Please disable Ad Blocker before you can visit the website !!!

Undang-Undang Buruh – Kontrak Pekerjaan

by Ismail N   ·  13 years ago   ·  
thumbnail

Undang-Undang-Buruh Di Malaysia

Undang-undang buruh/undang-undang pekerjaan digubal bagi tujuan menjaga kebajikan pekerja. Maka dengan itu ia hanya terpakai kepada pekerja. Mereka yang berkerja sendiri dan mana-mana individu yang bukan pekerja tidak dilindungi di bawah undang-undang ini.

Mereka yang diketegorikan sebagai PEKERJA diambil berkerja dibawah KONTRAK PEKERJAAN atau juga dikenali sebagai CONTRACT OF SERVICE.

Adakalanya amat sukar untuk membezakan sama ada individu-individu itu adalah pekerja di bawah contract of service atau hanya melakukan tugasan spesifik di bawah CONTRACT FOR SERVICES.

Contract Of Service Dan Contract For Services

Sekiranya sebuah syarikat “outsource” sebuah syarikat lain untuk menjalankan tugas membersih misalnya, adalah mudah bagi kita mengatakan syarikat yang diupah itu adalah kontraktor yang diupah di bawah Contract For Services (Kontrak UNTUK perkhidmatan) bagi khidmat yang dilakukan itu.

Namun, jika syarikat anda mengupah seorang individu (seorang makcik misalnya) untuk membersihkan pejabat anda dengan niat tidak menjadikan dia pekerja di syarikat anda, maka perbezaan ini amat sukar dilihat oleh orang-orang luar yang pasti memikirkan makcik tersebut adalah pekerja di syarikat anda.

Lebih-lebih lagi jika beliau diambil agak lama dan secara berterusan.

Mereka yang diupah secara Contract For Services adalah KONTRAKTOR yang menjalankan tugas bagi tugas spesifik dan dibayar bayaran bagi tugasan itu sahaja.

Kontraktor adalah satu jenis perniagaan. Kontraktor tak bermakna ianya sebuah syarikat atau firma sahaja. Individu juga boleh menjadi kontraktor jika dia memilih untuk berkerja sendiri (self-employed) dan menerima tugasan spesifik di bawah Contract For Services.

Individu sebegini TIDAK MENERIMA sebarang faedah yang diperuntukan di bawah Undang-Undang Buruh atau Akta Kerja 1955 kecuali pada Bahagian VII Akta Kerja 1955 yang berkaitan dengan tanggungan prinsipal dan kontraktor untuk upah.

Bagaimana membezakan suatu Contract of Service dengan Contract For Services?

Dalam menentukan status pekerja, mahkamah biasanya akan melihat beberapa faktor dan meletakkan beberapa ujian.

Dalam kes Hoh Kian Ngan v Mahkamah Perusahaan Malayisa & Anor [1996] 3 AMR 3693; [1996] 4 CLJ 687, Mahkamah Persekutuan menyatakan:

In all cases where it becomes necessary to determine whether a contract is one of service of for services, the degree of control which an employer exercises over a claimant is an important factor, although it may not be the sole criterion. The terms of the contract between the parties must, therefore, first be ascertained. Where this is in writing, the task is to interpret its terms in order to determine the nature of the latter’s duties and functions. Where it is not then its terms must be established and construed. But in the vast majority of cases, there are facts which go to the nature, degree and extent of control. These include, but are not confined to, the conduct of the parties’ at all relevant times. Their determination is a question of fact. When all the features of the engagement have been identified, it becomes necessary to determine whether the contract falls into one category or the other, that is to say, whether it is a contract of service or a contract for services”.

Dalam kata lain persoalan ini adalah persoalan yang agak subjektif dan mahkamah akan melihat fakta-fakta yang berada dihadapan mahkamah sebelum membuat keputusan sama ada sesuatu kontrak itu adalah contract of service atau contract for services.

