…

      1. Buat masa nie kami semua blum diberhentikan lg…tp bila sy telefon pejabat buruh..dia mengatakan klu syarikat lama telah tutup dan membuat confirmation letter yg baru.ini bermakna kami adalah pekerja baru..faedah2 yg lama cth cuti tahunan kami tak seperti dulu tak dibawa ke perjanjian yg baru.bermakna syarikat lama perlu membayar pampasan…tp sy xtahu prosuder dia macam mana.. didlm confirmation letter yg baru…same shj terma dan syarat2 dia yg lama…cuma dia x nyatakan faedah2 yg lama dibawa kehadapan dan commencement date dia je tukar….

        1. Berdasarkan maklumat yang anda beri, saya tafsirkan syarikat telah diambil alih dan tidak ditutup. Maaf jika saya salah tafsiran ya. Jika anda terima tawaran kerja dari mereka (kontrak baru), maka isu pampasan tidak wujud. Ia cuma wujud bila anda diberhentikan atau enggan menerima tawaran kontrak baru dengan alasan yang munasabah. Saya rasa baik anda berjumpa dengan kaunselor JTK dipejabat mereka bagi mendapatkan nasihat kerana ada banyak isu yang perlu dilihat dan mungkin boleh mengelirukan.

  64. Assalammualaikum, bagaimana pengiraan OT untuk mereka yang bergaji lebih RM1500 ke atas? harap dapat membantu. Terima kasih

  65. salam nak tanya,jikalau cuti umum jatuh pada hari kita offday yang itu dikira macam mana?bagi yg warganegara dan juga yg bukan warganegara?
    terima kasih.

  66. Saya nak tanya, kalau pekerja berhenti kerja separuh tahun, berapa cuti tahunan yang boleh dapat? Penuh ke atau prorata berdasarkan selama mana dia kerja. Kalau kerja sampai bulan 7, berapa cuti tahunan?

  67. Salam Sejahtera,

    Saya ingin membuat aduan berkenaan gaji bulanan yang saya perolehi.
    Saya merupakan salah seorang pekerja swasta (Telekomunikasi Agency) yang bertempat di Kelantan.
    Saya sudah bekerja lebih kurang 3 tahun.
    Seperti yang sedia maklum, pihak kerajaan sudah menyatakan bahawa gaji minima hendaklah diselaraskan oleh para majikan.(Minimum RM900)Sejak dua tahun lepas lagi.
    Tetapi sehingga sekarang majikan saya masih tidak mematuhi arahan pelarasan tersebut.
    Saya agak pelik kerana majikan saya ini ada begitu banyak projek yang diusahakannya selain drpda syarikat yg saya bekerja sekarang. Dalam kata lain, beliau seorang muslim yang kaya raya. Tetapi untuk membayar gaji pekerja seperti yang diminta, beliau tidak mampu.

    Mula-mula diterima bekerja, saya dan kakitangan yang lain dimaklumkan bahawa gaji akan dinaikkan selepas tempoh percubaan (3 bulan), tetapi sampai sekarang masih dibayar seperti biasa = Untuk makluman saudara, gaji yang kami perolehi setiap bulan adalah RM400!!
    OT dan komisyen selalu dibayar lambat. Tiada caruman KWSP, EPF, SOCSO.

    Sudah beberapa kali bekas kakitangan melaporkan kepada pejabat buruh di Kelantan, tetapi sia-sia sahaja kerana majikan saya ini berpangkat Dato’. jadi tidak mustahil jika beliau dikecualikan dari mendapat tindakan. Tak pasti samada dia ada memberi rasuah ataupun tidak.

    Bila kami bersuara, beliau membalas “kamu semua tak payah nak cakap apa-apa tentang saya jika gaji kamu pun saya yang bayar.. Lainlah jika kamu semua ada duit nak saman saya. Itupun jika kamu kenal baik dengan Datuk Najib..”
    Kami masih lagi setia bekerja dengan beliau kerana tiada peluang pekerjaan yang lain.

    Saya dan kakitangan yang lain amat kecewa kerana semua orang sedia maklum berkenaan kos sara hidup yang semakin meningkat sekarang. Jadi dengan pendapatan yang sebegini rupa, faham-fahamlah macam mana kami nak makan pakai.
    Kami orang susah kerja macam kuli, tapi kebajikan dari seorang majikan yang bergelar Dato’? Tiada…

    Sekian

  68. salam, saya ingin bertanya kepada saudara.

    1) Jika terdapat pengumuman bagi cuti peristiwa, tetapi syarikat masih beroperasi seperti biasa, adakah cuti tersebut perlu diganti pada hari lain?

    2) Jika pekerja bekerja pada hari kelepasan am contohnya Hari Wesak, adakah majikan perlu membayar lebih 2x dari gaji seharian yang biasa diterima?

    Terima kasih.

  69. Saya ingin bertanya bagi pihak syarikat. Sekiranya pekerja tidak hadir bekerja selama 2 hari berturut turut tanpa kebenaran atau tanpa sebarang notis, bagaimanakah caranya proses berhentikan perkerja tersebut dan adakah pihak syarikat boleh memberikan notis kepadanya mengikut tempoh notis dalam surat tawaran?
    Terima kasih

    1. Jika dua hari sahaja, maka perlu sebab yg kuat utk berhentikannya. Ini termasuk melalui proses amaran, tindakan disiplin dan cuba memberi peluang padanya memperbaiki diri. Biarpun dalam kontrak ada dinyatakan mengenai notis, namun dari segi praktikal, terma ini boleh dicabar atas prinsip keadilan. Rujukan pada kes-kes Mahkamah Perindustrian boleh membantu.
      Jika lebih 2 hari, maka anda rujuk sahaja artikel ini: https://dululainsekaranglain.com/undang-undang/akibat-ponteng-kerja . Baca juga yg ini: https://dululainsekaranglain.com/undang-undang/penamatan-kontrak-kerja

      Terima kasih.

  70. Salam,saya ingin bertanya.sekiranya pekerja dibuang oleh majikan tanpa bukti yg kukuh adakah layak utk pembelaan?bagaimana pula kalau majikan menyuruh utk mmbuat surat akuan kesalahan dengan alasan memudahkan proses kerja oleh pihak H R.tq

    1. Bila kes melibatkan soal pembuktian dan sebagainya adalah sebaiknya anda berhubung dengan peguam untuk mendapatkan konsulatasi. Itu pun setelah hukuman atau pemecatan di buat terhadap anda dan anda rasakan ianya tidak adil. Tanpa keterangan yg lengkap dari kedua-dua belah pihak, saya hanya akan mampu membuat spekulasi dan ini tidak baik buat anda.
      Adalag dinasihatkan anda tidak membuat apa-apa surat akuan bagi kesalahan yg tidak anda lakukan.

  71. Salam, saya ingin bertanya, sekiranya anak sakit, adakah ibu bapa berhak mendapat cuti sakit / MC daripada pihak hospital? atau cuti tahunan akan ditolak? Mohon penjelasan daripada pihak Tuan. Sekian…

  72. salam, syarikat tidak memberi bonus kpd pekerja selama 3 thn berturut turut kerana kerugian. adakah syarikat telah melanggar syarat syarat pekerja kerana tidak membayar bonus tahunan? Bolehkah syarikat memgurangkan gaji pekerja kerana tidak lagi mampu membayar gaji penuh.

  73. salam..saya nk ty..saya da bekerja di sebuah cmpny swasta ni hampir 3 tahun..selama bekerja..saya xpnh dapat slip gaji n ofer leter atas alasan majikan tiada kesempatan nk wat..
    dan gaji saya hanya naik bila de sesuatu kejadian yg jadi..gaji skrg hy 1000..
    dan skrg cmpny dlm masalah..n majikan ugut untuk tutup opis…sbg pekerja saya dan rakan lain de hak x untuk mengenakan tindakan terhadap majikan kerna bg saya seolah meng aniaya staf lama..dan bg alasan yg xlogik..

    1. Kontrak tetap wujud biarpun tanpa surat tawaran dan sebagainya. Anda boleh rujuk pada artikel-artikel yg telah diterbitkan dalam blog ini.
      Kenaikkan gaji adalah budibicara majikan, manakala soal penganiyaan adalah suatu yg subjektif dan perlukan banyak keterangan. Sebaiknya ia dirujuk pada peguam atau kaunselor JTK.

  74. salam. Saya cuma ingin bertanya adik ipar saya telah meninggal dalam kemalangan pada 01.01.2014 kemalangan jalanraya di terengganu. bekerja sebagai driver. semasa kemalangan berlaku arwah dalam waktu berkerja membawa perabut dari batu pahat ke kelantan kemalangan berlaku dalam jam 4.00 pg. majikan telah menjanjikan secara lisan untuk membayar duit penggangkutan jenazah dari Hospital Terengganu ke batu pahat. tetapi setelah di tuntut cuma mendapat RM 1000 sahaja atas alasan claim terlalu mahal. claim sebenar RM4624 . Boleh tak untuk pihak keluarga membuat tuntutan kepada pihak majikan arwah selain tuntutan socso dan menuntut baki claim pengangkutan tersebut.

    1. W’salam. Salam takziah atas kehilangan adik ipar anda.
      Kecuali di sebut secara nyata dalam kontrak pekerjaan, dukacita saya nyatakan di sini yg majikan tidak terikat untuk membayar kos-kos yang diluar skop kerja pekerja seperti yang dituntut di atas. Ia lebih kepada budi bicara dan ihsan majikan.
      Janji lisan majikan itu boleh mewujudkan kontrak, akan tetapi saya rasa anda pun faham bahawa dalam mana-mana perjanjian yg dibuat secara lisan sukar utk dibuktikan kewujudan sesuatu janji kecuali pihak yg satu lagi sanggup bertanggungjawab atas janji yg diberi.

  75. hi.. Sy pekerja awam dan terpaksa melakukan kerja2 lebih masa atas arahan ketua jabatan. dari segi undang2 atau dr segi peraturan yg lain.. bagaimana cara nya sy memohon supaya sy dikecualikan dr senarai melakukan kerja2 lebih masa

    1. Para kakitangan awam adalah tertakluk kepada peraturan dan pekeliling yang ditetapkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa. Harap anda merujuk hal ini kepada mereka yang berkenaan. Posting di sini hanyla meliputi kakitangan swasta sahaja. Harap maaf.

  76. hi.. sy pekerja awam dlm sokongan dan diarah oleh ketua jabatan utk melakukan kerja2 lebih masa. soalan sy .. boleh kah sy memohon supaya tidak terlibat dan bagaimana contoh surat permohonan yg sy akan buat..?

  77. Selamat petang… Sy bekerja sebagai pemandu disebuah syarikat korea di malaysia… Hari ini merupakan hari terakhir sy bekerja disini… Jumaat lepas sy terpaksa mengambil cuti kecemasan (tidak berbayar) kerana ingin ke temuduga… Dan mereka ingin sy menanggung kerugian duit teksi yg mereka byr untuk ke suatu tempat… Berjumlah rm180++… Adakah sy patut dipotong gaji atas kerugian tersebut..?

    1. Amnya majikan tidak boleh menuntut dari anda sebarang kerugian yg sebegini. Namun anda perlu rujuk juga kontrak pekerjaan anda untuk memastikan bahawa tiada terma atau syarat yg mewajibkan sedemikian jika mengambil cuti tanpa kebenaran.

  78. Saya ingin tahu… cmpny ayah saya ingin tutup tak lama lagi… ayah saya bekerja sbg driver lori dan sudah bekerja selama 7tahun… adakah ayah saya patot dapat pampasan? Jika perlu.. kalau majikannya tak bagi pampasan.. apa perlu ayah saya lakukan?

    1. Jika syarikat ditutup atas sbb kerugian dan majikan tidak membuka mana-mana kedai lain, maka ini boleh dianggap sebagai satu keadaan yg dipanggil sebagai ‘frustration of contract’ iaitu kontrak tidak dapat diteruskan. Majikan tidak perlu bayar pampasan.

  79. as salam tuan suami saya seorang pemandu lori yang dibayar gaji mengikut trip ada kerja ada gaji tiada kerja tiada gaji baru2 ni suami saya terbalik lori tiada kecederaan teruk hanya sakit dalaman tapi yang menjadi persoalan suami saya telah diberhentikan kerja tanpa sebab dan sebarang notis apa yang patut suami saya lakukan?

  80. saya yuki..saya sudah dekat company saya 6 bulan..tapi sekarang saya nak berhenti..bulan lepas saya ada bagi surat berhenti..tetapi boss company ni datang ke rumah saya cari saya..bincang sama saya..tetapi selepas bincang i datang lagi kerja lagi..tetapi selepas i datang balik kerja..dia mcm tak hirau saya lagi..lepas tu saya 19 hari bulan gaji..dia sekarang setiap bulan pun tanggung saya punya gaji..bulan ni dia sudah tanggung 5 hari..saya sudah nak guna wang..saya ckp sama dia..dia tak hirau saya..apa saya kena buat?saya betul kena pakai wang kenapa dia tak nak bagi saya gaji?

  81. PERTANYAAN _1.majikan tidak menaikkan gaji sejak 3tahun lps krn gaji mati pekerja ambulan rm 2060.00.since 1996..sedangkn semua barang naik harga….taraf hidup meningkat…dan faedah bonus tiada dlm agenda sekali
    2.faedah kesihatan hanya rm 500..setahun..utk diri sendiri sahaja…anak isteri tidak ditanggung…jika rawatan pesakit dalam untuk kemalangan sahaja .
    3.Dihalang menerima.rawatan panel di bawah tanggungan syarikat isteri…Pekerja sebagai ambulan sentiasa membantu org awam atau berlaku bencana

    4.Tidakboleh mendapat rawatan klinik luar yang berdekatan dgn rumah dan diarahkan majikan utk hospital kerajaan yg perjalanan yg jauh dan kesesakanlalulintas yg membuatkn pekerja tertekan dan beban.menanggung utk rawatan yg bolendiambil setengah jam ke arah menunggu rawatan hampir satu hari…

    5.dan apabila pekerja yg lain pula bole ke klinik berdekatan ….adat tidak berlaku adil…bagaimana pula kebajikan pekerja seperti begini dilayan pula…adil kah etiqa ini…

    1. kenaikan gaji, bonus dan feadah kewangan adalah bud bicara majikan dan tertakluk kepada kemampuan dan budi bicara mereka.
      Mengenai rawatan panel dan MC, anda boleh merujuk ke artikel cuti sakit. Terima kasih.

