Please disable Ad Blocker before you can visit the website !!!

Permainan LEGO Paling Murah

by Ismail N   ·  12 years ago  
thumbnail

LEGO-Termurah

Anak-anak saya amat sukakan LEGO. Ada pelbagai koleksi LEGO mereka di rumah dan yang paling mereka suka adalah LEGO Kingdom. Ia adalah permainan yang mengasyikan dan membina kreativiti dan menggalakkan anak-anak berfikir. Bapa-bapa pun adakalanya tumpang sekaki main 😀 Biasalah zaman bapa-bapa dulu asyik main permainan buatan sendiri yang dibuat dari kayu-kayu, kertas dan tumbuh-tumbuhan.

Maka, bila tengok permainan seperti LEGO ini, tentulah teruja hendak cuba sekali.

LEGO Ciplak

Cuma masaalah dengan permainan LEGO ini adalah harganya yang begitu MAHAL sekali. Satu kotak LEGO dengan 10 mini-fig + satu bangunan boleh mencecah lebih RM 250. Itu belum kotak yang lebih besar lagi. Harganya tentu meletup lagi. Namun, kalau anda hendak “save budget”, mungkin anda berminat hendak cuba LEGO ciplak yang jauh lebih murah.

Harganya cuma 10% hingga 25% dari harga LEGO sebenar.

Rupanya pula hampir serupa dengan yang ori. Lihat sahaja bagaimana saya memasangnya di bawah:

LEGO-Paling-Murah

Pelbagai Jenama LEGO Murah

Terdapat pelbagai jenama LEGO ciplak ni yang semuanya dibuat di  “You Know Where”. Harga bagi kotak di atas ini adalah RM 10 sahaja. Jika yang ori, kotak sebegini biasanya dijual pada harga RM 40 hingga RM 60. Kotak-kotak yang besar pula dijual sekitar RM 30 hingga RM 100.

Rasanya, tiada yang melebihi RM 200 berbanding LEGO ori yang boleh mencecah sehingga RM 1000.

Rupanya dan saiz agak sama  dengan LEGO ori. Malah, ia boleh disambung dan dimainkan bersama LEGO yang ori. Mungkin jika diperhatikan dengan dekat kualiti kedua-duanya dapat dibezakan. Namun, dari jauh, saya tak rasa ada yang dapat cam kan. Hebat bukan?

LEGO-Paling-Murah2

LEGO-Paling-Murah3

LEGO-Paling-Murah4

LEGO-Paling-Murah5

Di Mana LEGO Paling Murah Ini Di Jual?

Saya tidak tahu jika ia dijual di tempat-tempat lain. Di Kota Kinabalu, kedai yang menjualnya pun agak berTAPUK (tersembunyi) dari pandangan umum. Saya jumpa pun secara tidak sengaja ketika melarikan diri dari hujan lebat di kawasan tersebut. Saya belikan dua kotak untuk anak-anak saya. Mereka kurang berminat kerana ia bukan karakter yang mereka mahu, akan tetapi mereka tetap simpan dan mainkan bersama yang lain. Boleh juga buat tambah-tambah kan?

Permainan LEGO Paling Murah

44 Comments

  1. Neskopee

    eh mana mo cari tu kadai sekarang? The very place u bought these lego-ciplak.
    I’m from KK too.

    1. Dkt dgn Austral park di Kepayan Ridge di building commercial yg baru tu. Lupa namanya. Cuma not sure ada lagi tak kedainya.

  2. nicanderstevenfu

    barapa y harga lego mau belik si tp tanya harganya dulu ,kalau ada diskon mau belik kalau tak ada pun tak apa asalkan murah aja si,dan di mana tempatnya

  3. ruby

    kami ada jual lego dengan harga paling rendah. RM45 untuk 6 kotak(1.mini truck construction, 2.race car, 3.star battleront star warrior,4. tip lorry, 5.helicopter, 6.advance navvy) berserta 1 beg box besar untuk 6 kotak tersebut. promosi available until stock sold out
    contact sy difacebook
    https://www.facebook.com/RubyTryToGetStar

  4. alex

    As salam,

    boleh share ke LEGo tu brand apa? nak cari jgk yg murah ni..tak mampu nak beli LEGO ori..mahal sangat..
    TQ

  5. A

    aku macam tak percaya

  6. bEe

    Haaiiisshhh
    Anak bEe takleh main lego nnt mahu dia taburkan seluruh umah pastu sorok. Sudahnya tak dpt cari (mungkin masa pindah umah baru menjumpai brg2 yg hilang :-P)

  7. levelsatu

    biasa main yang lego murah tu. lego jenis ni mahal la..

  8. Malaysia Travel Blog

    Lama tidak nampak itu word ‘berTAPUK’ hehehehe

  9. Pacifista

    perghh…nostalgia sungguh lego ni 😀

  10. Khidhir

    ohh.. lego pun ada tiruan eh..

  11. memang dari dulu aku suka main lego nih. haha..

  12. suri

    tahun ni dan akan dtg mmg saya hajat nak beli lego.paling penting bermutuh dan lekat tapak2 dia.dah kena skli beli tak lekat pas ni nak bli kena cuba cek try betul2..

    ikutkan harga lego ori mmg mahal hee…

Comments are closed.