Antara soalan-soalan yang biasanya dikaji oleh mahkamah termasuklah:

  • Sama ada majikan mempunyai kawalan (control) terhadap masa, cara dan individu yang menjalankan kerja. Lebih besar kawalan, maka lebih tinggi kebarangkalian yang mereka diupah di bawah contract of service.
  • Sama ada majikan menyediakan peralatan, bahan mentah dan kelengkapan secukupnya bagi kerja-kerja itu dijalankan. Biasanya (tetapi tidak semestinya) kontraktor yang akan menyediakan sendiri barang-barang dan kelengkapan.
  • Bagaimana upah dibayar? Adakah secara tetap dan banyak kali atau selepas tamatnya kerja? Adakah pihak-pihak yang menjalankan kerja perlu menghantar invois bagi kerja-kerja yang dijalankan? Penghantaran invois boleh menjadi bukti bahawa tugasan itu merupakan suatu contract for services.
  • Adakah caruman-caruman wajib (statutory contributions) dibuat seperti kepada KWSP atau PERKESO? Harus diingat yang hanya pekerja-pekerja sahaja dan bukan kontraktor yang wajib dicarum.
  • Adakah terdapat kontrak bertulis? Jika ada, apakah terma-terma yang dinyatakan? Terma-terma dalam kontrak biasanya dapat menjelaskan dengan lebih jelas status mereka.
  • Adakah mereka yang melakukan tugasan wajib mengikuti aturan syarikat yang mengupah mereka? Pekerja biasanya wajib mengikuti aturan syarikat seperti memakai uniform dan mematuhi waktu bekerja, manakala kontraktor tidak.

 

Walaupun ujian-ujian tersebut tidak “conclusive” dan perlu dilihat secara menyeluruh, namun ia dapat membantu mahkamah dalam membuat penilaian dan menentukan status individu-individu terbabit.

 

Rujukan:

  1. Akta Kerja 1955
  2. Q&A on Labour Laws In MalaysiaLatiff Sher Mohamed
  3. Malaysia Industrial Relations And Employment Law (4th Edition)Maimunah Aminuddin

 

Kemaskini: 22hb Julai 2020.

83 Comments

  1. KHAIRUL BIN ANUAR

    Assalamualaikom….sy nak tanya mase mule2 kerje sy hanya isi borang kerje sahaja.dan di borong tersebut hanya isi name,no ic dan alamat rumah tempat tinggal sy..,dan sy dah berkeje hampir dua bulan…dan sy kerje di kilang bahagian kontrek..gaji hari di bayar tiap2 ujung bulan…so berapa hari kah sy perlu bagi notis untuk berhenti kerje?

  2. John

    Salam ..sy sign kontrak dgn majikan selama 6 Bulan untuk bkerja BG menggantikan seorng individu dsebabkn cuti bersalin..slepas 3 Bulan bkerja individu tersbut kembali bekerja semula. bru 4 Bulan sy bekerja Tanpa notis apa2,Terus majikan suruh sy berhenti DLM tempoh seminggutanpa diberi notis..sdngkn Masih DLM kontrak.apa perlu sy bt

  3. liza

    1.dlm offer letter sy, ada menyebut saya contract akan tamat pada 30/5/2023. adakah sy perlu membuat surat perletakan jawatan tamat contract, jika sy tak mahu meneruskan contract atau majikan yg memberi notis tamat contract pd sy.
    2. selama tempoh 1 tahun saya tidak diberikan cuti tahunan atas alasan saya masih di dalam contract.

  4. Kasih

    Assalamualaikum. Saya nak bertanya. Apa pandangan tuan, Jika seseorang itu bekerja status kontrak dengan gaji RM500 sebulan, ditolak kwsp, perkeso dan cukai. Tidak diberi cuti tahunan dan tiada faedah perubatan. Waktu kerjanya lima hari seminggu dan setengah hari pada hari sabtu. Kebergantungannya kepada komisyen semata-mata. Adakah dia tidak layak untuk menikmati dasar gaji minima?

Leave a Reply to arisa Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.