  82. Akibat masalah kewangan di tempat kerja saya..(funder kalah kes mahkamah)..kami diminta tidak datang bekerja (forced leave)..sudah masuk minggu ke 3….kami belum lagi menerima gaji untuk bulan Nov.. sehingga kini sudah 3 kali gaji kami dibayar lewat…kami difahamkan ada pihak yang berminat untuk mengambil alih syarikat tersebut tetapi belum ada kata putus lagi…apa yang saya dan rakan-rakan patut buat?…saya menerima gaji sebanyak RM3000 sebulan……
    Saya ingin membuat kerja separuh masa tetapi saya takut ada implikasi terhadap pekerjaan saya sekarang..terima kasih

  83. pertanyaan encik, boleh majikan memaksa/mengugut memecat pekerja jika tidak menandatangani perjanjian kontrak gaji yang baru? sedangkan skim gaji yang baru kurang dari skim gaji yang lama? sekian terima kasih

  84. Bolehkah sesebuah badan berkanun tidak mengambil pekerja yang sedang mengandung?Contohnya sewaktu menerima tawaran, pekerja tersebut didapati mengandung.Terima kasih.

  85. Hi, sy nak bertanya status sy di company sy bekerja sekarang adelah sebagai Temporary staff, gaji sy dibayar mengikut hari sy berkerja, sekiranya sy tidak bekerja gaji sy tidak dibayar, adakah wajar gaji sy ditahan? Sekiranya sy tidak datang kerja memandangkn status sy yg cuma dibayar apabila sy hadir kekerja? Kerana gaji sy bulan lepas ditahan oleh majikan, terima kasih

  86. Saya ingin tahu, adakah pihak majikan berhak untuk tidak membenarkan pekerja untuk mengambil cuti tahunan pada tahun pertama. Contohnya jika mula pekerja pada 1 April 2013, pekerja tidak boleh mengambil cuti tahunan sehingga 31 March 2014, dan selepas tarikh itu majikan hanya memberikan cuti berdasarkan pro-rata dari April 2014 hingga Disember 2014. (Bermakna cuti tahunan selama setahun telah ditahan oleh majikan hingga kita berhenti barulah dipulangkan)

  87. Selamat pagi..saya telah mendaftar kerja di syarikat itg johor..diberi kontrak slama 3 bulan..dalam kontrak itu saya tdk blh berhenti melainkan selepas 3 bulan..masalah timbul apabila saya terpaksa berhenti kerja sblm 3 bulan kerana ibu sy yang sakit teruk merlukan penjagaan..sekarang saya terima surat dr syarikt spy bayar kpd sykt seribu lbh..sy diugut akan dibawa ke mahkamah jk tak byr..apa perlu saya lakukan.sblm berhenti sy sudah berikan surat perletakan jawtn.

    1. Dari segi undang-undang, anda mmg tertakluk pada terma kontrak yg anda telah tandatangani. Oleh itu, cuba mohon ihsan dari majikan dengan menerangkan masaalah anda itu. Majikan ada hak utk waive keperluan notis.

  88. Selamat petang.saya adalah isteri kpd en.veeran a/l vellasamy.beliau telah meninggal dunia pada 19.1.2008.dia adalah pekerja kilang simedarby di ladang kulai oil palm,kulai,johor.dia bekerja selama 7 tahun. saya minta tlg dari pihak tuan,saya tiada dapat duit pampasan sebanyak rm20 ribu daripada union simedarby.i pun tak tahu nak minta tlg siapa.apa yg i perlu buat.terima kasih.

  89. selamat sejahtera…sy dan kakitangan (seramai 360org) sebuah badan berkanun telah berkhidmat selama 5-6 thn …kami semua bukan di ambil dibawah Jpa…maksudnya belum didaftar di bawah secara sah, jadi kami tidak dpt sebarang hak2 istimewa sbg kakitangan awam….(samada tetap atau kontrak)…bila diadakan meeting atau kursus…setiap kali bertnya tentang penjawatan kami..majikan seolah2 tidak mahu menjawab,,,dan minta kami semua meneruskan perkhidmatan selagi diperlukan…jadi pada siapa atau jabatan apa yang boleh panjangkan permasalah kan…sebagai bantuan atau panduan

    1. untuk pengetahuan saudari jabatan tenaga kerja hanya mengendalikan isu disektor swasta sahaja.
      untuk badan berkanun mereka mempunyai akta sendiri

      1. Pekerja-pekerja di sektor awam adalah tertakluk kepada pekeliling dan peraturan yg dikeluarkan oleh kerajaan dar semasa ke semasa. Statut seperti Akta Kerja adalah spesifik dan mengawal selia subjek tertentu dan perkara tertentu.

  90. sy ade masalah ttg pembayaran gaji di tempat lama sy berkerja.sebelum berhenti sy dah hantar notis berhenti kerja untuk 2 minggu.tapi masalah dah dekat 2 bulan gaji sy ditahan.ape yg patut sy buat sekarang?

    1. semak semula kontak perkhidmatan secara bertulis saudara. jika didalam kontrak dinyatakan tempoh notis penamatan perkhidmatan, saudara harus mematuhi kontrak kerja yang ditandatangani saudara. Jika didalam kontrak tidak dinyatakan, ia tepakai mengikut akta kerja 1955, iaitu seksyen 12 notis penamatan kontrak 4 minggu notis bagi pekerja yang berkhidmat kurang dari 2 tahun, 6 minggu notis bagi mereka yang berkhidmat lebih 2 tahun tapi kurang daripada 5 tahun dan 8 minggu notis bagi mereka yang berkhidmat 5 tahun dan lebih

  91. sya berhenti tanpa notis.bkas mjikn sya menyaman sya dan sya perlu byar sebuln gaji.
    sya telah terima surat dari pjabat buruh.sya tiada duit untk byar kakirangn pjbt buruh pon telh dtg kerumh minta tandatangn sya mngenai tindan yg akn diambil.pda 27 hrbln nh sya perlu k pjbt buruh untk mndgar kterangn.tp sya tdak dpat hadir.apkah yg ptot sya lakukan

    1. Kes anda di bawa ke Jabatan Tenaga Kerja. Bermakna majikan membuat aduan pada JTK dan bukan menyaman anda. Anda boleh terangkan masaalah anda pada JTK utk rekod mereka. Tiada siapa boleh paksa anda buat pembayaran jika anda tidak mempunyai wang. Cuba runding secara baik tentang cara pembayaran jika boleh. Terima kasih.

  92. Jika kita bekerja shift, contoh night shift(12am-8am)…
    Berapa lama tempoh rehat yg wajar mengikut law yg ditetapkan sebelum memulakan shift yg baru???
    Adakah standard peraturan waktu bekerja bg yg kerja shift????

  93. adakah cuti ehsan adalah termaktub dan wajib diberi kepada pekerja yg telah kematian keluarga terdekat, contohnya, kematian bapa….adakah syarikat boleh atau dibenarkan untuk tidak memberi cuti ehsan kepada pekerja…. adakah cuti ehsan ini tertera dan terangkum dalam akta kerja /buruh…. adakah wajar pekerja mengambil tindakan ataupun membuat aduan jika pekerja itu tidak diberi cuti ehsan….? adakah ianya akan dibela oleh akta kerja tersebut?

  94. Adakah pekerja yang menerima gaji bulanan mereka melebihi RM2,000.00 ke atas tidak dilindungi Akta Pekerjaan 1955.

  95. Saya ingin bertanya, letter offer dan confirmation memaklumkan perlu memberi 1 month notice kepada company sekiranya mahu berhenti. Tiba-tiba setelah bekerja selama 2 tahun lebih, dapat surat, revised on clause 3B, dimana sekiranya mahu berhenti perlulah memberi 2 month notice which is equivalent with one month salary. Soalan saya, adakah valid surat tersebut?

  96. Nak bertanya, saya punye kes ni.. saya telah mendapat offer kerja di sebuah syarikat. dia minta saya laporkan diri pada 2 january 2014. tapi pada 15/11/13 saya telah telefon syarikat baru tu untuk menarik balik surat offer letter yang telah saya tanda tangan pada 1/11/2013. Dan mereka minta saya bayar pampasan sebanyak 1 bulan gaji yang telah di tawarakan pada saya.

    Di kandungan surat tu memang ada menyatakan, sekiranya saya tidak melaporkan diri pada 2 January 2014, saya akan di kenakan saman pampasan sebanyak 1 bulan gaji yang merka telah offer pada saya. Tetapi saya telah maklumkan awal 1 bulan sebelum saya laporkan diri.

    ada tak akta untuk saya membuat rayuan minta pembayaran secara ansuran atau sebagai nya…

    1. Hal ini strictly melibatkan soal kontrak iaitu perlanggaran perjanjian yang telah anda masuki dengan pihak satu lagi. Tentulah pihak satu lagi ada hak menuntut bila anda tidak menunaikan janji anda. Soalnya, sejauh manakah pihak tersebut akan buat tindakan hanya utk menuntut sebulan gaji dari anda? πŸ˜‰

      1. ermm.. saya juga telah memaklumkan kepada pihak syarikat tersebut secara lisan & secara bertulis melalui surat rasmi.

        jika di ikutkan logik, memang tidak memadai menuntut 1 bulan gaji dari saya yang kurang dari RM2,000 pun.. jika mereka meminta juga saya membayarnya, adakah saya harus membayar juga tanpa ada apa-apa surat hitam putih dari mereka untuk tuntutan pampasan gaji tersebut. adakah dengan hanya menelefon saya meminta saya membayar pampasan tersebut sudah menguatkan akta mereka untuk menuntut.

        Boleh atau tidak jika saya menunggu apa-apa surat rasmi meminta tuntutan gaji tersebut..??

  97. Company abg sy memang x pernah buat caruman untuk kwsp dan socso. Bulan lepas semase kerja abg sy mengalami kecederaan dan sekrang x boleh kerja dan perlu buat fisioterapi setiap minggu .pihak syarikat x pernah bg duit sara diri atau pampasan untuk perubatan. Pernah bg 300 tp bila cukop bulan syarikat potong dr gaji. Kire duit die bg sebgai pinjaman sahaja . Boleh buat aduan mengenai hal ini?

    1. Caruman KWSP dan Socso adalah wajib. Kegagalan berbuat demikian adalah suatu kesalahan di pihak majikan. Pekerja yg tidak menerima caruman boleh membuat aduan kepada pihak KWSP dan Perkeso yang berdekatan.

  98. Saya diarahkan bekerja pada hari cuti Deepavali (Sabtu, 02/11/2013) dan Awal Muharram (Selasa, 05/11/2013). Saya ingin bertanya mengenai pengiraan gaji, adakah gaji lebih masa tersebut dikali 2 atau dikali 1 sahaja. Untuk makluman, gaji saya adalah bulanan. Majikan saya mambayar kerja lebih masa saya dengan dikali 1 sahaja dengan menyatakan cuti Deepavali (Sabtu, 02/11/2013) dan Awal Muharram (Selasa, 05/11/2013) telah termasuk gaji bulanan saya (26 hari bekerja). Pada pemahaman saya, gaji kerja lebih masa saya patut dikali 2. Di harap dapat memberi penerangan lanjut.

    1. Bayaran OT pada cuti umum bergantung kepada berapa lama tempoh kerja kita. Pada hari tersebut gaji anda sudah pun berjalan samada anda berkerja atau tidak. Oleh itu, satu hari gaji sudah pun dikira utk anda. Sebagai tambahan anda akan terima:

      2x Gaji pada ORP jika bekerja 8 Jam atau Kurang dan 3x Gaji pada ORP jika melebihi 8 jam.

      Terima kasih.

      Note: Kiraaan ini hanya wajib utk pekerja yg bergaji RM2,000 ke bawah yang dilindungi oleh Akta Kerja 1955.

  99. Saya nak bertanya apa tindakan kita sebagai pekerja pada company yang lewat bayar gaji pekerja dari masa dia resign?biasa gaji akan d bayar pd 26hr bln.

    1. Lewat membayar gaji adalah satu pemecahan terma asas kontrak. Cuma terpulang kepada kita akan apa jenis tindakan yang mahu dilakukan. Anda boleh rujuk juga pada artikel ‘Upah dan Gaji’ mengenai hal ini.
      Jika anda ingin berhenti dan kerja ditempat lain, kelewatan ini boleh digunakan utk menamatkan kontrak dgn serta. Tindakan lain, termasuklah dengan melapurkan pada JTK.
      Sebaiknya tanya dulu majikan, apa masaalah mereka sebelum buat apa-apa keputusan. Terima kasih.

  100. Selamat tengah hari.
    Masalah saya ialah , seseorang pekerja yang masih dalam tempoh percubaan bolehkah menikmati rawatan pemeriksaan percubaan yang dilakukan oleh pengamal perubatan berdaftar yang dilantik oleh majikannya.

  101. Saya telah menghantar surat perletakan jawatan pada 26/9/13. Dan perkhimatan saya berakhir pada 26/10/13. Saya masih menpunyai 7 hari cuti tahunan dah 4 hari cuti berganti. Masaalah saya sekarang ialah majikan saya tidak membenarkan saya mengambil cuti2 tersebut dengan alasan kekurangan kakitangan buat masa ini. Saya bersetuju utk tidak mengambil cuti tahunan saya dah cuma ingin mengambil cuti berganti sahaja. Dan tujuan saya mengambil cuti berganti tersebut adalah untuk memendekkan masa kerja di majikan yang lama. Pihak majikan saya tidak membenar kan saya berbuat demikian, dan memberi jaminan kepada saya yang majikan akan membayar semua cuti2 tersebut. Saya ingin bertanya jika saya meningkari arahan tersebut iaitu saya tetap mengambil cuti berganti tersebut, adakah pihak majikan boleh membekukan gaji saya yg lepas? Saya perlukan kepastian dari pihak tuan..terima kasih

  102. Saya berkerja sebagai trapist. Kerja shiff pagi n petang…
    Waktu berkerja hnya 8 jam sahaja. Tetapi disuruh kerja lebih mase setiap ary.
    Sedangkan waktu berkerja 8 jam terlalu bz smpakn kami terpakse rehat 30 mins n 30 mins.
    Adakah salah sekiranya saya tidak mahu bekerja lebih mase?
    apa y patut saya buat?
    Adakah selepas 8 jam berkerja saya boleh memilih bekerja lebih mase atau tidak.?

    Saya sangat memerlukan bantuan sekarang ini…

    1. Jika anda tidak mematuhi arahan, maka majikan boleh ‘take note’ dan ambil tindakan disiplin atas alasan engkar arahan.
      Jika anda bekerja lebih masa, majikan perlu bayar faedah kerja lebih masa mengikut kadar yang sepatutnya.

