\"\"
Sunday,20 August,2017

Senarai Artikel Undang-Undang Buruh Malaysia Yang Telah DiTerbitkan

artikel undang-undang buruh

Antara artikel yang paling popular yang dihasilkan di blog ini adalah artikel-artikel yang berkaitan dengan undang-undang buruh di Malaysia. Kebanyakkan yang memberikan ‘feedback’ dan membentangkan masaalah mereka adalah golongan pekerja, namun tidak kurang juga majikan yang bertanyakan kepada saya akan isu-isu yang dihadapi di pejabat mereka.

Terus-terang amat sukar saya memberikan jawapan yang sempurna tanpa mendengar semua fakta dan dokumen (jika ada). Malahan, dengan fakta dan dokumen sekalipun, ia bukanlah jawapan yang 100% tepat kerana pihak yang satu lagi juga mempunyai fakta dan bahan bukti yang perlu dipertimbangkan.

Itu sebablah wujudnya pertikaian perindustrian dan adanya Mahkamah Perindustrian di negara ini.

Komen Berulang

Selain dari itu, terdapat juga komen-komen yang berulang-ulang. Saya mohon maaf jika saya tidak menjawabnya dan berharap anda semua dapat menyemak di komen-komen terdahulu untuk mendapat jawapan bagi persoalan anda itu.

Terima kasih.

Namun untuk memudahkan anda semua mencari topik yang sesuai, maka posting ini, saya buat khas untuk anda semua. Mana-mana isu yang belum di sentuh, saya mungkin akan menulisnya di masa-masa akan datang jika ada kelapangan.

Menulis artikel bersifat akademik dan perundangan tidak semudah menulis artikel biasa. Bahan-bahan rujukan seperti buku ilmiah, statut dan lapuran keputusan mahkamah hendaklah dirujuk dan di ‘quote’ dengan tepat agar tidak mengelirukan pembaca semua.

Lebih menyulitkan bila terdapatnya perubahan pada undang-undang terutama pada undang-undang buruh yang banyak melalui pindaan dua tiga tahun kebelakangan ini.

Peruntukkan Akta dan Syarat Pemakaiannya

Terdapat banyak akta yang dirujuk bagi undang-undang buruh ini. Namun, dua yang utama yang sering dirujuk adalah Akta Kontrak 1950 dan Akta Kerja 1955.

Antara artikel-artikel yang berkaitan bagi topik ini adalah:

Faedah Dan Perlindungan Yang Di Wujudkan Menerusi Akta Kerja 1955

Secara amnya, hubungan dan pekerja dikawal oleh kontrak yang dimasuki oleh mereka yang mewujudkan tanggungan dan kewajipan masing-masing. Namun, adakalanya kontrak yang diwujudkan bersifat berat sebelah ataupun tidak adil buat sesuatu pihak.

Oleh itu, campurtangan kerajaan diperlukan bagi mengurangkan ketidakadilan ini.

Namun, ia tidak boleh sehingga menidakkan hak-hak majikan terutamanya dalam menjalankan perniagaan mereka dengan secekap dan effisien yang boleh.

Akta Kerja 1955 tidak menggantikan kontrak pekerjaan.

Ia cuma menetapkan terma-terma minima kontrak yang perlu dipatuhi.

Sebarang terma yang bertentangan dengan Akta disifatkan sebagi ‘ultra virus’ dan tidak boleh digunakan.

Contohnya: Jika Akta menetapkan bahawa Hari Buruh sebagai cuti umum, majikan tidak boleh mewujudkan terma kontrak yang berlainan ataupun tidak mengiktiraf hari tersebut sebagai cuti umum bergaji.

Berikut adalah senarai artikel Undang-Undang Buruh Malaysia yang telah diterbitkan di blog ini:

Salah Laku Atau ‘Misconduct

Di dalam sesuatu organisasi, masaalah dan pertikaian adalah sesuatu yang amat sukar dielakkan. Oleh itu wujud peraturan atau garis panduan yang diguna pakai dalam hal ini. Dalam kes-kes yang agak ‘straight forward’ ataupun jelas berlakunya ‘misconduct’ atau pemecahan kontrak asas, hal ini dapat diselesaikan dengan mudah.

Namun, dalam banyak hal, ia agak rumit dan perlu penjelasan yang lebih mendalam.

Kes-kes berkaitan pecah kontrak dan ‘misconduct’ adalah antara yang paling kerap di dengar di Mahkamah Perindustrian.

Rujukan atau ‘autoriti’ bagi hal-hal ini juga lebih tertumpu pada undang-undang kes berbanding dari statut.

Membuat Aduan Ke Jabatan Tenaga Kerja

Jabatan Tenaga Kerja (JTK) atau dulunya dikenali sebagai Pejabat Buruh adalah jabatan kerajaan yang bertanggungjawab mengawal selia hal-hal yang berkaitan pertikaian antara pekerja dan majikan. Mana-mana pihak, samada pekerja atau majikan boleh membuat aduan ke mana pejabat JTK berdekatan jika terdapat masaalah antara mereka yang tidak dapat diselesaikan.

Penamatan Kontrak, Berhenti Kerja Dsb.

Ini topik yang amat ‘hangat’ sekali dan menjadi persoalan ramai yang mengunjungi blog ini. Saya telah menulis beberapa artikel berkaitan dan akan cuba menambahnya dari semasa ke semasa jika ada kelapangan:

Menggajikan Pekerja Asing

Ramai majikan di Malaysia yang menggunakan khidmat pekerja asing di Malaysia terutamanya dalam sektor pembinaan, perladangan dan domestik. Harus diingat banyak faedah-faedah dan perlindungan yang dinikmati oleh pekerja tempatan turut dinikmati oleh pekerja asing juga.

Selain dari itu, majikan hendaklah berhubung dengan pihak JTK dan Immigresen sebelum pekerja asing boleh di ambil. Suatu PAS KERJA akan di keluarkan bagi tempoh satu tahun (boleh di perbahrui) untuk pekerja asing yang layak bekerja di sini.

Akta Umur Persaraan Minimum 2012

Akta ini adalah akta yang baru yang mengariskan had umur persaraan buat pekerja-pekerja dalam sektor swasta.

Perintah Gaji Minima

Menteri Sumber Manusia telah mengeluarkan perintah di bawah kuasa yang diberikan kepadanya dengan menetapkan gaji minima buat pekerja-pekerja di sektor swasta di negara ini.

Had yang ditetapka adalah RM 900 di Semenanjung dan RM 800 di Sabah dam Sarawak.

Kanak-Kanak Dan Wanita

Kanak-kanak dan wanita turut menerima perlindungan tambahan di bawah undang-undang di negara ini. Selain dari faedah dan perlindungan yang disebut dalam Akta Kerja 1955, terdapat akta-akta lain berkuatkuasa dan memberi perlindungan tambahan buat mereka.

Soal-Jawab Akta Pekerjaan 1955

Ada terdapat banyak soalan-soalan yang menarik yang dikemukan oleh pengunjung-pengunjung di blog ini. Saya akan cuba menjawab dengan cara membuat posting khas agar ia lebih terang dan mudah untuk di fahami.

