Please disable Ad Blocker before you can visit the website !!!

MySurvey.Com.My

by Ismail N   ยท  12 years ago   ยท  
thumbnail

MySurvey.Com.My boucher

Terdapat banyak kerja yang menguntungkan yang boleh dibuat di internet dalam masa lapang anda dan ia tidak semestinya dibayar dengan wang. Antara cara pembayaran yang sering digunakan oleh portal-portal tertentu di internet adalah menerusi pemberian boucher makanan dan boucher hadiah.

Ia agak menarik kerana anda boleh melakukan tugasan bila-bila masa dan di mana sahaja, asalkan ada talian internet.

Antara yang menarik ialah menjawab soalan survey di MySurvey.Com.My dan apabila cukup mata ganjaran anda boleh tebus dengan boucher KFC dan McDonald.

Nilainya bergantung kepada jumlah mata ganjaran anda. Lebih besar, lebihlah nilai boucher anda.

Bulan lalu saya menebus boucher bernilai RM 100, manakala baru-baru ini RM 50.

Redemtion-Voucher

MySurvey.Com.My

Biasanya soalan-soalan survey saya jawab di dalam kereta semasa menunggu anak pulang sekolah atau ketika makan tengah hari atau minum pagi sambil mengisi perut ๐Ÿ˜€

Setiap survey yang diberikan ada nilai mata ganjaran dan lebih panjang survey yang perlu disiapkan, maka lebih tinggi mata ganjaran.

Apabila tiba masa hendak redeem atau tebus boucher, anda cuma perlu log-in dalam akaun anda dan pilih untuk membuat penebusan.

Boucher akan dikirim kepada anda dalam masa beberapa hari. Dah dapat boucher tu, apalagi.. jom kita ke KFC atau MCcDonald ๐Ÿ˜‰

– MySurvey.Com.My

27 Comments

  1. adele

    daftar dah..boleh survey slalu time cuti sem nnt..hehe

  2. bEe

    Wah berbaloi n seronok ๐Ÿ™‚
    Cuma kena rajin aje utk pengisian borang.. hehehe
    Kalau bEe confirm MALAS!! ๐Ÿ˜›

  3. Rasa macam pernah jumpa sruvey ni, tapi kenapa saya tak jawab ye. Mesti cari semula iklan ni.

    Bolehkah survey ini di jawab beberapa kali bro?

  4. Kak Long Mawar Merah

    Layan jugak, tapi tak tak rajin sangat sampai dapat menebus ganjaran. Lepas ni kena rajinkan diri sikitlah.

  5. Pacifista

    aku malas bila jawab survey online ni selalu kena reject sebab aku bukannya responden yang diorang cari.leceh sungguh.huhu… ๐Ÿ™

  6. faizul

    tahniah atas rewards tu bro. Bagus juga ni sebab ada usaha menambahkan hasil pendapatan. Walaupun hanya RM10, bersyukurlah pada Tuhan.

    Ada yang perli kita, tapi biarkan sahaja mereka. Sapa yang rajin sahaja boleh berjaya.

  7. belum pernah cuba mysurvey ni
    nampaknya memang banyak cara nak dapat duit kat internet
    asal mahu je

    1. IN

      cuba jgn tak cuba ehhh ๐Ÿ˜€

  8. err, kena ada masa dan x malas baru boleh rajin mysurvey nih, hehe

    1. IN

      kalu yg panjang tu kawe pon sebenarnya malas dan tension ๐Ÿ˜€
      tapi rugi lak kalu dibuangkan masa pula….

  9. Wow.. nak buat juga bro.. memang betul sayang masa terbuang begitu sahaja.. bagus jawab survey..

    1. IN

      kalu selalu dok dalam kete menunggu cam kawe
      plus ada lappy dan mobile broadband…. rugi kalu tak buat ehhh ๐Ÿ˜€

      1. Kak Long Mawar Merah

        Tak pernah ada masa cam tu lah Encik Ismail. Memang baik cara tu, daripada buang masa.

  10. levelsatu

    wahh..siap dapat ayam lagi tu..

    1. IN

      boleh guna boucher tu kat Ayamas dan Pizza Hut jugak ๐Ÿ˜€

  11. Wah….baru tau yg ada survey .com.my punye

    Terbaiklah. Sambil tunggu sambil jawab survey. Cukup komisen, lepas tunggu terus sambar McD satu ๐Ÿ˜€

    Terima kasih berkongsi

    1. IN

      welcome bro..
      sama jugak kan? kalu dapat duit pun buat survey, duit tu guna beli makan gak ๐Ÿ˜€

  12. Ada juga dapat ganjaran didalam bentuk duit setiap kali menjawab kaji selidik. Baucer RM50 besar jumlahnya bro. ๐Ÿ™‚

    1. IN

      mmg ada.. tapi slow jer sbb asyik tak qualify jer.. adehhh.. Mahu menipu takut lak ๐Ÿ˜€ So, stuck jer kat USD 50++. Min payout 100.. hmmmm… Better buat yg nie ;D

  13. amirulfaiz

    Baru tahu ada cara untuk dapat makan secara menjawab survey. ๐Ÿ™‚ Makan best pula tu.

    1. IN

      kalu ada boucher ikan masam asam pedas sure lagi ramai mau cuba kot? ๐Ÿ˜€

  14. menarik tu dah penat jawab survey dapat habuan lagi, tu yang bagi orang rasa teringin nak jawab. kalau tak dapat apa2 tu rasa malas jugak nak jawab hehe

    1. IN

      yup, habuan yg membuatkan kawe konyang… burppppp…. ๐Ÿ˜€

  15. Hubby malas mau pergi KFC semenjak takde hot & spicy..kat McD pla saya makan bubur je…hehehehe

    1. Kalau pergi MCD saya akan terjah bubur juga. ๐Ÿ™‚

      1. IN

        adeh org lain cari burger kat McD… mu berdua cari bubur lak? ๐Ÿ˜‰

      2. adele

        sy pun selalu cari bubur..time ulser..hehe.

Leave a Reply to Kak Long Mawar Merah Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.