  103. assalammualaikum sy ingin bertanya tentang prosuder apabila kita di berhentikan kerja tanpa notis,bayaran gaji macam mana yang patut saya terima,adakah saya hanya dapat bayaran selama saya kerja atau sebulan gaji kerana majikan memberhentikan saya tanpa notis dan gaji yang di bayar telah dipotong duit short…adakah patut gji sye di bayar begitu…..??? saya hanya ingin tahu lebih lanjut kerana sepatut nya jikalau majikan mmberhentikan tanpa notis,adakah short saya patot ditolak sama,,mohon sangat dapat jwapn

  104. Saya selaku pihak majikan mempunyai pemandu van yang bergaji RM2,500.00 . Adakah perkerja tersebut dilindungi dibawah akta pekerja dan pekerja tersebut bolehkan menuntut Kerja Lebih Masa.

  105. I keje promoter je , company suruh I transfer ke tempat lain , saya enggan berpindah atas faktor pengangkutan .akhirnya saya diberhentikan dan memaksa saya untuk berhenti gara2 keengganan saya berpindah , say adberhentikan hari itu juga ,

    DLSL: Harap rujuk dgn segera kes anda di JTK. Mereka boleh siasat samada tindakan majikan dibuat dengan prosedur yg betul atau tidak.

  106. salam
    saya nak bertanya.. apakah adakah saya sudah melanggar kontrak kerja jika saya berhenti kerja tanpa memberikan sebarang notis? walaupun baru sebulan sahaja saya kerja di situ..dlm mase sebuln tu..saya masih ‘freelance’. Dan saya tidak melaporkan diri untuk bekerja secara ‘tetap’ pada bulan berikut nye.. bolehkah majikan saya meminta ganti rugi kepada saya? jika saya tidak membayar ganti rugi itu..dan majikan saya membawa kes ini ke mahkamah, dan saya still tidak membuat ape2 bayaran.. apakah tindakan yg di hadapan kepada saya?

    1. Jika anda bekerja di dalam skop (contract of service) anda wajib memberi notis pemberhentian kerja.. kerana jika anda tidak berbuat demikian pihak pengurus boleh meminta ganti rugi kpada syarikat.. manakala jika anda bekerja di skop (contract for service) anda tidak perlu memberi notis letak jwatan kerana ada tidak terikat dengan majikan πŸ™‚

  107. salam..ingin tahu saya bekerja pemandu,tiada EPF & SOCSO, selain itu deposit dipotong dan gj dipotong tanpa sebab.. cuti hanya 2hari sebulan..minta pandangan untuk aduan ini….sehingga kini deposit saya hampir 4ribu…
    bantuan…………..

  108. Salam.sy alami kmalangn di tmpt keje.cedera tulang.dpt mc 7hari.tp majikan pkse keje.insuran kampeni ad belikan,tapi claim majikan yg ambik.sy kerja dlam tekanan.majikan suke cakap org melayu xleh pakai,xsme cm cine.what should i do??

  109. 1. Pekerja saya sudah tidak hadir selama 3 hari berturut-turut tanpa notis, bagaimana prosuder utk memberhentikan pekerja?
    2. Pekerja tiada surat sah jawatan,
    3. Gaji pekerja 1100.00, ada perkeso dan KWSP.

  110. Tolong ambil tindakan kpd majikan rakyat superstore keningau sabah yg masih blm menaikkan gaji spt yg disarankan oleh kerajaan iaitu rm8oo.pekerja lama yg tlh berkhidmat hmpir 5 tahun pun masih lagi basic gaji rm560.tolonglah dengan segera

  111. Saya nak tanya berkerja swasta dan saya berkerja dari pukul 10pagi hingga 10 malam.. Masa rehat saya adalah 2 jam..1jam tghari dan 1jam lagi untuk ptg.. Berapa sepatutnya masa OT saya dikira… 2 jam atau 3 jam??

      1. Bagaimana pula dgn berkerja dr 10pg hingga 7mlm…1 jam adalah waktu rehat..ada ot ke?total time kerja 9 jam…adakah waktu kerja normal 8jam termasuk waktu rehat juga? Terima kasih..

        1. Masa kerja tidak termasuk waktu rehat, maka 1 jam itu dikira sebagai OT, kecuali majikan menggunakan jadual waktu anjal. Harap dapat rujuk artikel berkaitan waktu kerja dan kerja lebih masa. terima kasih.

  112. Saya mengalami kemalangan dan sekarang dlm mc 2bulan tp kwn tempat kerja sy bagi tau yg hr nk buang sy bekerja sebb mc terlalu lama..adekah majikan boleh buang pekerja sesuka hati walaupon pekerja dlm mc.bukan saje2 saya cuti

    1. utk memberhentikan pekerja bukan satu yg mudah. Perlu ada sebab yg baik dan ikut prosedur. Tapi, pastikan anda juga buat ikut prosedur dgn memberi notis cuti pada majikan berserta surat pengesahan dari doktor yg anda tidak boleh bekerja buat sementara waktu.

  113. Salam…saya ingin bertanya…sy pekerja kilang automotive dan sy berjawatan juruteknik…saya telah dipinjamkan ke department lain tanpa hitam putih…dan melakukan kerja diluar bidang kerja…ada x akta melindungi hak saya

  114. if i sick and operation at hospital and stay hospital 4 days after that doctor give me 30 days medical leave.MAy i know the 34 medical leave is cuti sakit berbayar?

  115. Salam..saya telah bekerja sebagai juruteknik mekanikal selama 3 tahun, pada bulan 11/2012 saya telah mengalami bencana kerja dan disahkan mengalami penyakit PID L3, L4, L5, S1 dan sekarang dalam proses tuntutan HILANG UPAYA KEKAL dari PERKESO.Majikan ada memberi perlindungan INSURAN PERUBATAN DAN KEMALANGAN.Adakah saya layak memohon pampasan dari pihak INSURAN akibat bencana kerja tersebut.Akibat daripada bencana kerja tersebut saya tidak melakukan tugas sebagai Juruteknik Mekanikal kerana diberi notis kerja ringan oleh pihak HOSPITAL yang merawat dan sering mengambil CUTI SAKIT.Jika saya diberhentikan kerja apakah faedah pemberhentian yang layak dituntut.

  116. minta pndangan..
    saya bkrja tnpa ada :-
    – Surat pngesahan jawatan
    – tiada Kwsp
    – tiada payslip
    – OT murah drpd Gaji

    Apa tindakan pertama perlu saya lakukan ?
    Adakah perlu bt laporan Polis sblm bt laporan ke Jbtn Tenaga Kerja ?
    Trima Kasih

  117. Saya nak tnya…sy ada bkerja part time dkt satu kiosk mnjual beg tngan. Sy bkerja unt cari duit raya dan sy mmg gtaw awal2 lg pd majikan tu sy nak bkerja smp hari ry baru2 ni…sy start bkerja 18/6-20/7. Tp sy tpaksa berhenti awal sbb sy ada pggilan exam dr SPA. Majikan sy x kasi berenti smp hjung bln 7..tp memandangkan sy ingin mmbuat persiapan unt mnduduki exam..sy terpaksa berenti…majikan sy hold gj sy…dia ckp kalo sy berenti gj dia msuk awal bln 8… tp sampai skarang ni gj sy xmsuk2 lg…smp mnjadi krisis sy ngan dia…dengan pnyataan ini, layak x sy membuat aduan pd tenaga buruh jika gj sy x msuk jg? Sbb sbelum ni pnah timbul isu gj dgn pkerja lama…. wajar x sy pegi buat aduan?

  118. salam,saya ni promoter make up under company contohnya maybelline dan saya under agensi ditugaskan untuk menjaga dalam watson tp saya bkn under watson..nk tanya perlukah saya patuh pada peraturan yg ditetapkan oleh watson atau store manager watson atau agensi saya?atau perlukah mereka mengganggu atau mengawal saya??
    sedangkan saya dibayar gaji untuk berkhidmat pd majikan saya dan menjual produk yg dihasilkan oleh company saya..bkn mereka yg bayar gaji saya..tq

  119. Suami sya bekerja sbg posmen,n memohon cuti unpaid leave,n management telah memberitahu sesiapa yg mengambil mc or unpaid leave pada musim raya ni akan dpotong gaji,tapi pemotongan adalah sebanyak rm400,bukan mengikut kadar gaji hari,jika ini terjadi,boleh saya membawa kes ini ke pejabat buruh?

  120. Minta bantuan jawapan….. saya berkerja sebagai cake decorator di sebuah kedai bakeri.. dan sudah bekerja dari bulan 9 2011.. baru ni saya telah memohon cuti hari raya..selama 7 hari 2 minggu awal… 1hri cuti rehat…2hari cuti umum.. 3nri cuti tahunan dan 1 hri cuti rehat… dan sudah diluluskan… kemudian…hari ini saya diberitahu yg cuti saya dibatalkan dan diberi cuti selama 4 hri sahaja.. persoalan nyer… bolehkah majikan menukar kan cuti yg sudah diluluskan…

  121. Saya dan suami telah bekerja di sebuah market selama 5 hari dan kemudian berhenti.tapi unit gaji mengatakan yang kami tidak layak mendapat gaji kerana kami tidak pernah sign apa-apa agreement yg mengesahkan kami adalah pekerja mereka.unit gaji juga menjelaskan yg kami perlu menghantar notis seminggu sebelum berhenti.sedangkan selama bekerja kami langsung tidak diberitahu apa2 tentang polisi company ataupun menandatangani apa2 agreement.jadi bolehkah kami menuntut gaji kami?

    1. Soal ada kontrak bertulis atau tidak bukanlah satu masaalah. Asalkan ada telah diberkan tugas dan telah menjalankan tugas, maka boleh dikatakan satu kontrak telah wujud antara pekerja dan majikan.
      Masaalah anda ialah dari segi notis. Mana-mana pihak yang mahu menamatkan kontrak kerja perlu berikan notis. Jika tidak dinyatakan dalam kontrak, maka tempoh yg disebut dalam akta adalah selama 4 minggu. Harap rujuk artikel berkenaan notis dalam blog ini. Terima kasih.

  122. Jika pekerja yang hanya kerja selama 13 hari di sebuah syarikat,jadi kiraan gajinya patut dibahagi 26 hari ataupun ikut berapa hari yang ada dalam bulan itu?

  123. saya bekerja di salah sebuah syarikat penyelenggaraan di shah alam gaji saya melebihi rm2000 dan rate kerja lebih masa saya 7.21 ..di sini boleh ker saya membuat aduan mengenai ot yang tidak dibayar selama setahun dr 7.2012 hingga sekarNg 2013 di jtk … bermacam2x alasan diberikan oleh majikan saya …. ape dokumen yang perlu saya sediakan untuk ini?

  124. Sy nk tnya apa yg akan terjadi jika sy melanggar kontrak kerjA? Majikan mengambil legal action? Adakah saya akan masuk jel atau di istihar muflis?

    1. anda definately takkan masuk jel kerana sebarang tindakan oleh majikan anda bersifat tindakan sivil iaitu tuntutan atas gantirugi pecah kontrak. Anda juga unlikely muflis kecuali perlanggaran kontrak kerja yang anda maksudkan itu nilainya melebihi RM 50k.

  125. saya adalah pekerja swasta. Saya ingin bertanya mengenai kiraan Payback Annual Leave and Unpaid Leave. tolong saya. TQ

  126. salam….bagaimanakah kita hendak mengira kadar upah kerja lebih masa bagi pekerja yang mendapat gaji rm2000 ke atas?

    Bolehkah upah digantikan dengan cuti yg setara dengan jumlah jam kerja lebih masa atau ada kaedah pengiraan yg lain?

    1. Itu perlu dirujuk pada kontrak anda. Mereka yg ditawarkan gaji lebih RM 2k atau ditawarkan naik gaji lebih RM 2k, dinasihatkan utk berunding dan bertanyakan majikan/bakal majikan mengenai hal2 sebegini sebelum setuju.

  127. saya terlibat kemalangan semasa bekerja.Saya mendapat rawatan di hospital Sungai Buloh dan mendapati tulang tangan kiri saya retak dan tidak dapat hadir kerja. Saya diberikan MC selama 6 bulan. Adakah syarikat saya patut membayar cuti berbayar selama 6 bulan itu ? Ataupun syarikat saya hanya patut beri saya cuti tanpa gaji selama 6 bualn itu?

    1. Majikan cuma perlu beri cuti sakit berbayar sekadar mengikut jumlah kelayakkan cuti sakit yang belum di gunakan. Jika cuti sakit anda setahun ialah 20 hari dan anda telah gunakan sebanyak 5 hari, maka majikan perlu berikan 15 hari cuti sakit berbayar.
      Jika anda dimasukkan dalam hospital, 60 hari hari di dalam hospital adalah cuti sakit berbayar.

      Terima kasih.

  128. saya bekerja sebagai HR admin di sebuah syarikat swasta.Majikan saya telah mengeluarkan notis cuti umum dan gaji berbayar pada hari raya iaitu sebanyak 3 hari.Tapi setahu saya cuti umum untuk hari raya cuma 2 hari saja seperti mengikut calendar.Dan surat tawaran bekerja pun sudah siap ditandatangi dan dipersetujui oleh majikan dan juga pekerja yg lain dan termasuklah saya.Persoalannya sekarang majikan saya telah mengurangkan cuti raya 3 hari kepada 2 hari kerana kesilapan dan kecuaian drp pihak syarikat sendiri ..dan cuti sehari lagi adalah cuti yang tidak berbayar.apakah perkara ini boleh dirujuk kepada pejabat buruh atau hanya membiarkan saja perkara ini seperti tidak ada apa-apa berlaku.Apa yang perlu saya buat untk kes seperti ini kerana pekerja dibawah saya sudah pasti tidak akan bersetuju dan akan bengang bila mereka dapat tahu akan hal tersebut..majikan saya ingin meminta maaf dan mewakilkan saya untuk menerangkan kepada pekerja yang lain tentang keadaan yang sebenar..apakah tindakan yang perlu saya lakukan??..harap minta penjelasan.

    1. Memang majikan tidak perlu beri cuti sehingga 3 hari dan sebarang kesilapan seharusnya boleh diperbetulkan dengan menerangkan peruntukkan Akta berkaitan. Soal pekerja marah itu adalah cabaran yg semua HR practitioner perlu hadapi.
      Namun, masaalah akan timbul jika notis telah lama diberikan dan kesilapan baru disedari. Ini kerana sesetengah pekerja mungkin telah buat persiapan dengan membeli tiket pulang kampung dan sebagainya. Di sini, pertimbangan dari pihak majikan diperlukan.

  129. saya bekerja sebagai pencuci pejabat..saya telah bekerja selama 3 tahun di syarikat yang sama..saya ingin kepastian adakah jika saya meminta izin cuti dan telah diluluskan oleh majikan ,adakah elaun kedatangan saya akan dipotong habis jika baru sehari tidak hadir?adakah saya tidak layak memohon cuti tahunan?untuk makluman saya bekerja 5 hari seminggu dari 7.30 hingga 4 petang.