Insya-allah

Masih terlalu banyak skop dalam undang-undang buruh/pekerjaan yang perlu saya tulis di blog ini. Saya akan cuba sedaya upaya untuk menambah bahan-bahan tulisan di masa akan datang.

Terima kasih kerana memberi sokongan terhadap blog ini.

Sudi-sudi kan lah datang lagi.

Undang-Undang Buruh Malaysia: Senarai Artikel Yang Telah DiTerbitkan

soalan

This Article Was Written By

ISMAIL N is the 'de facto' owner and editor-in chief of DuluLainSekarangLain.Com. A Human Resource practitioner in his normal daily life and consummate blogger in his free time. He is addicted to coffee and Manchester United. Most easily accessed via his Twitter account.

Ismail N
  • theagarajan

    saya kerja di Johor sebagai adjuster and in charge di office. 2013 untungan RM575,000.00. saya report dengan director anak chairman yang berada di Johor. now chairman dgn director ada personal problem so bawa ke bis dan chairman paksa the hold office staff transfer ke KL. bisness di jb ok tapi nak dendam anak kita jadi mangsa. any idea , what can we all do next step.

    September 27, 2014, 5:14 pm
  • Nurul Syahida

    As salam.. saya nak bertanya. Saya dah hantar notis berhenti kerja sebulan atas sebab kesihatan. Segala surat rawatan majikan sudah diberitahu sebelum ni. Tapi saya perlu bayar ganti rugi insurans yg dimohon utk syg sedangkan saya insurans x cover pun utk penyakit saya.
    (Carpal tunnel syndrome) dan saya juga perlu membayar ganti rugi tiket penerbangan company trip disebabkan saya dAh tiada pada tempoh trip itu.. apa fungsi insurans company pada saya? Dan kenapa saya perlu bayar ganti insurans tu kalau company mohon utk sy sebagai benefit pekerja? KEnapa saya perlu bayar ganti rugi tiket penerbangan sedangkan saya berhenti atas aalsan yg kukuh. Saya agak musykil. jadi soalan saya perlukah saya bayar? Bolehkah saya fight pertahankan hak saya?

    September 10, 2014, 5:37 am
  • diana

    Saya ingin bertanya majikan saya membuat pemotongan kpd gaji jika lewat hadir ke pejabat sedangkan tiada elaun kedatangan diberikan & pemotongan dikenakan kpd segelintir pekerja sahaja & bukan semua terdpt ketidakadilan disini , gaji juga kerap lewat diberikan sehingga ke 7hbln sedangkan pekerja tidak diberikan advance di pertengahan bulan bolehkah aduan dibuat terhadap majikan ini?

    September 5, 2014, 8:02 am
  • izami

    Assalamualaikum…saya bekerja sbg Pengawal Keselamatan…pd hari isnin-sabtu bayaran gaji dlm nisbah 1.0 sehari manakala pd hari ahad iaitu cuti am@rest day pula adalah 1.5…contoh(isnin-sabtu=RM10 sehari..Ahad=RM15….soalan saye,bolehkah pihak syarikat memotong gaji saya pd hari Ahad sedangkan saye di beri cuti pd hari selain ahad…contoh nya saya di beri cuti@ rest day pd hari selasa tapi gaji yg dipotong adalah hari Ahad..sedangkan itu bukan lah cuti yang saya apply..dlm sebulan kami diberi dn d paksa cuti 3 hari..jd tiap2 bulan sebanyak 3x hari Ahad gaji dipotong sedangkan tidak pun pd bercuti hari Ahad…harap dapat memberi jawapan..terima kasih…..

    August 4, 2014, 9:51 am
    • MisteriOrang

      Janji satu bulan.. at least 4 hari cuti berdasarkan undang2.. klau kamu cuti lebih dari 4 hari..maka dia ada hak utk potong gaji..

      August 22, 2014, 9:10 am
  • fadir

    cuti bagi para suami ketika isteri dia bersalin berapa hari? saya bekerja swasta

    August 1, 2014, 10:17 am
    • MisteriOrang

      2hari biasa.. klau company besar.. akan lebih dari 2 hari

      August 22, 2014, 9:11 am
  • Shain

    salam…
    Boleh saya tahu bagaimana pula cara pembahagian bonus kepada perkerja. Saya ada info daripada rakan2 lain yang bonus akan dibayar sekurang2nya 1 bulan gaji. Adakah benar? Adakah ada garis panduan @ akta atau sebagainya yang boleh dirujuk berkenaan dengan bonus ini.

    maklum balas anda amat saya hargai…

    July 21, 2014, 7:41 am
  • Jennifer

    hi,
    waktu bekerja adalah 8.30am-5.30pm. Adakah dibenarkan majikan memotong gaji setengah hari untuk pekerja yang lewat dan masuk bekerja selepas jam 1pm?

    July 19, 2014, 3:54 am
  • siti

    saya ada kemuskilan, harap kawan2 boleh bagi pendapat.

    saya bekerja dengan satu company ni.
    managing director company ni memiliki beberapa buah syarikat lain tetapi masing2 tidak berkaitan antara satu sama lain (lain bidang).
    selama beberapa tahun saya bekerja dan hujung tahun lepas, kami terpaksa berpindah dan bekerja di bawah satu pejabat dengan kesemua syarikat miliknya (3 syarikat berkongsi 1 ruang pejabat).
    Persoalan saya, semejak itu, saya dibebani dengan kerja dan terpaksa melakukan kerja-tugasan daripada kesemua syarikat ini, penyelia berkata “saling membantu kerana bekerja dengan bos yang sama”.
    Tiada sebarang gaji tambahan diberikan untuk kesemua kerja tambahan dari syarikat lain ini (hanya melakukan kerja dari syarikat lain dengan percuma tanpa gaji tambahan)
    adakah ini wajar?
    adakah saya boleh membuat aduan ekploitasi pekerja?
    dengan jelas pada ’employment letter’ hanya tertulis nama syarikat a. syarikat b dan syarikat c tiada disenaraikan.
    seolah-olah mereka mengambil kesempatan ke atas saya, untuk melakukan kerja dari syarikat a,b dan c, dan hanya dibayar oleh syarikat a sahaja.

    July 10, 2014, 3:43 am
  • zam

    salam tuan,
    saya ingin bertanya, jika seseorang pekerja yang tidak menjawab panggilan telefon bos pada hari minggu dan tindakan itu menyebabkan makian dari pihak beliau, adakah itu dianggap gangguan dan boleh dibawa ke pihak pejabat buruh.

    TK

    July 10, 2014, 3:07 am
  • kaswandi bin sarman

    Assalammualaikum.saya sangat mengharapkan jawapan kepada soalan sayaini
    1.kini saya sedang bekerja tetapi tidak ada menerima (LATER HEAD)?
    2.Slip gaji selalu lewat diterima selepas 2 minggu ada masa tidak dapat langsung?
    3.saya masuk kerja jam 0900 hingga 1900 10 jam waktu bekerja,sekiranya saya kerja lebih masa,saya tidak dibayar (ot) cuma d bayar elaun?
    4.slip gaji yang diterima saya tidak tahu berapa rate untuk 1 jam,atau 1 hari dan offday sekiranya dipanggil (ot)?

