Please disable Ad Blocker before you can visit the website !!!

Tips Temuduga Yang Perlu Anda Ketahui

by Ismail N   ·  9 years ago   ·  
thumbnail

Tips temuduga

Job interviews are like first dates.

Good impression count.

Awkwardness can occur.

Outcomes are unpredictable.

Proses mencari kerja biasanya ada empat peringkat utama:

  • mencari kerja-kerja kosong (job vacancy) yang diiklankan atau tidak diiklankan
  • menyenarai pendek kerja-kerja yang ingin dimohon
  • menghantar permohonan kerja
  • melalui proses temuduga (job interview)

proses mendapatkan kerja

Dalam kes-kes tertentu, kita boleh masukkan juga rundingan terma kontrak kerja sebagai sebahagian dari proses ini. Lebih-lebih lagi jika anda tidak dilindungi oleh mana-mana peruntukkan undang-undang  pekerjaan di negara ini.

Antara kesemua proses di atas, pastinya dua proses yang sering membuatkan anda rasa buntu.

  • menghantar permohonan kerja
  • melalui proses temuduga

Menghantar Permohonan Kerja

Sebelum sesuatu permohonan kerja dapat dihantar (submit), makumat diri anda dan sebab mengapa anda wajar dipertimbangakan perlu disediakan.

Dua dokumen yang akan hadir di fikiran anda pastilah:

  1. resume atau CV (curiculum vitae), dan
  2. surat lampiran (cover letter)

Jika ini tidak dapat disediakan dengan baik, maka lupakan sahaja proses seterusnya iaitu temuduga.

Namun, dalam artikel ini, kita tidak bincangkan soal penyediaan resume/cv atau cover letter di sini. Sekiranya anda berminat, anda mungkin boleh muat turun e-book ini: Rahsia Resume.

Ia berguna buat mereka-mereka yang tidak ada pengalaman menyediakan resume dan cover letter. Begitu juga buat mereka yang mahu memperbaiki lagi resume yang telah sedia ada.

Anda boleh juga mencuba menghantar permohonan kerja pada syarikat-syarikat yang tidak mengiklankan kerja kosong.

Rujuk artikel kami yang lalu:

Tips On How to Write An Application Letter When There Is No Job Vacancy.

Melalui Proses Temuduga

Bagi sesetengah orang, proses temuduga adalah satu proses yang menyeksakan.

seksa

Ia ibarat menghadapi peperiksaan yang besar seperti SPM, STPM ataupun peperiksaan akhir semester di univerisiti.

Semuanya perlu sempurna (perfect), kalau mahu berjaya!

Antara situasi yang ingin dijauhi adalah:

  • Pelbagai cabaran dan ujian (kesakitan dan sebagainya) ketika membuat persediaan
  • Terlalu ramai calon sehingga sehari suntuk anda menunggu
  • Panik ketika menghadapi temuduga
  • Tidak dapat menjawab dengan baik sehingga timbul perasaan malu yang amat sangat

job interview

Tips Temuduga Yang Wajib Anda Ketahui

Ada banyak tips temuduga yang boleh gunakan sebagai senjata bagi mencapai kejayaan semasa proses itu nanti. Yang berminat untuk mendapatkan maklumat yang lebih lengkap, anda bolehlah muat turun e-book: Panduan Lengkap Temuduga.

Namun perkara UTAMA yang perlu anda ingat adalah:

  • Anda perlu BERSEDIA secukupnya
  • Anda sentiasa TENANG sepanjang tempoh temuduga

Proses temuduga itu bermula sebaik sahaja anda masuk ke bilik temuduga dan bukannya apabila soalan pertama ditanya!

arrow

Oleh itu, PASTIKAN:

  • Penampilan anda menarik (gunakan pakaian yang sesuai)
  • Menunjukkan sikap yang positif dan bukannya seolah-olah anda terpaksa pergi ke temuduga
  • Yakin dengan diri anda
  • Bersopan
  • Memberi salam/bertanya khabar bila masuk ke dalam bilik temuduga

Semua ini akan dinilai oleh penemuduga dan ia akan membantu anda dalam proses temuduga yang seterusnya.

Ingat penemuduga adalah manusia biasa juga.

Mereka juga merasa ‘nervous‘ dan sikap anda yang positif boleh membantu menghidupkan suasana dalam bilik temuduga.

Saya telah menemuduga ramai calon-calon di tempat kerja saya. Saya dapati lebih 50% calon sering mengabaikan aspek ini. Walaupun saya tidak boleh prejudis terhadap mereka, namun kegagalan untuk bersedia pada aspek ini sedikit sebanyak bermain di fikiran saya.

Ia beri gambaran negatif tentang calon itu.

Dengan ramainya rakyat Malaysia yang menggangur zaman ini, persaingan untuk mendapatkan kerja amatlah sengit. Oleh itu, berikan perhatian pada semua perkara sebelum anda ke tempat temuduga.

