Please disable Ad Blocker before you can visit the website !!!

Tips Dan Panduan Menyediakan Resume Yang Berkesan

by Ismail N   ·  8 years ago   ·  
thumbnail

resume cv
Bekas CEO Porsche, Peter Schutz pernah berkata “Hire character. Train skill“. Maknanya sikap dan keperibadian setiap individu itu adalah lebih penting dari kemahiran yang dimilikinya. Zaman di mana ‘paper qualification‘ atau kelayakan atas kertas kini sudah berakhir. Saingan bagi mendapatkan pekerjaan amat sengit dan anda perlu tunjukkan yang anda mempunyai ciri-ciri pekerja yang produktif dan berketrampilan yang dicari-cari oleh majikan.

evaluation

Oleh itu, setiap langkah yang ambil bagi mendapatkan pekerjaan amat penting dan wajar diberi perhatian serius. Ini termasuklah langkah awal seperti menyediakan resume atau CV yang boleh memikat majikan untuk menyenarai pendek anda untuk temuduga.

KENALPASTI KELEBIHAN DAN KEKUATAN ANDA

Banyak calon yang tidak tahu apa kelebihan dan kekuatan mereka. Lebih bermasalah lagi apabila mereka tidak mahu ambil tahu akan hal ini.

If you fail to plan, you plan to failBenjamin Franklin

Rancang dan kaji dahulu akan kelebihan serta kekuatan anda. Bina resume/CV anda berasaskan kelebihan itu. Jika ianya tidak cukup kuat, kuatkan lagi dengan mengambil kursus tambahan atau sijil-sijil yang relevan.

PERINGATAN!

Jangan sekali-kali memohon kerja yang tidak relevan atau berkenaan dengan kelayakan anda. Amat membuang masa dan merugikan kos. Kebanyakan syarikat, terutama yang berprestij akan menapis setiap permohonan.

Oleh kerana terdapat ramai yang masih tercari-cari kerja dewasa ini, maka amat besar keberangkalian yang permohonan anda tidak diterima di peringkat ini lagi.

head scratch

HIGHLIGHT KELEBIHAN ANDA DAN SEMBUNYIKAN YANG TIDAK PENTING

Jika anda berminat membina kerjaya dalam bidang yang anda benar-benar minati, maka beri tumpuan ke arah itu.

CONTOHNYA:

Jika anda minat dalam kerjaya pentadbiran dan sumber manusia, pastikan anda ikuti kursus yang relevan dan buat kajian terperinci mengenainya.  Bina surat iringan (cover letter) yang menunjukkan anda tahu tentang bidang ini dan berminat untuk membina kerjaya dalam bidang ini.

Antara yang perlu ditunjukkan:

  • Pengetahuan dalam undang-undang buruh
  • Pengetahuan dalam skop kerja pentadbiran dan sumber manusia.
  • Kefasihan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.
  • Kebolehan berkomunikasi dengan baik
  • Punyai personaliti yang menarik
  • Dan sebagainya

STRAIGHT TO THE POINT!

Ada yang suka menghantar resume/CV yang berwarna-warni dan penuh dengan gambar-gambar yang tidak relevan. Sebagai Pengurus Sumber Manusia, saya biasanya tidak beri perhatian kepada perkara sedemikian kecualilah jika jawatan yang dipohon adalah pereka grafik dan sebagainya.

seksa

Anda juga tidak perlu isikanya terlalu panjang berjela-jela.

Cuma berikan yang relevan sahaja.

Contohnya: Jika anda sudah ada Ijazah Sarjana Muda, maka tidak perlu lagi berikan maklumat mengenai peperiksaan UPSR atau PMR anda.

ochhh

Begitu juga dengan sijil menjahit, sijil buat kuih dan apa-apa yang tidak relevan dengan jawatan yang anda pohon. Apabila anda hantar sijil-sijil atau maklumat yang tidak relevan ia menyebabkan maklumat penting jadi tersembunyi dan beri persepsi pada majikan yang anda tidak faham akan tugasan bagi jawatan yang dipohon itu.

yes

BERSUNGGUH-SUNGGUH

  • Jangan hantar resume yang tidak kemas.
  • Jangan hantar resume yang tidak lengkap.
  • Jangan hantar resume tanpa sijil-sijil yang relevan.
  • Jangan guna ayat-ayat meminta simpati, klise atau sekadar melepas batuk di tangga.
  • Hantar resume bersama gambar terbaru dan salinan kad pengenalan anda.
  • Hantar gambar yang menarik dan menunjukkan sikap yang matang dan professional (pakai kot dan tie jika perlu semasa bergambar).
  • Letakkan nombor telefon yang mudah dihubungi oleh majikan.

Perkara ini adakala dipandang remeh oleh pemohon-pemohon. Namun, bagi saya, ia menunjukkan karektor anda. Sifat bersungguh-sungguh ini juga perlu dikekalkan apabila tiba waktu temuduga nanti.

Sekali lagi saya ingatkan: “Hire character. Train skill“.

Semoga panduan ini memberi sedikit menafaat buat anda. Semoga berjaya beroleh pekerjaan dan berjaya dalam kerjaya anda nanti.

4 Comments

  1. Nas

    Panduan yang berguna untuk pelajar. Terima kasih atas perkongsian.

    1. Terima kasih Cikgu Nas. Ini cuma sedikit tips berkenaan penyediaan resume yg dpt dikongsi, berdasarkan pembacaan dan pengalaman kami. Semoga dapat membantu para pembaca mendapat pekerjaan yang diidamkan. Insyallah, jika ada tips2 lain, akan kami kongsi lagi di sini.

  2. Sangat penting dapat menulis resume dengan baik.

    1. Ya, sangat penting.

Leave a Reply to Ismail N Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.