    July 9, 2014, 2:19 pm
  • ain

    salam..
    Ada x akta @ info @ garis panduan berkaitan bayaran elaun minima utk yang bekerja shif 24jam??
    Thanks.

    July 8, 2014, 1:51 pm
  • Azraei Adam

    Salam. Saya seorang manager rest makanan segera. Baru baru ini beberapa orang staff saya datang lambat. Contoh nya sepatut nya datang pada 8.00 pagi tetapi masuk pada pukul 8.15 pagi. Saya mengambil keputusan yang staff tersebut masuk pukul 9.00 pagi. Adakah betul tindakan saya ini. Selain daripada itu adakah betul yang bahawa sepatut nya pekerja masuk awal 15 minit sebelum waktu betugas untuk persiapan diri sebelum betugas?

    July 3, 2014, 7:17 pm
    • MisteriOrang

      klau satu bulan lambat 5 kali boleh la.. jgn lebih.. dn sebagai manager rest.. kamu tidak patut menukar atau menolong staff tukar masa masuk kerja

      August 22, 2014, 9:17 am
  • izami

    Assalamualaikum…sye bekerja sbg pengawal keselamatan di sekolah.sye bekerja 12 jam setiap hari.brmakna setiap hari akan ada ot 4jam..sepatutnye kami pengawal akn trime gaji basic pd tiap2 30hrb dn duit OT pd 15hrb…tetapi setiap bulan kami akn dpt bayaran lambat terutama bayaran utk OT yg spatutnye dpt pd 15hrb..slalunya bayaran akan lewat sehingga 10 hari dn lebih…bile kami hubungi pihak pejabat bhg akaun dn bertanya ttg bayaran ot,mereka akn bg jawapan yg syarikat masih belum dapat payment dari pihak kerajaan(PPD atau JPN)…Betul kah begitu dan ape yg patut sye lakukan?

    July 1, 2014, 8:38 am
    • Akta Kerja 1955

      Jika di sekolah, anda kena rujuk kembali pada kontrak kerja anda. Adakah anda digajikan secara langsung oleh pihak sekolah atau ia menerusi pihak kerajaan. Mungkin anda boleh juga berhubung dengan Jabatan Pendidikan berdekatan utk makluman jika pihak sekolah tidak memberi kerjasama.

      July 3, 2014, 6:37 am
    • MisteriOrang

      Biasa OT akan dibayar pada bulan depan. cth: sekarang bulan 7 dan ada OT..maka OT akan dibayar pada gaji bulan 8 dn bukan pada gaji bulan 7. tp sesetangah company bayar pada bulan 7 gaji

      August 22, 2014, 9:15 am
  • voon

    Selamat petang,saya ingin tahu,adakah majikan mesti mahu bayar medical
    fee kepada pekerja atau sebahagian fee kepada mereka? public holiday setahun
    10 hari atau berapa hari mahu kasih kepada pekerja?

    June 30, 2014, 12:09 pm
  • Bee

    Selamat ptg, sya salah seorang pkerja di sebuah kilang vegaterian di melaka..di sini terdapat ramai pekerja daripada sabah termasuk sya sendiri..pertanyaan sya adalah patutkh majikan sya membayar gaji rm33 Sehari sedangkn masa kerja adalah 12jam?

    June 29, 2014, 8:25 am
  • nora

    salam, boleh kah saya tahu minimum had umur untuk seseorang majikan ambil seorang pekerja.17 atau 18 tahun? mesti ikut tarikh lahir ke atau tidak.

    June 28, 2014, 10:14 am
  • Ahmad

    Salam Tuan,

    Saya diberikan arahan turun pangkat tanpa sebarang alasan yang konkrit dan saya tidak dapat membela diri. Kalau mengikut akta ini gaji hendaklah dibawah RM2k baru ada kes. Persoalannya, gaji saya sudah melebihi RM2K. Adakah saya dapat membela diri? Terima kasih.

    June 27, 2014, 2:30 am
    • Akta Kerja 1955

      Anda masih boleh membela diri jika anda rasa tindakan itu tidak wajar.

      June 30, 2014, 7:37 am
  • Suhaila

    Majikan tempat saya bekerja sekarang tidak dapat memberi kerja kepada pekerja. Sekarang kami disuruh bekerja 3 hari seminggu, cuti tanpa dibayar gaji . Apa hak kami sebagai pekerja, apa yg kami perlu lakukan.

    June 25, 2014, 12:01 am
    • Akta Kerja 1955

      Ini dikira sebagai lay-off dan perlukan penerangan dan butiran lanjut. Sebaiknya anda berhubung dgn pihak JTK untuk mendapatkan nasihat dan mengelakkan sebarang kekeliruan.

      June 25, 2014, 1:06 am
  • izami

    Assalamualaikum…bagaimana jika majikan memaksa ambil cuti rehat dlm sebulan 3x..tapi gaji akan di potong…?

    June 23, 2014, 6:50 am
    • Akta Kerja 1955

      Ia adalah satu kesalahan. Pengambilan cuti bukanlah sesuatu yang boleh dipaksa-paksa oleh majikan kecuali cuti tersebut adalah cuti berbayar.

      June 25, 2014, 1:03 am
  • Anep

    Salam tuan, saya ada beberapa soalan selaku staff HR syarikat kawalan keselamatan,
    1) Didalam surat tawaran, ada dinyatakan bahawa kontrak pengawal tamat apabila kontrak perkhidmatan pada cliet disesuatu tmpt itu tamat. Jadi apabila sampai masanya, adakah kontrak dianggap tamat begitu sahaja atau dianggap lay off dimana perlu diberi pampasan?
    2) Syarikat telah menyatakan dalam surat tawaran bahawa pengawal yang mendapat 3 kali surat amaran akan diberhentikan.adakah ia bercanggah dengan Undang Undang Buruh?
    3) Seorang Pengurus cawangan telah menjanjikan secara lisan kenaikan gaji kepada pekerja tanpa pengetahuan majikan di HQ, adakah boleh menjadi kes Buruh memandangkan setahu saya perjanjian lisan tetap dianggap perjanjian?
    4) adakah pekerja yang bersetuju utk ditukar ke mana2 cawangan didalam surat tawaran boleh mempertikaikan pertukaran tersebut? pekerja tidak dapat bekerjasama dgn staff dicawagan kelantan dan diarah berpindah ke cawangan johor misalnya. Bolehkah ia mempertikaikan pada buruh yang majikan berniat membuangnya?

    Jawapan dan tunjuk ajar dari tuan amat saya hargai. Terima Kasih.

