Please disable Ad Blocker before you can visit the website !!!

Tips Penjagaan Anak Kucing Yang Baru Lahir

by Zurainny Ismail   ·  12 years ago   ·  
thumbnail

anak-kucing

Dalam tempoh 4 minggu pertama hidupnya, anak kucing (‘si Comel’) amat bergantung kepada ibunya untuk hidup.  Sekiranya anda terjumpa si Comel yang baru lahir tanpa ibu kucing (mungkin ibu kucing mati, meninggalkan atau terpisah dari anak kucing, ibu kucing tidak dapat menyusukan anaknya, dll), dan anda ingin memberi peluang hidup kepada anak kucing ini, maka:

Berikut adalah tips-tips penjagaan anak kucing yang baru lahir yang disyorkan oleh mereka yang berpengalaman:

Tip Terbaik Penjagaan Kucing Comel Anda

Tip # 1

Anak kucing yang sendirian amat mudah kesejukan dan mengalami hiportermia.



Sekiranya badan si Comel sejuk, selimutkan ia dan letakkan ia pada tubuh anda untuk menaikkan suhu badan anak kucing ini. Anak kucing yang baru lahir tidak akan menggigil kesejukan, oleh itu anda hendaklah menggunakan deria sentuhan anda untuk mendapatkan kepastian.

selimut-anak-kucing

Tip # 2

Pastikan si Comel tidak mengalami dehidrasi (dehydration) atau kekeringan:

  1. Cubit dan tarik dengan lembut kulit pada belakang leher si Comel
  2. Lepaskan kulit tersebut dan sekiranya ia kembali ke asal segera, ini bermakna anak kucing ini tidak mengalami dehidrasi dan boleh diberi minum susu.
  3. Sekiranya kulit anak kucing mengambil masa lebih daripada 1 saat untuk kembali normal, ini menunjukkan yang anak kucing tersebut mengalami dehidrasi dan memerlukan bantuan doktor haiwan.  Sekiranya anda tidak dapat membawanya ke klinik haiwan, anda bolehlah membancuh minuman khas untuknya (didihkan 2 cawan air dan kemudian tambah 5 sudu kecil gula dan ¼ sudu kecil garam sehingga ia larut, masukkan dalam peti sejuk.  Apabila suam, bolehlah diberi minum si Comel menggunakan picagari/syringe, bekas botol ubat mata/eye dropper atau botol khas).
  4. Beri si Comel minum 1 – 1.5ml setiap 30 minit sehingga ia membuang air kecil.

 

botol-susu-anak-kucing

Tip # 3

Milkodog Milk
Gambar kredit kepada farmaline.co.uk

Sekiranya anak kucing  nampak sihat, berikan ia minum susu yang sesuai seperti Milkodog (jangan sekali-kali memberinya minum susu lembu!) setiap 2 jam. 

Jika tiada susu tersebut, anda juga boleh membancuh susu gantian untuknya dengan mencampurkan:

  • 4 Cawan air masak
  • ½ sudu teh baking soda
  • ½ sudu teh garam
  • 2 sudu besar gula atau madu

(Lebihan susu bolehlah diletak di dalam peti sejuk dan dipanaskan semula apabila perlu)

Atau,

  • 2 sudu besar susu sejat
  • 2 sudu besar air
  • 3 sudu besar yogurt biasa
  • 3 biji kuning telur

Apabila memberi anak kucing minum, baringkan ia pada dadanya, dudukkan atau tegakkan ia, jangan baringkan ia ke belakang seperti bayi kerana itu boleh menyebabkan ia tersedak atau lemas kerana air susu masuk ke dalam paru-paru.

Lihat video di bawah:

 

Tip # 4

Setelah selesai anak kucing menyusu, sendawakan ia dengan membaringkannya pada bahu anda dan menepuk lembut belakangnya sehingga ia sendawa.

Tip # 5

Sediakan tempat tidur untuk anak kucing anda. 