    1. Ya, anda sepatutnya layak mendapat cuti tahunan. Elaun adalah budibicara majikan namun samada ia boleh di potong atau di tarik balik adalah bergantung kepada persetujuan yg dibuat oleh pekerja dan majikan semasa elaun itu mula2 diberikan. Ia bersifat kontrak.

  130. Salam, saya ada satu masalah di sini. Saya masih dalam tempoh percubaan. Saya telah memaklumkan majikan saya secara oral bahawa saya akan berhenti kerja kerana telah mendapat kerja di tempat lain, iaitu pelanggan syarikat saya sekarang ni. Niat saya hanya untuk memberi persediaan kepada majikan supaya bersedia. Namun, majikan bertindak menelefon syarikat tersebut supaya tidak memberi offer letter kpd saya. Saya juga terdapat maklumat dari pekerja lain bahawa majikan saya memang suka ‘potong’ syarikat lain supaya tidak ‘mengambil’ pekerjanya. Alasannya kerana terdapat non-competent clause di dalam kontrak pekerjaan saya. Masalahnya, syarikat yg offer jwtn tersebut adalah jauh lebih bagus benefit dan gajinya berbanding syarikat saya skrg ini. Saya juga bukanlah seorang key-person dalam syarikat ini kerana saya tidak memegang apa2 rahsia penting syarikat. Minta tolong advice… Apa hak saya sbg seorg pekerja dan apa hak majikan saya. TQ.

  131. Sy nak tanya, bolehkah majikan menolak basic gaji alasan kerja dh kurang .. boleh kew sy buat aduan ..

  132. Saya nak bertanya adakah semua majikan wajib memberikan gaji jika bekerja pada hari kelepasan am ataupun cuti ganti??Untuk makluman pihak tuan,syarikat saya ,mengkehendaki pekerja untuk mengambil cuti tahun pada hari raya aidilfitri nanti.Bolehkah saya melapor pada pejabat buruh???

  133. Salam… sy nk tnyer… tempoh tuk byr gji pada pekerja seperti saya… selalunya tarikh gji pd 26 hb tuk tiap2 bulan… tp sjk kebelakangan ni gji slalu lmbt… ble sy leh wat report…

  134. Ordinan Buruh Sabah tidak terpakai kepada kakitangan kerajaan (hanya untuk pekerja swasta sahaja). Soalannya: Apakah seksyen yang boleh menyokong hujah tersebut jika dirujuk dalam ordinan buruh sabah.

    Terima kasih.

  135. saya dpt smbung belajar…saya buat surat 24jam untuk perletakan jawatan….saya bru keje 3 bulan….sya kaje penuh untuk bulan 6…gji yg mereka beri pada saya 1/3 drpda gji sblum ney…ape ptut saya buat

  136. salam……sya pelajar bru hbis praktikal….sya dh keje dgn majikan sy slme 3 bulan….sya dpt twran sambung belajar blik….selepas itu sya buat surat perletakan jawatan dlm masa 24jam…tetapi sya keje penuh sebulan…sya d bayar 1/3 saja gji…

  137. Salam,saya bekerja di kolej swasta di pj.sewaktu saya hadir ke temuduga,saya ditawarkan management trainee.tetapi apabila saya datang temuduga,jawatan diberikan eksekutif pemasaran.sewaktu temuduga & di dalam surat tawaran maklumkan waktu bekerja hanya isnin hingga jumaat.dan ada tambahan saya perlu datang bekerja sekiranya perlu.hakikatnya setiap hari sabtu saya bekerja dari 9 pagi hingga 530 petang.pengurus sayaa suka menengking dan memanggil kami dengan nama binatang mcm kera/monyet.selain itu bos saya juga sering mengaitkan hal kerja dengan hal personal.walaubagaimanapun saya sudah bekerja di sini setahun lebih.apakah komen pihak tuan? Dari segi mana jabatan buruh boleh membantu?

  138. salam. saya dah 6 tahun bekerja di firma guaman kl dan majikan ada satu lagi branch ofis di JB. Majikan bagitahu saya yang firma kami akan ditutup hujung bulan Julai. Majikan memberi 2 pilihan iaitu kami yang bekerja di KL pindah ke JB ataupun mencari kerja lain. Semasa kami masuk kerja, kami di bawah branch ofis KL. Lagipun majikan mengumukan perkara ini 6 minggu sebelum tarikh tutup. Berhakkah kami menerima wang pampasan?

  139. Gaji Pekerja2 dapat dilindung,maka pekerja yang suka selalu lewat kerja lebih kurang 2jam.
    Bagaimana kira tolak gaji.pekerja tak jalan kan tugasnya dengan betul,tak bole dihentikan dengan sertameta?

    1. pekerja boleh dibayar ikut masa kerja sebenarnya. Misalnya jika dia lewat dan bekerja 6 jam shj, instead of 8 jam yg ditetapkan, maka majikan boleh membayar mengikut kadar 6 jam sahaja.
      Bab berhenti tu, kena ikut prosedur yg sepatutnya.

  140. Salam… sya da hntr surat risign,tpi bos sya eggan membri slip gaji ???gaji yg bos saya bagi x same dgn apa yang dia janjikan.. apa yang patut saya buat klau bolh saya nak dia kena pecat sebab makan duet saya?? dulu dia ckp basic 900 elaun 200 tpi gaji yang sya dpt bulan ni 581 ringgit mna yang selebihnya!! kenpa dia xnk bgi slip gaji??? PETRON SRI RAMPAI SETAPAK KUALA LUMRUR.

    Harap pihak tuan/puan boleh membantu saya:-(

    1. Harap rujuk kes anda dengan Jabatan Tenaga Kerja berdekatan. Mereka boleh menghubungi majikan anda untuk meminta penjelasan. Terima kasih.

  141. assalammualaikum..
    sy nk tnya berkenaan ot bagi executive level.
    boleh ke gaji 1500 ke atas, ot dikira $10/hour. dan hanya dikira ot jika cukup 1 jam. maknanya 1/2 jam, 45min tdk dikira.
    sy dimaklumkan.executive level mmg xde ot. hanya elaun.bagaimana pengiraan elaun itu dibuat.
    boleh ke seorg pekerja itu meminta majikannya mengira ot spt biasa (pada kadar 1.5/hour)

  142. Assalamualaikum. Saya nak tanya, situasi saya sama seperti saudara/saudari CUMA NAK TAHU, tapi bezanya saya tidak dapat cuti tahunan kerana belum tetap lagi. Boleh ke saya bg notis berhenti 24 jam?

  143. salam saya bekerja hampir 1tahun,,kini saya tertekan dengan sikap majikan saya..apa yang diberi oleh majiikan dia akan mengungkit jika ada sesuatu kesalahan dilakukan oleh kawan pejabat atau saya sendiri…saya mengambil keputusan ingin berhenti kerja’dlm masa 1 tahun saya masih belom Sah dalam jawatan tetap (xconfirm lagi)dlm undang2 buruh boleh x ssorg pekerja berhenti 24jam..dlm offer letter yg saya terima pekerja perlu mmberi notis selama 7hari jika pekerja itu masih dlm percubaan &saya sudah menerima cuti tahun saya sbnyk 8hari setahun, boleh tak saya ambil cuti itu utk cover sepertimana dlm offer letter trsebut..

    1. Jika offer letter mengatakan 7 hari, maka tujuh hari lah notis buat anda. Anda pasti tidak ada apa-apa dokumen lain berkaitan kontrak kerja anda yg anda terima dan persetujui?
      Ya, jika anda masih ada kelayakan cuti yg belum digunakan, anda boleh gunakan utk off-set notis anda. Maklumkan sahaja dalam surat perletakkan jawatan.

  144. Saya seorang pekerja keselamatan dalam industri perhotelan di mana terdapat kesatuan kerja di situ. Saya bukan dalam kategori pengurusan. Majikan memberi gaji seperti pekerja2 rank and file yang lain. Undang2 yg manakah yang harus saya ikuti? Adakah yang di tetapkan dalam handbook majikan atau mengikut collective agreement pihak kesatuan?

  145. Dear sir..bertanya?
    Saya ingin berhenti kerja..syarat berhenti kerja syarikat adalah sebulan dari tarikh berhenti kerja…jikalau notis adalah 2hb May 2013 maka tarikh akhir saya bekerja di syarikat ini adalah 3 June 2013?Adakah ia kira sebulan “hari bekerja yang ditolak hari cuti Jumaat Sabtu”?

    Bolehkan sebulan notis berhenti itu ditolak dengan jumlah baki cuti tahunan..

    TQ

    1. bsaically, 1month notice can be done as this example. effectife/notice date is 2nd may, & your last working day is 1st june (this is the minimum standard). if you want to apply for early release via annual leave, you can discuss with your employer.

  146. hai, saya baru je start keje bbrapa hari yg lepas (hampir sminggu) dan masih belum menandatangani kontrak prjanjian. Namun, saya mendapati kerja itu kurang sesuai dengan saya. oleh itu, saya ingin berhenti.

    soalan saya, adakah majikan boleh mengfailkan saman ke ats saya sekiranya saya berhenti serta-merta sementara saya masih belum menandatangani kontrak?

    harap penjelasan. TQ

    1. sebenarnya, berdasarkan pemerhatian saya, anda tidak boleh berhenti kerja serta merta kerana anda tetap tertakluk kepada kontrak walaupun belum menandatangani dokumen. situasi seperti berikut:-
      anda ditawarkan perkhidmatan & anda telah hadir melaporkan diri.
      komen- anda telah dikira bersetuju untuk berkhidmat apabila anda telah hadir melaporkan diri, dan syarikat telah bersetuju menerima anda sebagai pekerja apabila syrikat mendaftar anda sebagai pekerja mereka. ini boleh dirujuk dalam undang-undang kontrak yang mana tawaran & penerimaan adalah boleh dibuat melalui verbal, writing, & action. dalam konteks ini, anda telah bersetuju secara tindakan & verbal. maka kontrak adalah boleh dikira sah, & anda tertakluk kepada peraturan.

      jika semasa melapor diri, anda mendapati tiada dokumen yang disediakan untuk ditandatangan, anda berhak meminta surat tawaran & pada masa ini anda masih boleh membuat keputusan untuk tidak menerima tawaran jika kurang sesuai dengan anda. tetapi, anda tidak boleh melaporkan diri sebelum mendapat pengesahan daripada bakal majikan berkenaan tawaran pekerjaan anda. setelah anda bersetuju, & menandatangani dokumen, maka anda tertakluk kepada peraturan syarikat..

      sekian.

  147. salam..majikan sye tidak membenarkan sye rehat lebih dr sejam pd hari jumaat..dia memaksa sye memilih antara rehat (makan) atau nk pergi solat jumaat?adakah ini salah dr akta buruh sedia ada?

  148. i would like to know how many months notice(resign) i should give if i am under my company contract?

    1. first please check again in your offer letter, is that any item said about self termination/resignation? if yes, please refer to your company policy. if not stated anywhere in your company policy, the best option is, you give 1month notice.

  149. hi,saya dah kerja dgn majikan kini dah 9 bulan …tapi majikan sy baru nak masuk epf yg ke bulan 9 ni…….sekarang sy dah berhenti ni……saya nak tanya … boleh sy lapor kat labour offic tentang epf?

  150. sy guru tadika baru apply kerja. semasa kerja sy telah sign form application yg disediakan oleh majikan & dlm surat itu juga terkandung kena kerja selama 1 tahun baru boleh berhenti @ 2 bulan awal utk surat perletakan jawatan. Masalahnya sy ada pelan nak berhenti awal(tak cukup setahun bekerja)…saya dah cakap lisan pd pengetua utk berhenti kerja bulan lepas then bulan sekarang sy baru tulis surat utk perletakan jawatan…adakah surat perletakan jawatan sy sah utk dikira 2 bulan atau dikira juga dari tarikh baru hantar. Adakah berhak utk pengetua/majikan utk saman saya disebabkan ini walaupun surat perlantikan jawatan cuma tandatangan sahaja tiada mati setem as nampak seperti aggreement yg sebenarnya.

  151. salam.. saya telah menghantar surat berhenti kerja pada 14hb mac dengan menyatakan bahawa saya akan berhenti pada 31hb, tetapi pihak majikan mengarahkan saya berhenti pada15hb dan berjanji akan membayar gaji saya pada 15hb tersebut. tetapi, sampai sekarang, gaji saya tidak di bayar, malah pihak majikan ada menghantar msg kepada saya yg berbaur ugutan. msgnya adalah seperti berikut “saya sudah hantar aduan pasal u ke kpt *** dan sumber manusia bahawa kerja u mcm bdk spm dan soal *** mcm mana u blh lulus master” msg ke 2 spt berikut “saya juga akan hantar ke spa”. menurut pihak admin, apakah tindakan yg patut sy lakukan, mengenai majikan seperti ini. untuk pengetahuan juga, pihak majikan ada menghantar msg ugutan kpd rakan sekerja sy yg turut berhenti kerja dan ada pekerja sblm ini yg berhenti turut tidak di bayar gaji. kwsp mereka juga di potong, tetapi apabila di check, tiada wang yang di masukkan dlm akaun kwsp mereka. terima kasih..

  152. Salam, saya ditawarkan oleh bekas majikan rm1500 untuk bekerja semula dengannya. Saya minta kepada majikan ‘offer Letter’ bagi memudahkan segala urusan dari segi syarat2 bekerja dan pekerja. Majikan juga menawarkan ‘KWSP’ akan tetapi, permasalahan saya adalah majikan tidak membayar gaji yang ditawarkan dan ‘KWSP’ juga tidak dilakukan manakala, ‘Offer Letter’ juga tidak diberikan. Sehinggalah saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja dengan secara lisan. Majikan telah menahan gaji saya atas tuntutan majikan..wajarkah dengan apa yang majikan itu lakukan?

  153. Saya bekerja di sebuah firma di KL. saya telah di confirmkan selepas 3 bulan probation kerana performance saya bgus. saya juga ade menerima increament dan bonus pada awal thn ni kerana performance bagus.
    pada awal bulan 3 saya menerima surat dari majikan mengatakan saya tak perform (padahal masa performance appraisal dijalankan sumenye ok) dan meletakkan saya under probation semula. dan di dalam surat itu ade menyatakan kalo performance saya masih teruk maka by end of april saya akan diberhentikan. dan HR selalu meminta saya menghantar surat resign. soalan saya:

    1. bolehkah majikan masukkan saya ke dalam probation semula slps di confirmkan?
    2. adakah majikan berhak untuk membernhentikan saya pada tarikh yg tertulis dalam surat iaitu 30 april?

    mohon pandangan tuan.

  154. kwn sy ada berikan notis brhnti kerja 2mnggu.mslh yg tmbul skrg,OT yg dia buat sblmdia hntr notis tu,dpt claim @ x?