    June 19, 2014, 5:22 am
    • Akta Kerja 1955

      1. Kontrak sebegini memperuntukkan terma-terma bagaimana ia boleh ditamatkan apabila sesuatu perkara berlaku, biasanya tempoh masa atau kerja-kerja telah siap dilakukan. Ia bukan lay-off kerana terma telah diaktifkan apabila situasi yg disebut dalam terma tersebut wujud.
      2. Akta tidak menyatakan dengan jelas bagaimana prosedur penamatan kerja perlu dilakukan, cuma menegaskan bahawa hak pekerja untuk membela diri perlu diberikan dalam kes-kes salah laku atau misconduct. Prosedur sebaiknya termasuklah menilai berat kesalahan yg dibuat dan membuat DI.
      3. Ia bergantung pada kuasa yg ada pada pengurus cawangan itu. Jika kuasa dalam pemberian kenaikkan gaji tidak diberikan padanya (biasanya tidak), maka dia tidak ada kuasa utk janji pada awal lagi dan perjanjian itu dianggap sebagai ‘void ab initio’ atau batal dari awal lagi.
      4. Ya boleh. Cuma untuk untuk membuktikan niat jahat tu bukan senang bukan?

      June 20, 2014, 7:47 am
  • tengku emyra tuan fa

    Assalamualaikum..sy berkeja di timberland parkson sunway..selama hampir 4tahun dari nov 2010 sehingga june 2014,masalahnya skrg majikan sy tidak memberi kata putus samaada kami di teranfer ke butik lain@dibehentikan..oleh kerana kaunter timberland sudah mahu tutup pada hujung bulan june ini..saya ingin tahu apa hak saya sebagai pekerja yang patut saya terima selama tempoh saya berkerja hampir 4tahun jika saya dibehentikan oleh pihak syarikat..apa pampasan yang patut saya terima dari segi akta pekerja…adakah 3bulan basik ??

    June 16, 2014, 6:20 am
    • Akta Kerja 1955

      Peruntukkan yang relevan adalah terkandung dalam Employment (Termination and Lay-Off Benefits) Regulations 1980.

      Tertakluk pada syarat-syarat yang dinyatakan dalam Regulations ini (anda boleh rujuk lebih lanjut dengan JTK berdekatan), jika anda diberhentikan atau tidak diberikan kerja bergaji (lay off) di bawah maksud peraturan ini.

      Di bawah Peraturan 6 Employment (Termination and Lay-Off Benefits) Regulations 1980 ada dinyatakan:
      6. (1) Subject to the provisions of these Regulations, the amount of termination or lay-off benefits payment to which an employee is entitled in any case shall not be less than –

      (b) fifteen days’ wages for every year of employment under a continuous contract of serviced with the employer if he has been employed by that employer for two years or more but less than five years; or

      Maka, dalam kes anda, anda layak pada faedah pemberhentian sekurang-kurangnya sebanyak 15 x 4 = 60 hari nilai gaji.

      June 17, 2014, 11:23 am
  • ina

    saya nak tanya bagi pihak adik saya yang berkerja kontrak sudah pun melebihi 1 tahun dan belum lagi tetap pekerjaan. Masalahnya sekarang adik saya di dapati menipu surat MC yang di ambil dari kawan di atas kawan yang Klinik tersebut tidak wujud bila di periksa nombor serta alamatnya .apakah sesalahan begini terus di berhentikan kerja apakah dia tidak di berikan peluang kedua supaya tidak mengulangi kesalahan tersebut .ini kerana dari segi prestasi kerja adik saya sangat memuaskan cuma dia tersilap langkah dengan meminta kawan nya mengambil surat MC kerana dia tidak sihat pada waktu itu .Yang adik saya peningkan sekarang pegawai atasan meyuruhnya membuat surat berhenti notis 24jam sedangkan dia tidak dapat surat dari HR untuk di berhentikan kerja kerana ada pegawai atasan yang tidak mahu isu adik saya ini di perbesarkan supaya tidak lagi memanjangkan kes sedangkan kata adik saya ramai lagi pekerja llain yang membuat kesalahna lebih teruk tapi di beri peluang kedua..apakah dia tidak dapat di beri peluang kedua kerana hanya kerana pegawai atasan takut tentang adik saya ini akan sampai kepihak bos besar lagi menambah kekecohan sedangkan cerita adik saya ini telah pun sampai ke HQ besar..adik saya betul-betul tertekan dengan sikap pegawai-pegawai yang lepas tangan mencampakkan masalahnya kesana -sini sedangkan adik saya bertanya pada orang lama yang bekerja di sini masalah boleh selesai tidak perlu dipanjangkan cerita tapi ini semua pegawai tidak tetap pendirian susah…….pening saya memikirkan nya…..

    June 16, 2014, 4:39 am
    • Akta Kerja 1955

      Terdapat banyak isu dan keterangan yang perlu dihalusi dalam kes ini. Saya tidak boleh membuat sebarang spekulasi.

      Sebaiknya adik anda merujuk kes dgn JTK seberapa segera untuk tindakan lanjut.

      Terima kasih.

      June 17, 2014, 11:26 am
  • Zeto

    Assalamualaikum, saya nak bertanya mengenai waktu pulang bagi pekerja yang beragama Islam pada bulan puasa yang bakal mendatang.
    Apakah dibenarkan bagi kami untuk pulang sejam awal dari pekerja yang bukan beragama Islam?

    Terima kasih.

    June 16, 2014, 4:05 am
    • Akta Kerja 1955

      Hal ini tidak diperuntukkan dalam Akta. Ia perlu dirujuk pada polisi syarikat tempat anda berkerja.

      June 17, 2014, 11:27 am
  • marina

    salam..sya nak tanya sya bekerja sebagai promoter di sogo baru2 ni ada bwrlaku kes gado.. saya hampir dipukul oleh custemer.. sya sempat lari dan custemer tu mengamok dan memecahkn barang2.. kemudian supervisor sogo tersebut membuang sya dr sogo dan mengtakn hal ini slh sya..terus membuang sya tnpa sbb yg kukuh.. dan sya tidak membuat laporan polis pun.. blh x sya mngambil apa2 tindakan..

    June 7, 2014, 2:42 pm
    • Akta Kerja 1955

      Sebagai promoter, saya rasa bukan skop kerja anda untuk menjaga keselamatan mahupun membuat lapuran polis bukan?

      Apa-apa pun anda boleh adukan kes ke JTK berdekatan untuk bantuan dan tindakan lanjut.

      Terima kasih

      June 17, 2014, 11:29 am
  • Nadiana

    Assalammualaikum

    Saya bekerja kontrak di dalam bidang pemasaran jualan

    Kontrak bermula dari 1 June 2013 sehingga 31 May 2014 (setahun)

    Saya menerima tawaran penyambungan kontrak untuk tempoh setahun lagi iaitu dari 1 Jun 2014 sehingga 31 May 2015

    Saya menolak pembaharuan kontrak tersebut diatas sebab masalah kesihatan yang memerlukan saya untuk berehat seketika

    Bekerja didalam bidang jualan saya menerima 2 jenis pembayaran gaji iaitu gaji asas dan juga komisen jualan

    Setelah memutuskan untuk tidak menyambung kontrak saya terus menghubungi HR Department untuk mendapatkan kepastian akan cara pembayaran serta kiraan gaji terakhir

    Untuk makluman setiap bulan tarikh ‘cut off’ untuk gaji dikira bermula dari 21 haribulan ke 20 haribulan. Bermakna untuk gaji terakhir pada penghujung Jun 14 nanti, saya akan menerima gaji asas dari 21 May 14 sehingga 31 May 14 (10 hari) mengikut pada kiraan hari. Baik tiada masalah dengan ini..