Anda boleh gunakan kotak kasut, atau bekas-bekas plastik yang sesuai.  Alaskan kotak berkenaan dengan suratkhabar lama di bahagian bawah, dan kain atau tuala lama pada bahagian atas.

Anda juga boleh gunakan stoking lama yang digunting pada bahagian tengah agar ia terbuka luas, sesuai dijadikan selimut si Comel.

Tip # 6

Anak kucing yang belum mencapai 3 minggu tidak boleh membuang air besar atau kecil sendiri. 

Selepas ia menyusu, anda perlu merangsang si Comel membuang air besar atau kecil dengan mengesat perlahan-lahan alat sulitnya dari belakang ke depan dengan kain/tisu/kapas/bebola kapas yang lembap sehingga ia membuang air atau selama 10 minit.

Selain itu, anda juga bolehlah mengusap dari atas ke bawah perut si Comel untuk membantu proses pengkumuhannya.

Sila pastikan anda sentiasa membasuh tangan sebelum dan selepas memegang anak kucing kerana ia mudah diserang penyakit.  Segala peralatan menyusu seperti botol susu, dll, mestilah telah dinyahkuman dengan air mendidih.

Apabila anak kucing ini mencapai umur 4-6 minggu, bolehlah mula memberikan ia makanan yang separa pejal.

Untuk makluman anda, anak kucing yang masih bertali pusat mungkin berumur di bawah 3 hari.  Matanya akan terbuka apabila berumur di antara 8 – 10 hari.

Sekiranya anda tidak berupaya untuk menjaga anak kucing ini, serahkan ia ke pusat penjagaan haiwan misalnya Society for the Prevention of Cruelty to Animals (SPCA).

– Tips Penjagaan Anak Kucing Yang Baru Lahir

162 Comments

  1. Wawa teluk ketapang

    Salam sister,,sye ad jumpe sekor ank kucing tercicir d blkg kebun sye,hri ni umur dia dh 3 hr..sye bg dia mnum ssu khas gune botol kucing,jam 5pg tdi sye bg mnum ssu tp mcm kluar dr hidungnye ssu tu tp dia still mnum ssu mse tu,,knpe ye? Sye bg mnum dduk n dongak kple dia ats jari sye..tali pusat dia pun blum tercabut,sya xtahu nk rawat mcm mne..boleh k sye rawat mcm baby mnusia pusat dia? Trm ksh..

  2. Efa

    Kucing saya baru melahirkan anak 5 hari yg lepas.Hari2 biasa ok saje mnum susu ibunya tetapi hari ke 5 dia byj menangis dan tidak mahu menyusu.Saya angkat dan rapatkan ke susu ibunya malangnya dia tidak mahu menyusu dan terus menangis.Mohon jawab

  3. Sara

    Assalam…hi, saya baru baca blog ni..saya ada jumpa anak kucing mungkin dalam 4 atau 5 hari,ibunya tinggalkan. Saya ada bagi susu khas kucing, dia ada kencing lepas saya lap² bontotnya tapi saya rasa anak kucing ni belum berak lagi…apa nak buat ya,..lagi satu anak kucing ni memang minum susu sikit² ya….

  4. kucing ku

    anak kucing saya dah umur 3minggu lebih dan ada 1 ekor ni susah bernafas macam ada kahak tebal ,saya nak beri ubat apa ya

  5. fiza

    fizaDecember 22, 2020#149
    kucing saya baru lahirkan anak 5 ekor. 1 ekor mati sbb lekat uri kat mulut. Keesokan hari pg mati seekor, ptg mati seekor. hari ketiga mati lagi seekor pd waktu pg. skrg tinggal seekor pun dah mula lemah. apa ptt saya buat

    1. Maria Veronica

      cara bagi susu anak kucing
      https://youtu.be/i2JHMgacf3Q

      1. Maria Veronica

        maaf salah video tadi
        ini macamana nak bagi kucing susu
        https://youtu.be/ZcuEu8a4k_M

Leave a Reply to mail Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.