  155. Sekiranya terdpt diskriminasi dlm pekerjaan bagaimana? Saya bekerja sbg HR/Admin dlm Syarikat kini ttpi Syarikat saya meminta saya mencari sales/projek utk Syarikat bg menampung gaji saya sendiri walhal majoriti staff menerima gaji blnan on time & incentif thnan (2bln gaji). Adakah ini menjurus kepada Constructive Dismissal dimana pihak Syarikat mahu saya meletak jawatan krn mrk memberi alasan “tidak mampu” membyr gaji saya.

    1. Syarikat tidak boleh memaksa pekerja meletakkan jawatan. Jika mereka ingin anda berhenti, maka mereka perlu memberikan notis kepada anda dan anda berhak kepada pampasan jika ia tidak dilakukan dengan mengikut prosedur.
      Kerja multi tasking pula adalah perkara biasa zaman ini, namun ia tertakluk juga kepada terma2 dalam kontrak kerja. Ia harus dirujuk juga. Upah atau gaji hendaklah mengikut yang dipersetujui. Sebarang pemecahan kontrak boleh di adukan kepada JTK berdekatan.

  156. hi,saya ingin tahu saya sudah membuat aduan ke jtk tapi pegawai macam tolong majikan punya side dan walaupun saya sudah menyatakan masalah saya dan sebab saya berhenti bekerja,dia beritahu saya majikan saya ada hak minta saya bayar dia pampasan kerana berhenti kerja tanpa nitice..tapi sebab saya mau resign kerana majikan mau potong komisen saya secara rm350 satu hari dan sms saya syarat itu dan saya ada proof..saya mengaku saya ada menjalankan tanggungjawab saya dan saya tak boleh tahan ditekan oleh majikan kerana dia orang kaya,kita bekerja untuk gaji saja,labour law bukan protect buruh punya meh?tambahan pula gaji pokok saya hanya rm1200 per month,saya bersalin pada oct2012 dan berhak untuk dua bulan confinement leave tapi majikan mau saya rehat satu bulan saja saya pun ikut arahan,siapa berani bantah arahan majikan.???tetapi pegawai itu cakap bulan kedua saya sudah dapat gaji jadi tak boleh minta pampasan,walau!!!bulan kedua saya sudah balik kerja mesti ada gaji lah,saya mau minta pampasan itu sebab company itu banyak busuk dan suka makan pekerja punya wellfare,kalau buka dia mahu tolak saya rm350 satu hari cuti saya takkan minta pampasan itu!!!pegawai itu tak ada tolong saya lagi cakap company saya akan su saya lagi!!!walau,siapa kena ditolong??orang kaya ke???

    1. Saya tak rasa pegawai JTK ambil side. Hak pekerja dan majikan perlu diimbangkan. Selain dari itu ada kontrak dan undang-undang yg perlu dipatuhi.
      Jika anda ada masaalah dgn majikan, anda sebaiknya cepat mendapatkan nasihat dan pertolongan dari JTK. Berhenti tanpa notis adalah satu perlanggaran kontrak pekerjaan dan memang majikan berhak mendapat pampasan. Sama juga dengan majikan tidak boleh memberhentikan pekerja begitu sahaja atau tuntutan akan dibuat terhadap mereka.
      Undang-undang dibuat untuk melindungi semua orang dan ini termasuklah majikan dan pekerja.

      Terima Kasih…

  157. adakah akta ini digunapakai bagi perkhidmatan kerajaan? Atau boleh terpakai kepada perkhidmatan kerajaan?

  158. Saya nk tny… hrp cek dpt jwp… sy berkelulusan diploma in nursing. Bekerja sebagai stafnurse d sebuah pusat jgaan la… dibayar gaji dgn rm850 tnpa sebarang elaun. Bekerja shift..7pg-2ptg..2-9… 9mlm-7 pg… kmi dbyr gji ikut bsic… kekadang ada overtime.. dbyr rm49. Ot diturunkn jd rm40 sbb nk selarikn dgn pekerja lain. Semasa bekerja tiada waktu rht yg khusus. Waktu cti umum ada bekerja tp xkira overtime.

    Soalan:
    1) wajarkah sya kelulusan diploma diberi gji rm850 slps komfomation..? Sedangkn gji minimum pon skrg pon rm 900.. majikan ada lbh 5 org pekeja…
    2)waktu kje pgi n ptg adalah 7 jam.. mnakala waktu mlm adalah lebih iaitu 10 jam.tiada elaun kje lbh msa utk mlm.. blehkah sya tuntut gji kje lbh msa..?
    3) blehkah gji ot sya diturunkn klau dh ditetapkan rm49> rm40?
    4) waktu rht tak tetapkanbpa mnit blehrehat..
    5) cti umum kje mcm biasa n tiada gji tambahan termsuk cti rya aidilfitr n aidiladha n chinese new year n deepavali dsbnye…

    1. 1) Gaji minima yg ditetapkan adalah RM 900 di semenanjung dan RM 800 di Sabah dan Sarawak dan ini perlu dipatuhi biar apa pun kelulusan pekerja.
      2) Jika terdapat kerja lebih masa, ia perlu dibayar mengikut kadar ditetapkan. Rujuk artikel Kerja Lebih Masa untuk maklumat lanjut.
      3) Kadar OT hendaklah mengikut kiraan yg betul. Rujuk artikel Kerja Lebih Masa.
      4) Untuk pekerja shift perlu ada sekurang-kurangnya rehat pendek (5 minit) dari semasa ke semasa. Harap Rujuk juga artikel Waktu Kerja.
      5) Cuti umum perlu dibayar ada kadar cuti umum. Artikelnya di SINI.

  159. I gave my company a one months notice resignation on th 13th of October 2012 but was ask to leave early by month end. I was paid until month end only. I have work in this company for 1year n 3months and my basic salary is rn1200.00 can they do this?

  160. Saya nak tanya,saya bekerja di sebuah syarikat selama lapan bulan..selama ini,boss tidak kasih saya sain offer dan confirmation letter..saya henti kerja tanpa notis secara bertulis..jikalau boss sue saya,saya mahu bayar ganti rugi dia kah..selama ini,dia tidak cakap saya confirm..terima kasih

  161. saya nk tanya,saya mula bekerja pada bulan 12 dan pada bulan 3 iaitu 4/3/2013 genaplah saya 3 bulan bekerja.apa yang saya hairan ialah kenapa majikan tidak memberi saya confirmation letter sedangkan saya telah sain surat tersebut.telah banyak kali saya beritahu tetapi majikan saya tidak bagi.apa yg perlu sy lakukan?
    2)setelah saya lepas 3 bulan bekerja,saya tidak datang kerja selama 2 hari,oleh itu saya nyatakan pada majikan saya gunakan annual leave tetapi majikan memberitahu untuk apply annual leave,saya perlu apply awal.tetapi saya tidak bagi borang cuti untuk saya tulis apa sebabnya kenapa saya tidak datang 2 hari.sebelum 3 bulan tersebut,saya telah bercuti tetapi majikan bagi saya borang cuti tersebut.soalan saya,kenapa majikan saya bertindak sedemikian?apa yang perlu saya lakukan?

    1. Anda perlu rujuk pada kontrak anda samada ‘confirmation’ itu secara spesifik nyatakan bila pekerja mesti di confirmkan. Otherwise, terpulang kepada majikan utk decide bila utk buat confirmation.
      Untuk annual leave, ia perlu dapat kelulusan majikan dahulu. Harap rujuk artikel Cuti Tahunan untuk maklumat lanjut.

  162. sy telah berhenti kerja mengejut mskipon telah hantar notis sebulan (dlm kontrak 2 bulan).secara lisan majikan setuju untuk berhenti sebulan tetapi sy telah berhenti dlm masa 2 mggu.jika majikan bawa ke mahkamah,adakah saya perlu bayar pampasan kepada mereka?

  163. Gaji saya tidak melebihi rm2000, tetapi majikan tidak membenarkan saya claim ot dengan alasan hanya mereka yang bekerja di production saya layak,saya pekerja office yg bekerja pukul 8-5.30pm , saturday alt sat. Bolehkah majikan bertindak demikian??

    tq for ur answer.

    1. Jika anda disuruh dan sudah melaksanakan kerja diluar masa kerja (OT), maka bayaran untuk kerja tersebut wajib dibayar pada kadar kerja lebih masa tidak kira di mana atau apa jawatan yang diberikan kepada anda. Malah, jika anda manager sekalipun tetapi gaji di bawah RM 2,000, maka kadar OT adalah terpakai.

  164. saya ada soalan berkenaan shutdown, iaitu pekerja yang kehendaki oleh syarikat untuk bercuti pada tempoh tertentu dengan sebab perayaan atau lain-lain. Dalam tempoh ini pihak syarikat akan menolak cuti tahunan perkerja sekiranya pekerja masih mempunyai cuti tahunan. Sekiranya tiada cuti tahunan pekerja akan ditolak gaji mengikut bilangan hari shutdown.
    Soalan saya bolehkah pihak syarikat sebagai majikan berbuat demikian?

    1. Secara praktiknya, byk sykt yg buat begini tetapi sebenarnya ia adalah satu kesalahan dan majikan tidak boleh memaksa pekerja mengambil cuti tahunan semata2 sykt mahu tutup sementara akibat perayaan tertentu.

      1. jadi apakah tindakan yang sepatutnya yang harus diambil oleh pihak pekerja dengan mengambil kira hubungan antara majikan tidak timbul konflik. dalam kes pekerja ingin menuntut haknya kembali tak kira samaada cuti yang telah di tolak ataupun gaji yang telah ditolak.

        1. bagaimana pula jika pihak majikan memberi alasan mengatakan syarikat tidak mempunyai projek pada masa itu dan pekerja di kehendaki bercuti untuk satu tempah yang ditetapkan?

          1. Majikan tidak boleh meminta pekerja mengambil cuti tahunan kecuali atas kemahuannya sendiri. Ini telah dijelaskan dalam kes di Mahkamah Perindustrian. Rujukan: Industrial Court Award (76/1982). Tindakan yg boleh pekerja lakukan jika perkara ini berlaku ialah melapurkan kepada Jabatan Tenaga Kerja yang berdekatan.
            Dalam soal syarikat di tutup bagi tempoh masa yg panjang kerana ketiadaan projek, maka rujukan pada EMPLOYMENT (TERMINATION AND LAY-OFF BENEFITS REGULATIONS) 1980 perlu dibuat dan pampasan hendaklah diberi kepada pekerja, berdasarkan Peraturan tersebut. Rujuk juga artikel ini: http://www.sta.org.my/News%20Archive/News%20Archive%202009/CirAG09_02.pdf untuk maklumat lanjut.

  165. Salam sejahtera

    Saya telah menghantar surat peletakan jawatan pada 28/2/2012 (notis 2 bulan 28/2/2013 – 27/4/2013) kerana saya telah berkhimat lebih dari 5 tahun. Majikan terima tetapi menyatakan secara lisan yang saya boleh berhenti 24 jam tanpa apa2 pampasan. Saya tidak setuju memandangkan saya menghantar surat peletakan jawatan utk tempoh notis 2 bulan.

    Soalan:
    1. Bolehkah majikan memberhentikan saya begitu sahaja sedangkan saya telah menghantar notis mengikut kontrak pekerjaan?

    2. Bolehkah saya sebagai pekerja dan majikan mewujudkan keadaan ‘Win-Win situation’ di mana saya terima notis 24jam pemberhentian kerja dengan sumbangan 1 bulan gaji? Siapakah yang patut kemukakan surat tersebut saya atau majikan?

    3. Sekiranya majikan tidak mahu membayar apa2 pampasan perlukah saya membuat laporan kepada JTK?

    Untuk makluman gaji saya lebih kurang RM3000.

    Sekian. Terima kasih..harap membantu

    1. Walaupun gaji anda dalam lingkungan RM 3,000, namun majikan anda tetap tertakluk kepada kontrak dan prinsip2 keadilan (rule of natural justice). Anda boleh mengadukan kepada JTK bagi memohon pampasan bagi ‘unfair dismissal’. Namun, ia perlu dibuat seberapa segera.

  166. Hi… Sye nk tnye sye bru kerja sblan dan dbrikan basic 700 bkankah kerajaan telah menyelaraskan gaji minimum 900 ..bolehker sye bt aduan??
    Trime kasih…

  167. saya telah berkerja masuk 2 tahun, pada hari ini 28/02/2013 saya telah meletakan jawatan saya, notis 24 jam. adakah majikan berhak menahan gaji saya. dah berapa lama tempoh penahanan itu. dan patut kah saya membayar 2 bulan gaji saya pada mereka.

      1. Saya sudah bekerja 5 tahun di syarikat yg sama dan diberi cuti tahunan sebanyak 12 hari..tetapi saya dihadkan cuti oleh majikan,iaitu satu bulan hanya 1 hari?adakah ini terdapat dalam undang-undang buruh?

  168. Saya telah berhenti kerja pada 8/2/2013. Mengikut kontrak kerja dengan notis 2 bulan. Walau bagaimana pun, majikan tidak membayar gaji saya walaupun 6 hari sahaja dengan alasan, pc yang saya gunakan perlu di hantar kepada lawyer dan menunggu laporan lawyer. Tambahan pula, majikan cakap yang dia berhak tahan gaji saya. Sedangkan tiada apa-apa masalah yang saya buat dan berhenti secara baik.

    Terima kasih atas bantuan.

  169. Salam, saya nak tanya.. klu staff (gji RM2000 ke bawah) & bkerja d luar kawasan, then diberikan elaun perjalanan.. msa krja melebihi masa kerja biasa.. OT yg staff claim perlu di bayar atau x?.. adakah menjadi kesalahan dlm Akta Kerja klu OT tersebut tidak dibayar?.. terima kasih.

  170. dear sir
    Saya ingin tanya, pada 5hb Jan’13 majikan saya tiba-tiba bagi notis saya supaya saya kerja sambil hujung bulan Jan’13. Sebab: !) Umur- Saya ialah 57 tahun tetapi majikan ingat saya umur 60. 2) Gaji saya 2 kali tinggi daripada staff baru. Majikan berjanji akan bayar bonus bagi saya untuk tahun 2012 dan satu bulan notis. Tetapi hanya saya dapat 1/2 bulan bonus. Sekarang saya pun dapati majikan pun tidak bayar saya EPF. Saya bukan staff yang baru. Saya telah kerja dengan majikan ini dulu punya company -ABC selama 4 tahun. Sebab ABC company ada court case dengan supplier, dia berhentikan operation company ABC dan formed company baru LMN. Saya pun kerja dalam company LMN selama 3 tahun baru saya perhentikan kerja itu. Agak sudah 5 tahun yang lepas, pada june 2010 majikan nanpak saya pun panggil saya balik kerja semula. Saya pun dapati company LMN sudah non-operation sebab lagi court case dengan dia punya partners. Saya kerja company ini XYZ sudah selama 2 1/2 tahun dan sekarang di perhentikan…. Boleh berikan saya apa-apa cadangan terhadap dengan masalah ini? Ribuan terima kasih

    1. Caruman EPF yg tidak berbayar perlu diadukan pada EPF utk tindakan lanjut. Jika anda rasa pemberhentian kerja tidak mengikut prosedur yg sewajarnya, maka anda harus membuat aduan kepada JTK secepat mungkin.
      Berkenaan soal penamatan kerja, saya mmg agak reluctant utk beri apa-apa komen kepada mana-mana pekerja yg bertanyakan soalan ini kepada saya kerana ia melibatkan banyak perkara termasuk interpritasi kontrak, conduct pihak-pihak, prosedur penamatan dsb.
      Oleh itu, cara terbaik ialah merujuk konselor JTK agar semua perkara dapat di analisa dan penyelesaian terbaik dapat di capai.