    Namun sedikit mendukacitakan apabila dimaklumkan saya tidak akan menerima sebarang komisen jualan kerana mengikut pada prosuder syarikat komisen terakhir tidak akan dibayar sekiranya staff sendiri yang berhasrat untuk tidak menyambung kontrak

    Mengikut apa yang disampaikan, komisen bulan terakhir hanya akan dibayar sekiranya staff ditamatkan kontraknya oleh syarikat

    Dimaklumkan juga sebarang maklumat berkenaan komisen tidak dinyatakan di dalam kontrak bermakna syarikat mempunyai hak penuh kerana komisen tersebut hanyalah wang saguhati dari syarikat

    Beberapa perkara menjadi persoalan. Semasa mula berkhidmat saya hanya dimaklumkan bahawa gaji asas akan dibayar mengikut waktu, manakala komisen akan dibawa kehadapan (lewat sebulan)

    Didalam pengertian mudah bermaksud komisen masih akan dibayar, tetapi dalam tempoh yang ditangguhkan selepas sebulan.

    Adakah ‘Komisen dibawa sebulan kehadapan’ sebenarnya bermaksud ‘komisen tidak akan dibayar untuk bulan terakhir’ atau ‘komisen akan dipotong sebulan’

    Dari segi frasa menyatakan seperti amaun tersebut akan dibayar seperti biasa selepas sebulan, tetapi dari segi fakta sebenarnya tiada cara amaun tersebut boleh dituntut jika mengikut kepada proses yang dinyatakan oleh syarikat.

    Saya merasakan seolah-olah hak telah dinafikan kerana komisen yang diperoleh adalah hasil dari usaha sendiri. Jualan juga dibuat semasa saya masih lagi bekerja dengan syarikat.

    Cuma hanya kerana komisen dibayar lewat sebulan dan saya memutuskan untuk tidak menyambung kontrak maka hak saya dinafikan.

    Lain pula akan berlaku jika sebaliknya, sekiranya saya menyambung kontrak maka secara automatik amaun tersebut juga akan dibayar. Kelihatan seperti 1 ugutan secara tidak langsung dalam menidakkan hak pekerja.

    Cukup mushkil kerana pada hemat saya, saya telahpun menghabiskan tempoh kontrak penuh tanpa sebarang isu. Mengapa staff yang ditamatkan kontrak boleh layak untuk terima komisen terakhir sedangkan staff yang mengikut prosuder pula dinafikan hak?

    Mungkin kerana staff yang ditamatkan kontrak selalunya kerana masalah prestasi – tiada hasil jualan jadi tiada juga amaun komisen perlu dibayar. Secara halus keadaan dimanupulasikan

    Minta pendapat saudara tentang apa yang perlu saya lakukan. Saya telah merujuk kepada Jabatan Tenaga Kerja dimaklumkan walaupun tidak secara bertulis mengikut seksyen 2 (1) komisen juga adalah sebahagian gaji

    Betulkah apa yang dipersetujui walaupun secara verbal dan kemudian syarikat telah sedia ada melaksanakan proses berkenaan secara rutin contohnya seperti pembayaran komisen bulanan itu boleh juga dianggap sebagai sebahagian dari kontrak

    Kalau selama ini apa yang dibayar dikatakan komisen, tetapi bila di dalam situasi saya tiba-tiba ‘komisen’ itu ditukar istilahnya sebagai wang saguhati dan mereka mengatakan mempunyai hak penuh samada ingin membayar atau tidak sebarang wang saguhati

    Mohon pendapat.. Terima Kasih

    June 3, 2014, 5:54 pm
    • Akta Kerja 1955

      Simpati saya dengan masaalah anda. Keadaan ini begini mmg sering berlaku bila kita memasuki suatu kontrak kerja tanpa ikatan kontrak bertulis. Then again, ia sepatutnya beri advantage pada anda kerana:-
      1. di bawah perjanjian asal anda di akan dibayar gaji asas + komisyen, maka ia perlu dipatuhi majikan
      2. terma penting seperti komisyen tidak dibayar jika berhenti perlu dinyatakan awal-awal untuk persetujuan pekerja dan bukannya semasa pekerja berhenti

      Isu ini lebih kepada kontrak dari undang-undang pekerjaan. Maka, saya tidak boleh nasihatkan atau speculate lebih dari apa yang sudah saya nyatakan diatas tanpa merujuk pada keterangan dan dokumen2 dari kedua-dua pihak.

      June 4, 2014, 12:24 pm
  • Zam

    1 soalan perlukan kepastian

    Saya bekerja di dalam bidang jualan telemarketing. Jawatan ‘non executive’, gaji asas (tidak termasuk komisen) kurang daripada RM2000, waktu kerja jika mengikut kontrak yang ditandatangani adalah dari 9am-6pm. Gaji dibayar oleh syarikat A manakala bekerja untuk projek kendalian syarikat B. Namun kebiasaanya setiap hari ditahan syarikat B untuk kerja lebih masa sehingga 7pm tanpa dibayar sebarang OT. Mengikut pada pengurusan syarikat B, mereka berhak menahan kami sekiranya ‘target’ jualan yang dikehendaki masih tidak mencukupi. Sekiranya enggan pekerja seolah-olah diugut akan diberikan ‘drf/warning letter’ (kerana target jualan tidak tercapai). Sedangkan apabila kami bekerja lebih masa dan masih gagal mencapai target jualan, tiada pula warning letter diberikan. Adakah proses yang seperti ini dibolehkan?

    June 3, 2014, 5:12 pm
    • Akta Kerja 1955

      Memandangkan anda berkerja atas arahan sykt A dan menerima gaji dari mereka, maka majikan anda adalah sykt A dan mereka yang perlu membayar OT jika ada.
      Dalam hal ini, anda perlu merujuk pada pihak HR sykt A akan masaalah anda terlebih dahulu.
      Walaupun sykt B sebenarnya tidak boleh menahan tanpa memastikan OT dibayar oleh sykt A, namun mereka mungkin boleh memohon sykt A pengganti yang lain yang maybe tak kisah dan ini boleh menjejaskan kerja anda nanti.

      June 4, 2014, 12:10 pm
  • najiha24

    Salam,

    saya ada beberapa soalan.

    1. waktu bekerja bermula 8.30 pagi. sekiranya pekerja datang lambat, gajinye akan dipotong sebanyak 1 minit = RM1.00. adakah ini dibenarkan oleh undang-undang?

    2. sekiranya pekerja tidak boleh claim overtime bekerja lebih masa, dia tak boleh claim. tetapi sekiranya dia datang lambat gajinya akan dipotong tetapi apabila bekerja lebih masa dia tak boleh claim.
    soalan 1) berapakah tangga gaji yang tidak boleh claim overtime.
    soalan 2) adakah situasi di atas dibenarkan undang-undang.

    3. waktu bekerja bermula 8.30 pagi sehingga 6.00 petang. rehat jam 1 petang.
    sabtu tidak bekerja. adakah masa bekerja di atas dibenarkan undang-undang?

    harap dapat jawapan di atas.
    sekian, terima kasih.

