\"\"
Sunday,20 August,2017

Undang-Undang Liwat Di Malaysia

 Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah

Video di bawah adalah sessi dialog antara peguam terkemuka,  Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dengan orang ramai berkenaan dengan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Video berdurasi hampir satu jam ini antara lain mengandungi:

ringkasan dan latar belakang Undang-Undang Liwat di Malaysia, sebagaimana yang termaktub dalam dalam Kanun Keseksaan

dan mengapa Ketua Umum PKR itu dituduh di bawah Seksyen 377b.

Tan Sri Muhammad Shafee yang terkenal denga sikap ‘no-nonsense‘ itu telah memberikan maklumat terperinci mengenai kes liwat tersebut yang menyebabkan ada hadirin merasa segan silu mendengarnya.

Undang-Undang Liwat Dan Kanun Keseksaan

Sebagaimana yang dinyatakan tadi undang-undang berkaitan dengan jenayah ‘liwat‘ di sebut dalam Kanun Keseksaan (Penal Code) di bawah kepala ‘Kesalahan Luar Tabie‘ atau ‘Unnatural Offences‘.

Ada tiga seksyen untuk pihak pendakwa gunakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu:-

  1. Seksyen 377 A
  2. Seksyen 377 B
  3. Seksyen 377 C

Undang-Undang liwat di Malaysia

Di dalam video di bawah Tan Sri Muhammad Shafee menghuraikan dengan jelas mengapa Seksyen 377 B Kanun Keseksaan digunakan terhadap Anwar.

Walaupun terdapat sedikit persoalan mengenai maksud ‘voluntarily‘ di bawah seksyen tersebut yang diajukan oleh salah seorang yang hadir di dialog tersebut, Tan Sri dengan tenang memberikan penjelasan dengan lengkap dan anda boleh mendengar penjelasan beliau dalam video di bawah:

Teori Konspirasi?

Turut disentuh adalah ‘teori konspirasi‘, bagaimana keterangan di ambil dalam kes ini, pembelaan yang dikemukakan, serta hukuman yang dijatuhkan oleh hakim.

Bagi mereka yang telah lama mengikuti kes ini (terutama penyokong Datuk Sri), saya galakkan anda menonton tak kira samada anda mahu bersetuju atau tidak dengan pandangan Tan Sri Muhammad Shafee.

Serta sedikit sebanyak ia membantu anda memahami dengan lebih baik undang-undang liwat di negara ini.

Selamat menonton.

This Article Was Written By

ISMAIL N is the 'de facto' owner and editor-in chief of DuluLainSekarangLain.Com. A Human Resource practitioner in his normal daily life and consummate blogger in his free time. He is addicted to coffee and Manchester United. Most easily accessed via his Twitter account.

Ismail N
  • ishak

    yang herannya…banyak kes melanggan pondan diluar sana yang boleh disifilikasikan sebagai perbuatan meliwat….erm faham faham jelah

    February 20, 2015, 12:06 pm
    • Ismail N

      Dalam kes-kes jenayah, yang penting adalah cukup keterangan utk membuat dakwaan. Kalau pondan ditangkap dengan pelanggan dan ada cukup bukti utk didakwa di bawah jenayah ‘liwat’, maka seksyen berkenaan akan digunakan sebab ia lebih serius dari jenayah ‘kelakuan tidak bermoral’ yang sering digunakan terhadap mereka.

      Namun, saya tak rasa dalam kes ‘suka sama suka’ seperti melanggan pondan akan jatuh di bawah liwat kerana tiada pihak yang mahu tampil ke hadapan utk membawa bukti pada jenayah sebegini. Bila ada complainant (seperti dalam kes Anwar Ibrahim), maka akan lebih mudah mencari bahan bukti.

      Dalam kes-kes jenayah, semua elemen2 perlu dihalusi dan dibuktikan. Untuk liwat, saya rasa Tan Sri Muhammad Shafee telah berikan ‘tutorial’ yang agak detail untuk kita semua fahami dalam video di atas.

      February 21, 2015, 2:29 am
    • Travelog Siti

      Suka sama suka itu cerita lain. Yang sorang suka dan sorang lagi tak suka – ini yang jadi masalah. Dua benda ni jauh sangat bezanya.

      February 28, 2015, 5:51 pm
      • Ismail N

        Well said Siti. Kalau dua-dua suka, sure tiada yang melapur kan?

        😀

        March 1, 2015, 11:58 pm