  171. Tumpang tanya, Syarikat tmpt saya bekerja ni nak pindah ke tempat lain yg jaraknya lebih krg 50km dari tmpt skrang.Dengar cite tarikh nak pindah makin hampir tapi pihak pengurusan tidak maklumkan pada pekerja2..macam mana tu?..kebanyakan pekerja x mahu ikut sbbb jauh…tlg advise..

    1. Harap berbincang dengan majikan terlebih dahulu. Operasi sykt adalah hak majikan dan terpulang kepadanya menentukan dimana premis sykt hendak ditempatkan. Dapatkan maklumat secukupnya dan rancang tindakan anda di masa depan nanti.

      Terima kasih.

  172. salam,

    saya ingin bertanya, saya telah mendapat pekerjaan di syarikat tersebut pada 15/2/2013 (Jumaat) dan telah mengisi borang memohon kerja yang hanya di tandatangani oleh saya tanpa tandatangan majikan. Saya telah mula bekerja pada 16/2/2013 (Sabtu). Pada pertama kali masuk kerja, saya tidak diberi apa-apa surat ikatan perjanjian kontrak pekerjaan/tandatangan untuk surat ikatan perjanjian kontrak pekerjaan antara pekerja & majikan. Maksudnya saya terus membuat kerja tanpa apa-apa ikatan perjanjian kontrak pekerjaan. Memandangkan skop tugas tidak sesuai dengan pengalaman kerja saya, saya telah mengemukakan notis 24 jam berhenti bekerja pada 22/02/2013 (Khamis) dan berkuatkuasa pada 23/02/2013 (Sabtu). Dan pada tarikh 22/02/2013 (khamis) setelah memberi surat notis 24 jam berhenti bekerja, pihak syarikat baru sahaja memberi peraturan bekerja dalam peraturan tersebut menyatakan no. 7 berhenti bekerja
    7.1 surat notis berhenti bekerja mestilah diserahkan kepada syarikat dalam tempoh 30 hari dari tarikh ingin berhenti kerja.
    7.2 jika berhenti serta merta dan menghantar surat notis berhenti kerja kepada syarikat dalam tempoh kurang 30 hari pihak syarikat berhak tidak membayar gaji termasuk baki setengah bulan gaji.
    7.3 jika pekerja mengemukakan notis 24jam berhenti kerja, maka gajinya tidak layak dituntut.
    7.4 jika sekiranya kakitangan didapati ponteng kerja selama 3 hari berturut-turut tanpa memberitahu syarikat sebab-sebab munasabah, maka dia dianggap telah berhenti bekerja.

    Masalahnya, pihak syarikat telah meminta ganti rugi sebanyak sebulan (RM700) di sebabkan melanggar kontrak pekerjaan syarikat tersebut sedangkan tidak ada surat perjanjian kontrak pekerjaan bertulis yang dibuat antara saya dengan pekerja yang menyatakan sekiranya berhenti kerja kurang dari tempoh 30 hari yang saya akan membayar RM700 (gaji sebulan) sebagai ganti rugi syarikat. Pihak syarikat memberitahu saya melalui panggilan telefon pada 22/02/2013 (khamis), beliau akan melaporkan kepada pihak jabatan buruh & polis sekiranya saya tidak membayar RM700 (sebulan).

    Saya sangat musykil kerana di tempat kerja lama saya dulu sebelum masuk, saya kena tandatangan 1 surat perjanjian kontrak pekerjaan saya dengan majikan. Tetapi untuk syarikat ini, mereka tidak menyediakan mana-mana surat perjanjian kontrak pekerjaan untuk ditandatangan pekerja dengan majikan. Saya telah meminta nasihat atau pendapat dengan orang-orang yang berpengalaman dalam bidang undang-undang buruh sekiranya tidak ada perjanjian kontrak perjanjian bertulis yang ditandatangan oleh majikan dan pekerja. Pihak majikan tidak boleh menuntut ganti rugi/saman selagi tiada hitam putih yang dibuat.

    Mohon bantuan untuk menyelesaikan masalah ini. Terima kasih.

    1. Anda menggunakan nama Sabah. Adakah anda berasal dari Sabah. Maka undang-undang yg perlu dirujuk adalah Ordinan Buruh Sabah. Namun, tiada masaalah kerana tidak banyak bezanya juga dengan Akta Kerja 1955.

      1. Kontrak kerja wujud biarpun secara lisan. Asas kontrak ialah tawaran (dari majikan) dan penerimaan yg telah anda lakukan dengan mula bertugas di sana.
      2. Oleh itu, anda tertakluk pada kontrak2 dan peraturan kerja di sana.
      3. Peraturan 7.1, 7.2, 7.3 dan 7.4 adalah selaras dengan peruntukkan Ordinan dan tanpa dimasukkan dalam kontrak sekalipun ia tetap berkuatkuasa.

      Saya bersimpati dengan masaalah anda, namun untuk penyelesai an nya, sila berunding dengan majikan anda. Mungkin anda boleh pohon berkerja selama 30 hari lagi bagi memenuhi syarat notis itu.

  173. Salam sejahtera, saya pada asalnya bekerja pada normal hour(48jam). Namun demikian, saya diarahkan untuk masuk kerja malam iaitu join bersama kumpulan shift malam dari 2000-0800hrs(12jam) selama lima hari(Isnin hingga Jumaat) bersamaan 60jam. Job grade saya ialah Eksekutif. Berapa hari kah cuti(Off day) saya entitled for setelah tamat shift/hari terakhir pada sabtu pagi 0800? Ini kerana saya akan kembali semula ke waktu normal balik pada minggu hadapan. Adakah saya patut masuk pada hari isnin macam biasa atau selasa?

    Terima kasih.

    1. Perlindungan di bawah Akta Kerja 1955 bukanlah berdasarkan grade kerja tetapi kepada jumlah gaji anda. Jika gaji anda melebihi RM 2,000, maka rujukan perlu dibuat kepada kontrak kerja, employement manual dsb.
      Jika gaji anda RM 2,000 dan ke bawah, sebagai tambahan kepada terma2 yg disebut dalam kontrak, majikan perlu memenuhi syarat2 minima yg ditetapkan oleh Akta Kerja 1955.
      Soal, samada anda boleh ditukar ke shift hour bergantung samada ada terma kontrak anda yg membenarkan atau melarangnya. Kiraan OT pula adalah sama : https://dululainsekaranglain.com/undang-undang/undang-undang-buruh-masa-kerja-dan-kerja-lebih-masa

      Terima kasih.

  174. kalau kilang ditutup macam mana perkerja yang gaji melebehi rm 2000,adakah kita boleh dapat pampasan dari majikan.

    1. Jika kilang ditutup, maka bisness tamat dan kontrak pun menjadi apa yg dipanggil sebagai frustration of contract. Dalam hal ini bukan shj pekerja bergaji lebih RM 2,000 shj yg tidak dapat pampasan, mereka yg below RM 2,000 pun tak dapt juga.

      Terima kasih.

  175. salam..saya telah menghantar notis berhenti kerja pada 19hb, kemudian majikan menyuruh saya menukar tarikh kepada 22hb Jan tanpa sebarang alasan. saya menukar tarikh notis saya seperti yang di suruh dan bermakna perletakan jawatan saya berkuatkuasa pada 20hb Feb..namun hari ini (19hb Feb)saya mendapat panggilan dari majikan mengatakan saya perlu berkerja sehingga 22hb Feb kerana notis saya bertarikh 22hb Jan(tidak di maklumkan lbh awal) ianya juga kerana ada staff dari HQ yg akan dtg untuk proses penyerahan tugas yang mana selama 29 hari sejak saya menghantar notis, tiada sebarang respon dari majikan tentang penyerahan tugas.saya hanya mendapat arahan untuk menyerahkan tugas kepada pembantu saya (bukan pada staff dari HQ) dan ianya telah saya lakukan sejak hari pertama saya menghantar notis..dalam masa yang sama saya telah berjanji kepada majikan baru untuk melapor diri pada 21hb Feb ini..boleh ke berikan saya apa2 cadangan untuk berdepan dengan masalah ini? terima kasih…

    1. Melihat dari situasi di atas, majikan anda punyai sedikit kelebihan kerana tarikh surat tersebut, namun anda masih boleh argue bhw ia atas kehendak mereka dan niat anda utk berhenti ialah pada 19hb. Jadi akan ada pertikaian nanti dan pihak2 kena berikan keterangan bagi menyokong kes masing-masing. Itu pun jika majikan dan anda ingin panjangkan pertikaian ini. Cara terbaik ialah berunding dan tulis surat ke HQ dan jelaskan hal sebenar.Alternatifnya, anda ambil unpaid leave pada 21hb utk mula kerja di tempat baru πŸ˜€

      Terima kasih.

  176. saya telah memohon cuti sebulan sebelum bermulanya tarikh cuti.
    Cuti saya telah diluluskan. Memandangkan syarikat mendapat projek baru dan kekurang pekerja, mereka menyuruh sy ‘postpone’ cuti ke hari lain..
    soalan – boleh ke syarikat bekukan cuti yang telah diluluskan.

    1. Sememangnya jika cuti telah diluluskan, maka majikan tidak boleh lagi menarik kelulusan itu tanpa persetujuan pekerja. Cuma, harus diingatkan hubungan pekerja dan majikan boleh jadi kurang baik apabila pekerja enggan melayan permintaan majikan. Memang situasi begini amat sukar membuat pilihan.

      Terima kasih.

  177. assalamualaikum,
    saya ada masalah dgn tempat kerja lama saya…. saya dh brhenti kerja dan bg notis sebulan iaitu bermula dari 21/11/2012 bermakna hari last saya adalah 20/12/2012…. masalahnya sehingga sekarang mreka belum bayar gaji saya lagi.
    bila saya ke pejabat kerani2 sana duk kata tak tau n lupa jer, pengerusi saya pun buat tak tau jer…die suruh berusan dengan pengurus saya. pengurus saya llangsung tk ambik perat tentang pembayaran gaji mereka main tarik tali ,sekejap ckp mcm ni n macam tu, dengarnya pengerusi yang suruh hold gaji saya dan pengurus saya pula minta surat serah tugas ,itu adalah penting bru dibayar gaji….setahu saya, saya ni hanya perkerja biasa jer, ape lh sgt nk notis serah2 tugas dan bru bayar gaji…… ok katakn lh tu satu kepentingan untuk serah tugas notis, adakah mereka berhak hold gaji saya, selam dkt 2bulan ni mereka diam jer tanpa bg ape2 notis….. dh lh selama 5tahun saya kerja di sana tk pernah dpt bonus, ape2 kenaikn pangakat pun,kami ni ibarat kuli batak mereka, kata org perkerja ada aset syarikat tetapi bg bereka kami ni hanya kuli dan boneka mereka sahaja…. saya harap abg boleh bantu sya atau bg cadangan bagaimana untuk mengenakan mereka agar inaya tidak terjadi pada perkerja2 yang lain…thnks bro….

    1. Soal serahan tugas sepatutnya dibuat semasa tempoh notis berjalan. Itulah rasionalnya diadakan tempoh notis iaitu agar urusan syarikat tidak tergendala bila pekerja berhenti. Namun, jika majikan gagal mengambil langkah-langkah sewajarnya dalam tempoh notis itu, maka pekerja tidak boleh dipersalahkan. Gaji perlu dibayar bila tempoh notis tamat. Cuba minta penjelasan majikan sekali lagi dan jika mereka masih berdolak dalih, beritahu mereka anda akan membuat aduan ke Jabatan Tenaga Kerja. Dapatkan nasihat kaunselor JTK untuk maklumat lanjit di pejabat JTK berdekatan.

      Terima kasih.

  178. saya telah melakukan kesalahan ke atas tarikh pemberhentian kerja saya, adakah saya layak untuk mendapatkan gaji saya??

    1. Yg penting bukan lah tarikh surat. Ia boleh diperbetulkan. Soal samada anda boleh menerima dengan cukup gaji terakhir anda bergantung kepada samada notis yang diperlukan untuk berhenti telah anda perolehi. Jika notis yg diperlukan di bawah kontrak kerja anda adalah 1 bulan, maka anda hendaklah berkerja selama lagi 1 bulan dari tarikh anda menyerahkan surat perletakkan jawatan itu kepada majikan anda.

      Terima kasih.

  179. Salam,

    saya nak tanya..apakah yang dmaksudkan dengan memberi notis satu bulan?kalau tarikh hari ini 18/2 dan notis perlu diberikan 1 bulan adakah notis itu berkuatkuasa 18/3?

    no.2, kalau dalan LO ada tercatat probation selama 3 bulan dan tertulis berhenti kena memberikan notis 1 bulan. Adakah majikan atau pekerja perlu memberikan notis satu bulan atau 24 jam sbb dalam tempoh percubaan?

    mohon jawapan.

    Terima kasih

    1. Notis hendaklah sama panjan bai majikan dan pekerja. Oleh itu jika pekerja perlu berikan notis 1 bulan, maka majikan pun perlu berikan notis 1 bulan jua biarpun dalam tempoh percubaan.
      Ya, 1 bulan adalah sebagaimana contoh yg anda berikan.

      1. jikalau tercatat notis perlu diberikan 1 bulan dan ada masalah disiplin dan telah diberikan warning letter sebanyak 1 kali..adakah berhak majikan memberhentikan staf tersebut 24 jam atau perlu juga 1 bulan notis?

        1. Soal samada boleh atau tidak agak subjektif dan mengikut keadaan kes. Kes2 disiplin dan berakhir dengan notis 24jam biasanya melibatkan kes serius dan siasatan telah dibuat dan pekerja tlh diberikan peluang utk membela diri. Amnya, boleh notis 24 jam tetapi prosedur disiplin perlu dipatuhi.