    May 30, 2014, 9:46 am
    • Akta Kerja 1955

      1. Wow, RM 1 seminit? Bagaimana majikan anda dapat kiraan tersebut? Jika majikan mahu dia boleh bayar ikut waktu sebenar pekerja berkerja. Maksudnya, jika pekerja cuma kerja 7 1/2 jam dari 8 jam sepatutnya, majikan boleh membayar nilai 7 1/2 jam sahaja pada kadar harian pekerja. Kena buat kira-kira sikit.
      2. a. Gaji yang lebih RM 2,000 tidak boleh claim OT
      b. Ya
      3. In total anda cuma kerja 47.5 jam seminggu. Ya boleh dan majikan tidak perlu bayar OT. Harap rujuk artikel “Masa Kerja Dan Kerja Lebih Masa”.

      Terima kasih.

      June 4, 2014, 12:03 pm
  • Mie

    Saya dah berkeja sebagai permandu di syarikat A hampir 1 tahun.kilang tersebut di shah alam.
    Waktu kerja sebenar saya 8.30am hingga 17.30pm.
    Masalahnya..contoh jika saya diarahkan untuk outstation ke p.pinang diwajibkan bermalam di p.pinang..saya di arahkan bermalam di hotel.contoh sy bertolak dr shah alam tengah hari isnin 1hb 4 2014 dan balik ker shah alam pada hari selasa 2hb 4 2014..pada masa sama sy akan dpt elaun outstation sebanyak rm40 untuk satu kali outstation.jika saya tiba lewat pada 2hb 4 2014 akibat tugas yg banyak.lebih kurang pukul 21.00pm baru sy tiba di kilang.tetapi sy tidak dibayar ot kerana majikan saya megatakan sudah diberi elaun sbayak rm40 dan hotel.sedangkan waktu kerja hanya sampai pada pukul 17.30pm sahaja.
    Perkara ni berlaku semasa tugas outstation sahaja.
    Kepada siapa lagi yg perlu saya rujuk masalah ini…tolong…teraniaya ni..

    May 29, 2014, 2:24 pm
    • Akta Kerja 1955

      Mmg sepatutnya majikan membayar OT bagi kerja lebih masa. Cuma sebelum anda bertindak apa-apa, saya rasa anda perlu beri pertimbangan tentang hal ini dulu:

      1. Majikan x wajib membayar elaun perjalanan anda. Ia lebih kepada polisi sykt dan boleh di tarik balik
      2. Elaun RM 40 itu agak besar juga dan mungkin lebih besar dari nilai OT anda
      3. Bagaimana jika anda mohon diberikan OT dan majikan beri OT tetapi menarik balik elaun anda?

      Soal kontrak kerja juga perlu dilihat dan mungkin anda boleh merujuk kontrak kerja anda pada pegawai kaunselor JTK berdekatan utk nasihat lanjut.

      June 4, 2014, 11:55 am
  • Rien

    Salam 1 Malaysia.

    Maaf,menganggu. Saya ingin meminta pendapat & penjelasan mengenai isu ini.
    Saya telah bekerja di syarikat perumahan cawangan Lahad Datu selama 4 tahun. Syarikat utama di Tawau.
    Baru-baru ini saya telah mendapat satu surat yang menyatakan pemberhentian kerja (Penutupan Syarikat Cawangan Lahad Datu).
    Dalam surat itu,saya di bagi tempoh bekerja selama 3 bulan bermula 1 June 2014 sehingga 1 September 2014. Cuti Tahunan yang di berikan oleh syarikat selama 8 hari pun belum lagi saya ambil.
    Persoalannya di sini,adakah saya berhak mendapat pampasan dari majikan saya selama perkhidmatan dalam syarikat tersebut atau ….?
    Dan jika saya berhak mendapat pampasan tersebut,bagaimanakah pembayaran pampasan ini keatas saya.

    Mohon penjelasan.

    Sekian,terima kasih.

    May 29, 2014, 7:04 am
    • Ismail N

      Untuk Sabah, terdapat Ordinan Buruh Sabah yg mengawal selia hal pekerja dan majikan. Peruntukkan mengenai termination benefit boleh dirujuk pada LABOUR (TERMINATION AND LAY-OFF BENEFITS) (SABAH) RULES 2008 PU(A) 159/2008 yg menyebut:

      3. General provisions for the entitlement of employees to termination or lay-off benefits payment

      (1) subject to these rules, an employer shall be liable to pay termination or lay-off benefits payment calculated in accordance with rule 6 to an employee who has been employed under a continuous contract of service for a period of not less than twelve months ending with the relevant date if:-

      (a) the contract of service of the employee is terminated; or

      (b) the employee is laid-off within the meaning of rule 5.

      (2) For the purpose of this rule a continuous contract of service for a period of not less than twelve months shall include two or more periods of employment which are not less than twelve months in the aggregate if the intervening period or periods between one period of employment and another does not in the aggregate exceed thirty days.

      Berdasarkan pada maklumat yg anda berikan, anda boleh memohon utk pampasan dari penamatan kontrak kerja ini. Sebaiknya berhubung dgn JTK terdekat bagi maklumat lanjut. Terima kasih.

      May 29, 2014, 8:22 am
  • farhan

    Saya bekerja sebagai pemasang penhawa dingin. 2bulan lepas saya terjatuh dari bangunan tingkat 3. Majikan saya hanya menanggung kos perubatan sahaja. selama saya cuti sakit dia tidak pernah membayar gaji saya,sedang kan saya dapat surat cuti(MC) daripada hospital.socso ,epf,kwsp dn insuran majikan saya tidak ambil. Boleh kah saya mintak pampasan kepada majikan saya stelah apa yang terjadi pada saya sekarang ini? Macam mana saya nak tuntut hak saya sebagai buruh.

    May 28, 2014, 6:23 pm
    • Ismail N

      Syarat utk cuti sakit boleh anda baca di sini: https://dululainsekaranglain.com/undang-undang/cuti-sakit-berbayar
      Tidak mencarum epf dan socso adalah suatu kesalahan di pihak majikan anda. Tetapi utk mendapatkan pampasan, ia perlu lebih spesifik. Dalam kes ini, majikan telah menanggung kos perubatan anda, maka ada apa lagi ganti rugi yg anda pinta?

      May 29, 2014, 7:57 am
  • Rien

    Salam…
    Saya sudah bekerja di syarikat A selama 4 tahun.
    saya telah diberikan notis 3 bulan bekerja lg dlm syarikat dan PER :Pemberhentian kerja (Penutupan Syarikat)cawangan oleh majikan. Adakah saya berhak mendapat pampasan dari majikan saya selama perkhidmat dalam syarikat tersebut..
    jiakalau saya berhak mendapat pampasan tersebut, bagaimanakah pembayaran pampasan ini keatas saya..

    May 28, 2014, 8:23 am
    • Ismail N

      Ya, anda layak mendapat pampasan di bawah Employment (Termination and Lay-Off Benefits) Regulations 1980, tertakluk pada syarat-syarat yg ditetapkan. Harap boleh merujuk pada JTK berdekatan seberapa segera bagi mendapatkan bantuan.

      May 29, 2014, 7:53 am
  • ummu hanie

    Salam.sy nak tnye..mcm mane care untuk orang asing nak bekerja di malaysia?

