Please disable Ad Blocker before you can visit the website !!!

Bagaimana Untuk Membuka Dan Melihat RAW File Di Windows 7?

by Ismail N   ·  12 years ago   ·  
thumbnail

RAW-File-Windows7

Saya rasa ramai jurugambar-jurugambar yang mengambil gambar dengan menggunakan format RAW yang lebih tinggi kualitinya dari Jpeg. Namun, Windows 7 tidak akan membenarkan anda melihat dan membuka file RAW begitu sahaja (Open And View RAW Files In Windows 7). Ramai yang menggunakan Picasa sebagai ‘photo viewer’, namun Picasa tidak membolehkan anda ‘copy and paste’ fail-fail dengan mudah.

Kebanyakkan pengguna Photoshop biasanya tidak selesa terlalu banyak ‘photo editing’ software di pasang dalam komputer mereka. Oleh itu, cara lain diperlukan dan cara yang lebih mudah adalah dengan menggunakan Microsoft Camera Codec Pack yang boleh dimuat turun dari laman web Microsoft.

Dengan menggunakan Microsoft Camera Codec Pack, anda boleh:

  • melihat thumbnail,
  • padam (delete),
  • salin (copy) dan
  • pindahkan (move)

gambar-gambar yang anda ambil dalam format RAW di folder Windows 7 anda dan sunting jika perlu dengan menggunakan Windows Live Photo Gallery.

Senang kan?

Microsoft Camera Codec

Untuk muat turun Microsoft Camera Codec Pack, anda pergi ke laman web Microsoft dan muat turunnya secara percuma di sana.

Pastikan anda memilih bahasa yang sesuai dan versi yang sesuai.

Pengguna-pengguna Windows 7 34-bit hendaklah muat turun file dengan nama MicrosoftCodecPack_x86.msi.

Manakala pengguna Windows 7 64-bit muat turun MicrosoftCodecPack_amd64.msi.

Rujuk kembali gambar di atas.

Selepas muat turun, klik “Run” dan “Install”.

Lihat screenshot di bawah:

Download Codec Pack

Run Codec Pack

Install Codec Pack

Install Codec Pack2

Selepas selesai segalanya, anda boleh melihat perubahannya di folder Windows 7 anda.

Bergantung kepada kepantasan komputer anda, imej-imej dalam format RAW akan dapat dilihat dengan perlahan-lahan.

Ingat bahawa fail RAW adalah besar saiznya, maka jika terlalu banyak fail ini dalam folder, maka thumbnail nya akan keluar satu demi satu dengan perlahan.

Lihat gambar di bawah.

Fail-RAW

Microsoft Camera Codec Pack boleh membuka semua fail-fail RAW dari hampir semua kamera-kamera digital yang berada di pasaran.

arrow

Sebahagian besarnya di senaraikan di laman web Microsoft.

Jika anda pengguna digital SLR dan belum menggunakan Microsoft Camera Codec Pack, saya cadangkan anda cuba dan muat turunnya sekarang.  Harapan saya semoga informasi ini berguna untuk anda semua.

Selama mencuba.

Maklumat adalah dipetik dan diubahsuai dari laman web worldstart.com.

– Bagaimana Untuk Membuka Dan Melihat RAW File Di Windows 7?

5 Comments

  1. Mus

    saya agak jarang guna format RAW.
    lebih-lebih lagi sekarang sy guna compact camera jer.. semuanya jpeg..

  2. ok. mari mendownload…

  3. Saya belum pernah simpan gambar didalam format RAW semuanya JPEG. Windows 7 pun tak ada.

    Ramai yang kata format RAW lebih banyak data dengan mudah untuk proses edit foto.

  4. aku ni pengguna kamera cap ayam je
    buat masa ni tiada apa2 masalah

    tapi esok2 tak tahu la
    ada rezeki nak juga dslr tu
    hehe

  5. 😀 Codec yang wajib ada ni bagi pemilik DSLR yang menggunakan Windows!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.