  180. salam,saya ingin berkongsi 1 masalah yg saya hdapi,saya baru je lepas cuti bersalin selama 2 bulan,sy ada mslh ttg baby sy xnk minum botol,so sy terpaksa berhenti kerja serta merta dan memberi notis berhenti kerja…majikan sy x bayar gaji saya selama 1 bulan last cuti pantang bersalin,dia cuma bayar 1bulan jer gaji sy,majikan saya hny memberi jawapan sy berhenti secara mengejut…cm mna sy nak wat??tindakan sy salah atau majikan saya???

  181. hi…sy nk tanya kalau sy baru kerja 2 bulan lebih (join dec) masalah nya saya tidak diberikan sebarang surat pengesahan sy bekerja..offer letter pun sy tidak dapat. sy da tanya beberapa kali then dorang cakap nnty dorang bg masalah nya smpai skrg sy xdpt lg..masalah nya kalau sy berhenti brapa lama notis yg perlu sy berikan..blh tak kalau hantar notis 2 minggu? atau sy perlu bg notis sbulan..faktor utama sy nk bhenti sb masalah gaji..bulan pertama sy kerja gaji sy dpt cheque 1hb..dan sy dapat penuh sy pelik dan sy tnya rakan pejabat dan dye bgtau mmg office kalau x comfirm dye xkan tolak epf socso..then gaji bulan kedua sya kerja sy dpt 6 jan..time tu baru sy tau dak office crita mmg office slalu bayar gaji lmbat..bila sy check terlalu byk deduction smpai 3rtus..sy pelik sb sy sy cuma cuti 1 hari xkn deduction bnyk sgt..jd sy beranggapan tolak epf kot..tp sedang kn kalau xcmfirm xtolak epf..dan sy dpt tau rupa nya kat office pernah terjadi keaadaan “bulan ni dye byar gaji staff xcukup bulan depan dye topup balik” so sy rasa sy x suka dgn managment disitu..klu btol office tolak epf pn xkan la bulan pertama x tolak bulan kedua tolak ketiga nnty kalau da duit x tolak pula..atau bulan ni byar kurang bln depan topup blik..; xkan la sy sbln dh cmfirm surat pn pape xdpt ckp pape pn x…

    k tq…..

  182. sya nak tnye sya sudah bekerja 2 tahun di sebuah syarikat legal firm.sya bercadang untuk berhenti hujung bulan ni di sebabkan sya tidak tahan dengan suasana kerja disini, malahan bos pilih kasih dalam pemberian bonus dan menaikan gaji.saya bercadang untuk terus berhenti sahaja tanpa memberi sebarang notis. kerana notis berhenti kerja adalah selama dua bulan. adakan apa-apa tindakan akan diambil keatas saya. atau pun sya perlu menghantar notis 24 jam (klu menghantar notis 24 jam betul ker kita perlu membayar gaji kita pada majikan dan 1 blan gaji kita tu ditahan)

  183. sy bekerja di kedai jual produk kecantikan…saya nak tanya,
    jika majikan tidak mengikuti pelaksanaan gaji minimun apa yg harus sy lakukan??
    hanya saya seorang shj bekerja di kedai tersebut…ttp majikan saya mempunyai 6 cawangan semuanya…..pekerja di cawangan ln menerima nasib yg sama….apa yg perlu sy buat?

  184. saya berkerja dengan sebuah syarikat sub kontraktor. selama 4 bulan. apabila berhenti saya mendapati kwsp saya tiada sebarang transaksi penyata. majikan ada mengatakan hanya akan menolak kwsp apabila 3 bulan berkerja. tetapi yang menjadi kemuskilan pada gaji yang pertama majikan menunjukkan telah berlaku penolakan. masalahnnnya saya tidak diberi sebarang surat atau bukti yang menunjukkan penolakan itu. selain itu payslip bulan2 juga tidak diberi berserta offer letter. apa yang perlu saya buat? boleh kah saya menggunakan apa2 surat pengesahan yang membuktikan saya berkerja di syarikat ini.

  185. saya nak tanya,
    jika majikan tidak membayar gaji, bolehkah kita letak jawatan dgn notis 24jam?
    sbg cth;dalam kontrak majikan akan naikkan gaji pada awal tahun dan untk berhenti, notis 2 bulan.
    tetapi now majikan tidak bayar gaji dan kita mahu berhenti dgn notis 24jam tetapi boss tidak izinkan.
    Adakah wajar untuk terus berhenti?
    Syarikat hanya mempunyai 3 org pekerja. πŸ™‚

    1. Harap rujuk artikel mengenai gaji. Majikan perlu membayar pada tempoh yg spesifik atau dianggap telah memecahkan kontrak. Jika kontrak telah dipecahkan, maka pekerja boleh tinggalkan majikan tanpa notis.

  186. Hi, jika kita bekerja pada hari cuti umum, gaji sepatutnya double kan? kalau company hanya kira gaji biasa macam mana?

  187. saya masih dalam tempoh probation. saya telah meletakkan notis 24jam berhenti. selepas itu. majikan lama saya berkeras mahu menghantar nama saya ke jabatan buruh dan mungkin saya harus membayar pampasan kepada mereka. apa perlu saya lakukan?

    1. walaupun dlm probation, anda msh tertakluk kepada keperluan memberi notis. sebaiknya berhubung dgn majikan lama utk berbincang… ataupun tunggu shj samada majikan benar2 hendak buat tindakan lanjut. Ada terima surat dari JTK?

      1. belum lagi terima apa-apa surat. perkara ini baru berlaku beberapa hari lepas. jika benar nama saya dihantar ke JTK. berapa pula anggaran perlu saya bayar? saya agak risau kerana saya baru sahaja memulakan kerja selepas tamat belajar.

        1. tugas JTK untuk menyelesaikan pertikaian, jadi mereka tidak akan menuntut apa-apa dari anda. Mereka mungkin akan panggil jika ada aduan dari pihak majikan dan cuba menyelesaikan pertikaian sebagai org tengah. Jika tiada penyelesaian, maka ia mungkin dirujuk ke mahkamah buruh.

  188. How can i take action to my staff whose giving excuse that she are not aware that she need to punch in before going out for marketing and also not aware that she is not aware that she are required to punch out daily.. how can she not aware… she’s working with big organizations. She mentioned it is not fair to punish her things that she are not aware of. ur kind advise highly appreciated

    1. You might be surprised if i told you that many employees (especially those in lower positions) are not aware of company rules and regulations. Many don’t even bother to look into it. Although ignorance of the law is not an excuse, I suggest you take the more diplomatic approach by sending them a letter/memo by personal service (make sure they get the letter). Include in the memo what company rules that they have breached and what type of punishment awaits them should they repeat the offence. If they still do not adhere to the company rules, then you may proceed with the disciplinary procedures.

  189. salam, apakah hak saya semasa dalam notis pemberhentian? saya berhenti secara suka rela dan notis pemberhentian telah diberikan pada bulan Januari lepas dan hari terakhir saya adalah pada 15 Februari 2013 ini. Namun semua elaun saya telah ditahan tanpa sebarang notis bertulis daripada pihak syarikat semenjak bulan Disember 2012.

    Syarikat juga belum membayar tuntutan perjalanan (claim) saya dari bulan Julai 2011 sehingga November 2012 sedangkan saya layak untuk membuat tuntutan bagi sebarang perjalanan saya di luar kawaasan. Apabila menghubungi Pengarah syarikat, beliau menerangkan bahawa syarikat mengalami masalah kewangan. Namun saya tetap menuntut pembayaran tersebut dibuat sebelum tarikh akhir saya di syarikat iaitu 15 Februari ini. Adakah tindakan saya betul?

    1. Ya, anda berhak dapat gaji + apa-apa yg lain bila berakhirnya notis tersebut. Dalam kes, majikan tiada duit.. memang payahlah. Mungkin betul kata boss anda tu. Namun, utk bantuan tindakan tuntutan gaji dsb, anda boleh adukan pada JTK berdekatan. Terima kasih.

  190. pada bulan 11 kontrak sy dgn sebuah syarikat telah tamat dan sehingga sekarang syarikat tersebut tidak membayar gaji sy.( untuk makluman sy dibayar dgn kadar harian)..apakah tindakan yang boleh diambil oleh sy..memandangkan sudah hampir 4bulan sy tidak menerima gaji terakhir sy..sudah byk kali sy call dan pihak mereka memberi macam2 alasan..dan berjanji akan memasukkan gaji sy..tetapi sehingga sekarang tiada.tq

  191. Saya nak tanya pasal pembuangan /diberhentikan kerja secara verbal. Sedangkan saya bertanya kepada pengarah baru syarikat mengenai gaji saya yang belum di bayar.Saya sudah bekerja selama 4 tahun di syarikat ini.Gaji pekerja selama ini di bayar pada 22hb setiap bulan.Tetapi pada tanggal 23hb saya bertnyakan gaji saya yang belum di bayar pada tanggal 22hb.Pengarah baru berasa marah,lalu berkata gaji akan di bayar pada hari tersebut (23hb).Namun saya tidak perlu lagi datang bekerja selepas mendapat gaji.Lalu saya terus meminta pengarah baru menulis surat pembuangan kerja.Tetapi dia enggan menulis.
    *sebagai hak seorang pekerja saya berasa tidak puas hati dengan pembuangan ini.
    *Di sini saya ingin tahu adakah pembuangan secara cakap tanpa surat terminate adalah sah?

  192. salam, apakah tindakan syarikat terhadap seorang pekerja y berhenti serta merta dari tarikh y diberikan, contoh tarikh surat 2hb, apabila surat ini sampai di syarikat, notis ini berkuat kuasa hari ini’ iaitu 2hb tarikh y same….tanpa alasan y kukuh…

    1. Maksud anda 24 jam notis? Samada alasan kukuh atau tidak, notis mesti lah mengikut apa yg termetri dalam kontrak. Jika tidak dipatuhi, maka majikan boleh membuat aduan kepada JTK untuk menuntut gantirugi mengikut kadar notis tersebut.

  193. Selamat Sejahtera,
    saya cuma bekerja 2 bulan sahaja tanpa sempat menerima surat perlantikkan, aduan saya di sini adalah, saya tidak menerima bayaran Gaji & Komisen untuk bulan kedua ( December 2013 ) saya masih menantikan sehingga kini. Pihak Syarikat seolah-olah mengelak untuk membuat pembayaran. Sila Bantu
    Zamri Hp No 017-2116796

    1. Semua aduan berkaitan masaalah di tempat kerja hendaklah diadukan kepada Jabatan Tenaga Kerja yang berhampiran di tempat anda. Layari website JTK untuk mendapat makluman no. telefon mereka. Terima kasih.

  194. Salam.. soaln ini mgkin ada atau tidak ada kaitan dlm topik ni, tp sy mnta pndpt klu ada yg boleh dijadikan pnduan untuk soalan sy iaitu berapa bayarn yg sepatutnya di peroleh jika seseorg (org tempatan) dilantik untuk jadi director dalam sebuah syarikat asing? (akta syrikt; msti ada 2 org tmptn sbg director dlm cmpany).

  195. Salam… saya mempunyai kemusykilan berikut…saya harap tuan dapat memberikan pendapat… saya bercadang untuk meletak jawatan.. tempoh meletak jawatan adalah satu bulan notis.. saya juga masih mempunyai baki cuti selama 14hari… jika saya memberikan notis satu bulan dan cuma bekerja selama 14hari dan selebihnya menggunakan cuti tahunan…adakah pihak syarikat perlu membayar gaji sebulan? Sy membuat semakan yang bahawa jika pekerja memohon utk menamatkan notis awal menggunakan cuti tahunan … gaji hanya dibyr utk hari bekerja..mohon kepastian.

  196. salam..

    sy nk tanya berkenaan masalah sy…sy bkerja dgn firma swasta (legal firm)dgn gaji rm1600..so far sy tlh pn bhenti dgn menghantar notis sbln kpd firma atas alasan faktor peribadi dan masalah kesihatan ibu ..dan surat perletakan jwatan sy juga tlh diterima ollh majikan..tp majikan megenakan syarat yang mana sy perlu mencari pengganti bg jawatan sy kerana alasan nya sy tlh pn confirm jwtan dan notis perlu 3 bln jadi sekiranya sy nk bhenti sy perlu cari org ganti..dan sy tlh pn mengadakan beberapa sesi interview dan berjaya mendapat kn org spt yg diperlukan olh majikan utk menggantikan jawatan saya bahkan org itu dipilih sndiri oleh majikan..slps itu majikan tidak benarkan sy bhenti lagi dgn alasan untuk saya mengajar staff baru terlebih dahulu so sy terpaksa melanjutkan sehingga sminggu lagi.. namun olh disbbkan sikap majikan seolah2 tdk prihatin thadap masalah sy, slps seminggu mlanjutkan notis perletakan jwtan sy menghantar surat ke2 kpd majikan – surat pelepasan yg mana antara intipati surat tsb sy mnyatakan sptmana psetujuan bsama sy dan majikan mrujuk surat rsign sy yg btrikh…..cari org ganti dll..dan sy tlh mlaksanakan smuanya so dgn tarikh ….sy menamatkan jawatan sy…msalah nya majikan bertindak xbyar gaji sy.. malah meminta sy bayar 2 bln gaji lg krn alasan offer letter notis sy spatutnya 3 bln..msalah nya offer letter sy pn terlalu bnyak kesilapan jwatan sy ditulis x betol..malah resingnation dlm offer sy juga ditulis ” comfirmed staff – one (3) months or payment in lieu thereof” so sy mgatakan sy beranggapan 1 bulan notis atau 3 bulan gaji..tp mjikan ckp typing error..so sy confius jika t’lalu bnyk typing error dlm offer letter sy so adakah ia sbnrnya sah..dan offer letter sy pn x sain sbnrny dan sy cuma sain confirmation letter saja..so mcmna ya..?

    1. Sebenarnya bukan tanggungjawab anda untuk cari pengganti buat boss anda. Itu adalah masaalah dia πŸ˜€ Jika terdapat terma mengenai notis dalam kontrak kerja, maka ia perlu dipatuhi. Jika notis ialah 2 bulan, maka selepas majikan terima surat anda, notis 2 bulan telah bermula. Jika tiada dalam kontrak, maka peruntukan Akta Kerja terpakai kerana anda pekerja yg dilindungi Akta (gaji di bawah RM 2,000). Cuba minta bantuan JTK dalam hal ini. Mereka boleh membantu anda. Terima kasih.