    May 25, 2014, 4:27 am
    • Ismail N

      Perlu dapatkan permit utk mereka.
      Permit adalah berbeza-beza mengikut sektor. Anda boleh rujuk dengan Jabatan Immigresen utk makumat lanjut. Terima kasih.

      May 26, 2014, 8:44 am
  • Insan

    Salam saya seorang driver kepada majikan,masa saya bekerja Dari jam 0830-1830 waktu normal sedangkan pekerja lain masuk 0900-1800 adakah saya boleh tuntut 1 jam setiap hari.kerja lebih masa saya pula di kira berasaskan basic 1500 sedangkan basic saya adalah 2000 sebulan dan di bahagikan 30 hari

    May 23, 2014, 1:43 am
    • Ismail N

      Berapa kali seminggu anda kerja? Ada masa rehat? Jika basic adalah 2k, maka kiraan OT perlu di bahagikan dengan 2k juga.

      May 26, 2014, 8:43 am
  • Insan

    Salam saya ingin bertanya sekiranya kita berkerja 5 hari seminggu bagaimana kiraan rate ot adakah bahagi 30/26 atau 22 hari

    May 22, 2014, 1:49 pm
    • Ismail N

      sama juga 26 [Sky 60I (1A)].

      May 23, 2014, 12:44 am
  • mohamed

    Salam,saya brkerja di sebuah kilang pipe,di logistik department skop job saya sebagai operator packing.selepas bbrapa bulan saya dihanta training foklitf oleh pihak kilang dan saya ditukarkan tugas sebagai foklift drive tanpa surat pertukaran skop job dan kenaikan gaji sebagai foklift drive…sehingga kini tahap base saya sama dengan operator paking..apakah langkah yang patut sya buat atau cadangan tuan…

    May 20, 2014, 12:04 pm
    • Ismail N

      Jika anda tanya dari segi undang2, maka saya boleh kata tiada apa-apa kesalahan yg majikan anda buat jika tidak naikkan gaji anda sebab ia budi bicara majikan.
      Dari segi amalan, perkara biasa yg dilakukan utk buat majikan suka dan beri lebih imbuhan adalah mesra dgn boss (selalu tegur dan ucapkan selamat), kerja keras (tidak lambat atau ponteng), tingkatkan skill dan lain2 perkara yg positif. Mungkin ia akan ambil masa utk yakin majikan. Namun, dalam hal2 melibatkan kerja kita cuma boleh berusaha sedaya upaya sahaja.

      May 23, 2014, 12:48 am
  • zarmizi hamid

    salam,
    saya bekerja seorang diri satu shift 1500 ke 2300 atau 2300 ke 0700.
    berada dlm pejabat yg stdby menanti pelanggan datang buat bayaran tiket parking dan stdby utk kerosakan mesin autopay, mesin entry dan exit dsbnya.
    majikan tidak menghantar pekerja gntian untuk saya rehat dan tidak benarkan claim overtime masa rehat.
    bagaimana kes saya ini….. aduan dibuat tapi majikan berdiam diri.

    May 14, 2014, 7:17 am
  • norlidaemi

    As salam…bagaimana pengiraan unpaid leave yg betul,kerana ada yg kata gaji÷26 hari dan ada yg kata gaji÷30.. bekerja 5hari seminggu.

    May 13, 2014, 4:05 am
    • Ismail N

      bahagi dengan berapa hari dalam bulan tersebut. Misalnya: April = 30.
      Pembahagian dgn 26 itu utk tujuan pengiraan OT bagi kerja lebih masa.

      May 13, 2014, 8:01 am
  • Adawiah

    Assalam.
    Saya ingin bertanya berkenaan dengan penolakan gaji akibat kelewatan datang kerja. Bolehkah majikan membuat penolakan kelewatan pertama RM 40 dan kelewatan kedua dan seterus RM30 walaupun kelewatan tersebut hanya 1 saat? Mohon pencerahan, Terma kasih..

    May 13, 2014, 1:21 am
    • Ismail N

      General rule tidak boleh. Mungkin anda boleh terangkan atas alasan apa RM 30 itu ditolak?

      May 13, 2014, 8:05 am
  • Wanie

    Salam, saya nak tau cuti ehsan kematian kepada pekerja swasta berapa hari? ada yang mengatakan jikalau ibu bapa meninggal majikan beri 2 hari, tapi ada juga yang kata 3 hari…

    May 12, 2014, 12:55 am
    • Ismail N

      Compassionate leave tidak disebut dalam Akta Kerja 1955, maka rujukan perlu dibuat pada kontrak kerja, employment handbook dsb. i.e rujuk pada polisi majikan.

      May 13, 2014, 8:03 am
  • Syafiq

    Assalamualaikum saya nak bertanya, saya bekerja di sebuah syarikat swasta, pada hari Jumaat saya selalu keluar pada pukul 12.15 tgah hari dan kembali ke ofis pada 2.30pm… Bagi menunaikan solat Jumaat… Tiada bantahan dari majikan, akan tetapi saya mendapat cemuhan dari para pekerja yang berlainan agama …

    Soalan saya, berapakah masa yang diperuntukkan kepada kami(Muslim) bagi menunaikan solat Jumaat ini…

    Terima kasih…

    May 9, 2014, 3:57 am
    • Ismail N

      Tiada peruntukkan khas bagi masa untuk solat. Tertakluk pada budi bicara majikan.

      May 9, 2014, 7:23 am
      • Syafiq

        Terima kasih kerana menjawab pertanyaan saya encik… 😀

        May 9, 2014, 7:59 am
  • pekerja sengsara

    assalam..saya dan rakan2 saya mengalami masalah tentang epf dan socso kami yg sudah setahun lebih tidak berbayar..kami da bawk berbincang dngan pihak atasan…tp pihak atasan ambil sikap acuh x acuh…apa patut kami buat???

    May 9, 2014, 12:09 am
    • Ismail N

      Caruman KWSP adalah di bawah bidang kuasa KWSP, manakala Socso di bawah PERKESO. Caruman adalah WAJIB. Sebarang aduan mengenai hal ini perlu diajukan pada jabatan2 yang berkenaan.

      May 9, 2014, 7:22 am
  • norhayati

    Assalamualaikum..sya nk tnya klu amik cuti tanpa gaji adakah cuti tahunan akan dipotong atau disekat?klu kita minta untuk melihat markah prestasi kita adakah majikan tidak boleh tunjuk pada kita?

    May 2, 2014, 8:17 am
    • Ismail N

      Mengambil cuti tanpa gaji bermakna gaji akan dipotong bagi hari kita bercuti. Biasanya berlaku bila kita tidak punyai kelayakkan cuti tahunan ataupun majikan tidak approve permohonan cuti tahunan. Bila gaji telah dipotong, maka cuti tahunan tidak lagi boleh dipotong juga mahupun disekat.
      Soal markah prestasi ia adalah hal prosedure dlm syarikat. Maka ia perlu dirujuk pada polisi sykt.