MALAYSIA UNEMPLOYMENT RATE

Menghadapi Soalan-Soalan Temuduga

Bila menghadapi soalan-soalan yang dikemukakan, pastikan anda:

  • Bertenang dan berfikir sebelum menjawab agar jawapan adalah sebagaimana yang dimahukan oleh penemuduga
  • Menjawab dengan lancar dan terang serta mudah difahami
  • Mengekalkan ‘eye contact‘ agar penemuduga lebih yakin dengan anda
  • Jangan terlalu ‘defensive‘ bila menjawab soalan
  • Berikan gambaran yang positif tentang diri anda bila ada peluang
  • Kekalkan body language yang positif sepanjang temuduga.
  • Tunjukkan minat anda pada syarikat yang sedang mohon kerja itu.

interview quote

Apakah Soalan-Soalan Yang Mungkin Di Tanya?

Amnya, majikan mahu tahu samada anda punyai kelayakkan untuk menjawat jawatan yang ditawarkan.

Oleh itu, pastikan anda bersedia secukupnya menghadapi soalan berkaitan.

Misalnya: Jika anda memohon kerja sebagai pegawai sumber manusia. Pastikan anda tahu sedikit sebanyak hal-hal berkaitan sumber manusia seperti: payroll, caruman kwsp, tindakan disiplin, kontrak pekerja dan sebagainya.

job interview quote

Seterusnya dan bergantung pada jawatan yang anda pohon, anda mungkin akan ditanya soalan yang agak am dan cuba melihat keperibadian dan corak pemikiran anda.

Soalan yang popular: Bolehkah anda ceritakan mengenai diri anda?

Tolong jangan ceritakan apa yang sudah ada dalam resume anda!

Sebaliknya berikan maklumat yang penemuduga tidak tahu dan cuba gunakan soalan untuk meyakinkan penemuduga anda calon yang layak.

Jika ada pencapaian membanggakan yang pernah anda capai, inilah masa untuk meluahkannya.

Soalan bersifat peribadi.

Soalan ini perlu ditangani dengan baik oleh anda terutama bila memohon kerja swasta. Jika boleh jangan cuba minta belas ehsan dan ceritakan kesusahan hidup anda.

Ingat majikan bukan Jabatan Kebajikan!

Jawab dengan positif dan tunjukkan anda seorang yang cekal dan tidak punyai sebarang masaalah peribadi.

Soalan bersifat tricky atau memerangkap anda.

Adakalanya penemuduga akan biarkan anda bercakap dengan banyak dan kemukakan soalan yang pendek-pendek sahaja.

Harap anda jangan terlalu selesa (comfortable).

Kawal diri ya dan jangan cuba menipu.

Anda mungkin akan terperangkap nanti bila maklumat yang berikan bercanggah antara satu sama lain. Berhati-hati dan berfikir sebelum menjawab.

Kesimpulan

Untuk mendapat kerja di zaman ini bukannya mudah dan perlukan usaha yang gigih dari anda.  Setiap proses untuk mendapatkan kerja sebagaimana yang dihuraikan di atas perlu dihalusi oleh anda dan persediaan yang cukup perlu dilakukan.

Perbanyakkan membaca dan tingkatkan ilmu agar lebih bersedia bila menghadapi temuduga nanti.

Semoga anda berjaya menghadapi temuduga kerja nanti. Harapan saya, maklumat di atas adalah membantu.

Terima kasih.

15 Comments

  1. ada yang ambil mudah je bab interview ni. thanks kongsi tips

  2. Dalam masa yang sama calon boleh menilai budaya kerja dalam di tempat kerja tersebut.

    Saya pernah melalui temuduga di sebuah syarikat konsultan dengan imej akaun dan audit dan mendapati syarikat tersebut menjadi perunding untuk lesen minuman keras.

    Saya ditawarkan jawatan tersebut tapi menolaknya dan dalam masa sama mendapat tawaran di tempat yang lebih baik.

  3. terima kasih sangat berguna

    1. Terima kasih. Tak sia-sia usaha kalau ia membantu..

  4. Tq sharing ni.. Sgt berguna

    1. Terima kasih. Pls share ya..

  5. dah lama juga aku tak pi temuduga. hoho..

  6. tips yang anda kongsikan memang bermanfaat.. setiap majikan ada cara yang tersendiri, ada yang lemah lembut ada juga yang kasar.. Paling penting kena ada persediaan menyeluruh..

    1. Ya. Persediaan menyeluruh adalah perlu sebelum menghadapi temuduga.

  7. muliani

    antara tips yg menarik. TQ

  8. Saya sering mengalami kesulitan ketika hendak temuduga. Tips Anda sangat bermanfaat bagi saya. Mungkin saya akan mencobanya nanti. Terimakasih.

  9. Saya telah melalui beberapa kali temuduga untuk mendapatkan pekerjaan. Setiap majikan ada cara tersendiri dan “expectations” tersendiri. Oleh itu memang persediaan menyeluruh amat penting. Saya juga berhasrat untuk menulis satu entri tentang mendapatkan kerja sebegini. Info sangat baik bro.

    1. Ya, bagus kongsikan pengalaman bro di blog. Pasti ramai yang dapat menafaat darinya.

Leave a Reply to olie Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.