      1. mcmna kalau dlm offer letter terdpt bnyk sgt typing error..cth jawatan sepatutnya account exec tp tulis receptionist, tempoh resign pn silap..dlm offer letter beritahu x confirm sbln notis tau sbulan gaji kalau “comfirmed staff – one (3) months or payment in lieu thereof”..so sy beranggapan confirm 1 bln notis tau 3 bulan gaji..tp majikan ckp 3 bln notis..so kalau mcm tu macammana ya?..adakah offer letter tu sah tau blh rujuk pd akta buruh..yg mna kalau staff kurang 2thn at least 4 mggu notis sudah memadai?..dan utk info anda majikan sy dulu slalu byar gaji lmbat account tutup 26hb tp gaji slalu dpt 9, 10hb dan kdg2 hingga 12hb..sy ada t’baca kalau mcm2 blh pecah kontrak btol ke?..k tq

        1. Walaupun ada typo error, kontrak telah ditandatangani ke dua-dua pihak kan? maka ia tetap sah. Boleh di rujuk pada kontrak itu mengenai hal notis juga. Upah/gaji pula perlu di bayar TIDAK LEWAT dari 7 hari selepas tempoh pembayaran gaji itu berakhir. Dalam kes anda, ia sudah lebih 7 hari dan di bawah seksyen 15 akta kerja, majikan boleh di sifatkan sebagai telah memecahkan kontrak (deemed to have broken his contract of service).

  197. Salaam.
    Saya berkerja di sebuah syarikat swasta. Saya dijangka bersalin pada pertengahan Mac 2013. Saya tertakluk pada peraturan syarikat untuk memberi 1 bulan notis jika hendak berhenti. Bolehkan saya memberi notis semasa dalam “maternity leave” dan adakah gaji saya dibayar untuk 1 bulan semasa dalam “maternity leave”?
    Terima kasih.

  198. Untuk gaji RM2,000 maksudnya adalah pendapatan termasuklah apa2 allowance kan? Kalau kita beri teknikal allowance termasuk ke?

  199. saya nak bertnya,,saya di berhentikan kerja 24 hari ini,lepas tu surat apa pun tak ada..salah saya hanya guna telefon bimbit masa kerja&masuk kerja lewat&yg terbaru saya pergi hostel lelaki hanya untuk masak naget ayam sahaja itupun supervizer tahu lagipun waktu rehat,anak saya pun ada.cuma sya pernah dapat surat amaran pertama ja.itupun pasal telefon bimbit ngan masuk kije lambt,,

    1. Soal pemberhentian kerja agak subjektif sikit. Harap anda berhubung dengan pejabat JTK terdekat jika anda rasa tindakan majikan tidak adil dan tidak memberi ruang untuk anda membela diri. Terima kasih.

    2. apa yg subjektifnya…dah tu gji sya pun tak dibyar nak tuggu 1hrblan bru syarikat byar.. dah berhentikan saya 24jam byar la gji sya.sya dah kerja 5blan pastu msuk aje blan ke6 trus sya dapat surat amaran..

      1. Majikan anda mungkin ada peraturan di tempat kerja yg saya tidak ketahui dan kontrak kerja anda juga mungkin ada terma2 tertentu yg membolehkan majikan berbuat demikian. Jika ada surat amaran atau apa2 notis ia perlu dirujuk untuk kepastian.
        Berdasarkan maklumat anda sahaja – YA, majikan anda telah berbuat pelbagai kesalahan dan anda harus merujukkan kes anda kepada JTK dengan seberapa segera.
        Terima kasih.

  200. hai,sy nak tanya..saya bkerja d syarikat swasta..cuti umum yg d tetapkan oleh syarikat hanya 14hari itu pn hari2 tertentu(bkn ikut public holiday malaysia)..sejak tkr management br cuti ms ptabalan agung thn lps,hari malaysia kami d suruh bkerja padahal sepatutnya cuti..masa bkerja pula dr jam 8.30pg-5.30ptg d paksa bkerja pada 7.30ptg atas alasan banyak barang(kdg2 kerja habis awal pn kena blk lewat),sabtu pula mula jam 8.30pg-4.30ptg d suruh kerja jam 6.30ptg,dan ahad wajib kerja(klu blh direct keja tanpa cuti) bagi yg xdpt bkerja sbb xda org jaga anak ada sesi soal jwb akan d jlnkan dan kalau x ikut perintah kenaikan gaji,bonus,insentif d potong habis..yg xikut procedure,dtg lewat,emergency leave sbb anak sakit,cuti tahunan habis kn ambik unpaid leave akan d mark dan mnunggu utk dbuang kerja tanpa notis atas sbb x berdisilpin..jd perlu ke aduan di buat..

    1. Note yg bukan semua pekerja di lindungi di bawah Akta Kerja 1955. Cuma yg gajinya RM 2,000 dan ke bawah sahaja. Keduanya, Akta Kerja bukan lah suatu yg komprehensif dan mengawal selia semua perkara. Persoalan mengenai bonus, elaun, kenaikkan gaji dan pangkat adalah budi bicara majikan lagi.
      Mereka yg dilindungi Akta akan dilindungi dalam beberapa perkara. Harap anda rujuk setiap topik yg ditulis dalam artikel ini. Klik link ke artikel2 di atas.
      Jika anda rasa majikan berbuat sesuatu yg bertentangan dengan Akta, anda boleh mengadukan ataau mendapat kan nasihat daripada JTK.

      Terima kasih.

  201. Salam,saya nak bertanya.hari rehat saya pada khamis.bila cuti umum juga jatuh pada hari sama bermakna cuti umum diganti pada hari jumaat dan saya berhak dibayar lebih pada hari itu,soalan saya perkerja yang ganti off day saya pada hari khamis itu dibayar ot biasa atau pun kira ot cuti umum?untuk rujukan perkerja itu berkerja mengikut masa pejabat dan off day pada ahad.

  202. salam…sy nk tau…klw seseorg pekerja tu dtg lwt gajinya telah ditolak dan pekerja tersebut membuat overtime pada hari pekerja tersebut lewat…adakah pekerja itu tidak boleh tuntut upah overtime yg da dilakukan.?

    1. Bergantung bagaimana anda tafsirkan masa kerjanya itu. Contoh: masa kerja 8 pagi hingga 5 petang (tidak termasuk masa rehat). Jika dia dtg pukul 9 dan balik pukul 6. Adakah 5 hingga 6 itu OT? dan 8 hingga 9 itu di tolak gaji.
      Jika majikan, dia mungkin akan anggap masa kerja pekerja itu ialah 9 hingga 6 pada hari itu. Ini kerana kadar OT adalah lebih tinggi dari kadar biasa.

  203. Ada satu pertanyaan berkenaan gaji minimum…Seperti yg diketahui mulai tahun 2013 pihak syarikat wajib memberi gaji minimum RM900. Ditempat saya pekerja asing telah/akan menerima gaji minimum mulai hujung januari ini tapi malangnya pekerja tempatan tiada apa2 kenaikan pun. Adakah gaji minimum seperti yg diwar2kan oleh kerajaan ini untuk pekerja asing sahaja…???

    1. Kerajaan tidak boleh memaksa mana-mana majikan untuk menaikkan gaji semua pekerja. Ia bertentangan dengan konsep hak asasi. Malahan perlaksanaan had gaji minima ini pun mendapat tentangan sebelum diluluskan. Soal kenaikkan gaji, kenaikkan pangkat dan sebagainya hendaklah ditentukan majikan yg merupakan satu-satu pihak yang akan menanggung kerugian dan menghadapi sebarang tuntutan jika perniagaannya gagal.
      Campurtangan kerajaan adalah bersifat affirmative action dan rasanya had gaji minima ialah as far yg kerajaan boleh buat untuk bantu mereka yg berpendapatan rendah termasuk pekerja asing juga.

      Terima kasih.

  204. 1) baru2 ini,company saya telah mengadakan 1 seminar bagi pekerja2 executive dan ke atas. Tetapi,tanpa pengetahuan kami, pihak majikan kami telah mengeluarkan 1 black & white contract, dan menyatakan kami diikat contract selama 1tahun. Saya tidak mempunyai sebarang masalah tentang “Bond” selama 1tahun. Apa yang saya tidak berpuas hati, di dalam contract itu, menyatakan jika kami DIBERHENTIKAN, kami harus membayar ganti rugi pada syarikat kami. Adakah ini dibenarkan dalam undang-undang buruh Malaysia? Saya mohon penjelasan secepat mungkin. Kami dipaksa untuk menandatangani contract tersebut.

    1. Tidak siapa yg boleh paksa anda menandatangani sebarang kontrak. Kecuali ada ugutan yg merbahayakan diri anda yg mana anda boleh buat aduan di balai polis. Oleh itu, jika anda sudah menandatangani nya, apakah sebabnya? Kontrak mahu tamat dan tidak diperbahrui?
      Btw, maksud diberhentikan? Majikan pecat anda atau?

  205. 1) Adakah menjadi satu kesalahan jika Majikan mengambil pekerja tanpa caruman KWSP dan insurans SOCSO setelah 8 bulan pekerja itu bekerja di syarikat berkenaan.
    2) Surat perjanjian bekerja antara syarikat dan pekerja jelas mengariskan waktu bekerja Isnin – Jumaat dari jam 9.00 pagi hingga 5 petang dan Sabtu dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 petang. Jika bekrja lebih masa bayaran over time akan dijelaskan oleh majikan. Tetapi adakah menjadi kesalahan jika majikan tidak membayar kerja lebih masa kepada pekerjanya sekiranya pekerja bekerja berterusan dari jam 9.00 pagi hingga jam 1.00 tengahmalam hari berikutnya. Juga bekerja pada hari ahad yang diistiharkan cuti mingguan dipaksa keluar bekerja awal dari jam 10.00 malam tanpa sebarang bayaran kerja lebih masa.

  206. apa yg perlu di lakukn sekiranye majikan tidak bayar gaji .masalahnye bekerja di kedai makan.bagaimana nk buat aduan sekiranye tiada slip gaji.setiap kali berjanji akan bayar gaji bila dmita tp selalu mungkir dan pelbagai alasan diberi.sekiranye aduan di buat adakah aduan akan diterima tanpa ada sebrang bukti.minta perjelasan.

  207. sekiranya majikan saya telah membuat keputusan untuk menutup syarikat, dan selepas itu beliau telah meminta saya berkhidmat kesalah satu syarikat yang dimiliki oleh beliau juga, adakah saya boleh untuk menuntut wang pampasan setelah saya berkhidmat lebih dari 6 tahun bersama syarikat tersebut. sekiranya tidak berhak adakah ianya wajar berbanding rakan2 yang lain yang memperoleh wang pampasan tersebut.

    1. Technically, anda tidak dihentikan kerja kerana diserapkan dalam sykt miliknya yg lain. Namun, jika ada pekerja yg hilang pekerjaan kerana syarikat ditutup, maka tuntutan x boleh dibuat kerana wujudnya frustration of contract dalam hal sedemikian. Rujuk juga artikel: Penamatan Kontrak Kerja dalam blog ini. Terima kasih.

      1. Jika syarikat yg sdah tdak beroperasi dan tdak mhu membyar pampasan pekerja dgan alasan syarikat akan trus beroperasi seperti biasa dan hnya membayar gji pokok..apakah tindakan yg perlu sya lakukan?

  208. sya berkerja di kilang swasta,saya ingin bertanya,wajibkah majikan memasukkan gaji ke dalam bank,dan wajibkan majikan memberikan slip gaji kepada pekerjanya..

  209. Salam.. sy nak tanya.. sykt tmpt sy bkerja ada staff yg gji kurang 2000 & ada yg gji lbh 2000. Cara pngiraan OT adalh tidak sma dgn cara pngiraan OT dalam Akta Pekerjaan 1955. Mcm mn sy nak bt pengiraan OT yg sepatutnya? adakah sy prlu bt dua pngiraan; 1) staff yg gji kurang 2000 ikut sprt dlm Akta 2) staff gji lbih 2000 ikut pngiraan yg sedia trpakai oleh syarikat..? Atau, sya kena selaraskn semua pengiraan OT staff sprt dlm Akta?.. Terima kasih.

  210. Saya dijangka bersalin pada 18 February 2013, saya akan bercuti bersalin selama 60 hari daripada tarikh tersebut. Saya bercadang untuk berhenti kerja selepas bersalin, dan notis berhenti kerja adalah selama 2 bulan. Adakah saya boleh menghantar notis dan layak dibayar gaji sepanjang tempoh “maternity leave” itu?

  211. salam.. sya bkeja d syarikat swasta, sy bkeja dh 2 tahun, EPF, SOKSO, KWSP xprnah d potong dari mula sya bkeja, gaji dah 3 bln x byr, selepas 2 sya d brhenti kan tanpa pngetahuan sya, perlu ke sya bt lporan d jabatan buruh??

    1. Kalau gaji tuan bawah 2k seperti yang ditulis di atas, boleh refer kepada perkeso. Perkeso ada sediakan khidmat nasihat.

      Kes ditempat saya dulu, pekerja menang dan dapat pampasan kerana diberhentikan tanpa notis yang cukup.

  212. sy ingin brtanya. sebuah syarikat telah menawarkan pekerjaan kepada seseorang, tanpa memberikan Surat Tawaran Kerja. Kemudian pekerja itu telah diberhentikan kerja 24 jam (tanpa notis). Jadi, apa tindakan yang perlu dilakukan oleh pekerja itu. Terima Kasih.

  213. salam,
    saya ingin bertanya kepada saudara, adakah menjadi suatu kesalahan dibawah akta pekerjaan 1955 / undang-undang buruh jika saya KIV @ tahan gaji kakitangan saya (dari dibayar) kerana beliau sudah lebih sebulan tidak datang kerja. Alasan yang beliau berikan ialah sakit/ tidak sihat. Saya memintanya mengemukakan salinan surat pengesahan doktor bagi membuktikan bahawa beliau sakit dan untuk membayar gaji beliau namun sehingga kini beliau gagal mengemukakannya. Ini membuatkan saya terpaksa menahan sementara gaji beliau. Adakah saya telah melakukan kesalahan dengan mengambil tindakan sedemikian? sekian terima kasih.

    1. Anda tidak perlu tahan atau potong gaji dia. Jika dia cuti sakit tanpa surat doktor atau ambil cuti tahunan tanpa kebenaran, maka semua hari2 yg dia tidak hadir boleh dikira sebagai UNPAID LEAVE. In fact, dia boleh diberhentikan jika syarat2 tertentu di penuhi. Rujuk artikel: Ponteng Kerja dalam blog ini. terima kasih.

  214. Saya telah bekerja dbp selama 13 tahun sbg S3 kontrak. Sebelum saya mendapat jawatan tetap, saya telah disambilankan selama 6 bulan 15 hari…pertanyaan saya boleh tak saya merayu untuk kenaikan gaji…kerana saya cuma diberikan gaji basic S41-iaitu PIT3,Alasan DBP-sambilan saya melebihi 6 bln. Sedangkan saya bekerja di DBP dari tahun 1996….Dengan siapa saya perlu merayu lagi…sebelum ini saya sudah pun merayu ke bhg. personel…. Tkasih…..