      May 5, 2014, 5:59 am
  • Ahmad Safari bin Tauran

    Assalamualaikum?sebagai majikan, alami pekerjaan berhenti tanpa notis & notis. Berhenti tanpa notis 24 jam belum sebulan bekerja》Hak sebagai majikan perlu dapat ganti rugi atau sebaliknya.
    Berhenti notis 24 jam》Apa hak majikan
    Berhenti notis sebulan notis》Apa hak majikan
    Terimakasih

    April 11, 2014, 9:25 am
    • Ismail N

      Ia bergantung kepada terma kontrak yg telah dipersetujui oleh majikan dan pekerja. Jika ada mensyaratkan notis seminggu atau sebulan dsb, maka ia perlu dipatuhi. Kegagalan pekerja memberikan notis membolehkan majikan membuat tuntutan gantirugi pada nilai notis tersebut.

      May 5, 2014, 6:01 am
  • Nor aine binti hasan

    saya nak tanya kepada yang berkenaan,
    Anak telah terbabit dalam kemalangan semasa balik dari tempat kerja.wajib ke majikan bayar m.c atau bagi pampasan.Anak hanya bekerja sementara semasa menunggu spm.Majikan pula tidak mencarum dipekeso ,dgn alasan syarikat masih baru dan anak belum mencapai umur 18 tahun..cukup tak alibi saya nak saman Majikan..Sekian .terima kasih

    April 11, 2014, 7:45 am
    • Ismail N

      Anda boleh rujuk artikel mengenai cuti sakit bagi MC anak anda.
      Bab Perkeso pula, walaupun sementara dan belum capai 18 tahun, pekerja wajib dicarumkan. Anda boleh rujuk pada pejabat PERKESO berdekatan bagi maklumat lanjut.

      May 5, 2014, 6:05 am
  • ezan

    Gaji pokok saya rm 1300.tetapi sejak hujung tahun 2013.bila saya semak penyata gaji gaji pokok saya telah dipotong menjadi rm 1200..dan bulan lepas saya telah didapati melakukan kesalahan dan gaji pokok saya telah dipotong tanpa mendapat apa apa surat amaran ..bagaimana saya hendak membuat aduan..tq

    April 9, 2014, 3:31 pm
    • Ismail N

      Sila adukan masaalah anda pada Jabatan Tenaga Kerja berdekatan bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut. Terima kasih.

      May 5, 2014, 6:31 am
  • norhidayah bte abdul karim

    sy ada soalan.sy sudah bekerja sudah 8 bulan di sebua kilang kecil di kg sy dgn gaji sbnyk rm30 sehari.tp sy tdk kerje hari2.time ad kerje bru sy kerje.pd bulan 8 thun lpas majikan sy telah menaikkan gaji sy sebanya rm 800 sebulan.kali ni sy kene hadir ke kilang tiap2 hari walaupun production tak jlan sb sy dh jd pekerja ttap.tp pd awal bulan ini majikan telah memberitahu pd sy yg kilang menghadapi masalah,jd gji dn kerje sy terpkse jd spt sebelum ini.soalan sy bolehkh majikan sy buat mcm ni pd pekerjenye.utk pengetahuan majikan sy ad 5 org pekerje trmasok sy.hnye seorang yg d kekalkn gji minimum.

    February 23, 2014, 5:04 am
  • shamsul abdullah

    syarikat kami mengalami kerugian dan tidak mampu meneruskan operasi. soalan saya ialah : adakah syarikat perlu memberi pampasan kepada semua pekerja kerana menamatkan khidmat mereka? berapakah pampasan yang mesti diberikan pada pekerja yang berkhidmat lebih setahun. Bagaimana sekiranye syarikat tidak mampu membayar pampasan. mohon penjelasan lengkap. terima kasih

    January 18, 2014, 11:34 pm
  • fairos bt harun

    As salam …. suami saya seorang pemandu lori baru2 ni lori yang dipandu telah terbalik..apa yang menjadi masalah suami saya telah diberhentikan kerja tanpa sebarang notis atau sebab…apa yang patut suami saya lakukan?

    December 26, 2013, 9:08 am
  • Nordin bin saminin

    saya ada masalah berkenaan dengan gaji saya yaitu tentang gaji minimam yg ditetapkan oleh kerajaan yaitu sebanyak rm900 tp saya tidak mendapatnya malah yg ketidak puas hatisaya sekarang ni ialah tentang potongan kwsp saya yaitu campani saya potong mengikut sekim gaji yg ditetap oleh kerajaan. mcm mana nk selesaikan masalah saya ni,? saya berharap pihak tuan dapat membantu saya tentang perkara ini.

    terima kasih diatas kerja sama tuan

    September 6, 2013, 1:54 pm
  • mohammad amin bin mughni

    Salam dan selamat sejahtera…

    Pada bulan lepas, saya sudah letak jawatan dengan mengemukakan surat perletakan jawatan saya bertarikh 13.Jun.2013, dan sepatutunya saya bekerja sehingga 12.Julai 2013. Akan tetapi, pada 1 Julai saya tidak hadir sehingga 12 Julai. Saya cuma nak tahu, bila seseoran pekerja sudah memberi notis perletakan jawatan, adakah dia masih terikat dengan syarikat? dan perlu atau tidak seorng itu membayar kepada syarikat yang mana dia tidak hadir bekerja dalam tempoh itu/

    Sekian.
    Mohammad Amin Bin Mughni
    019-2576827

    July 30, 2013, 3:10 pm
  • balan

    ive been working in a sole propreitor business for 12 years as a permanent staff. the business ownership has changed hands and i was not paid any benefits except same pay and working conditions with my new owner. am i entitled to any payments from my former employer? my basic salary is rm 1,800. thank you.

    July 10, 2013, 2:46 pm
  • Nor Asina Binti Arbi

    Syarikat tpt saya bekerja tlh mendapat kontrak baru di mana kami terpaksa membuat pengawalan secara 24jam. Jadi kami akan melaksanakan 2 shift.
    Soalan saya.. bagaimana untuk kita mengira allowance shift itu. Adakah bergantung pd jawatan atau pd basic salary.
    Harap dpat jawapan dari pihak tuan secepat mungkin.

    TQ

    July 2, 2013, 7:48 am
  • anna hashim

    salam,

    saya mempunyai sedikit pertanyaan & kekeliruan.

    saya mendapat offer daripada company A.
    dalam masa yang sama saya interview di company B.

    saya mendapat offer terlebih dahulu drpd company A, dan saya sudah pergi check & sign offer letter.

    kemudian saya dapat offer daripada company B.
    company B ni antara company yg besar, stabil & offer gaji 1 kali ganda lebih tinggi drpd company B. masa depan saya sangat cerah bersama company ni. peluang kerjaya juga terbuka luas untuk saya.

    saya menolak offer daripada company A, wlupun saya sudah sign Offer Letter.

    persoalannya disini,

    1) apakah tindakan yg akan dikenakan kepada saya
    2) apakah saya tidak boleh membuat pilihan yg lain serta menerima offer yg lain wlupun saya sudah sign offer letter di satu2 company?
    3) adakah akta yg melindungi kes2 seperti saya ni?
    4) apa yang patut saya lakukan jika company A menuntut damages drpd saya?

    sekian terima kasih

    June 19, 2013, 3:08 am