Please disable Ad Blocker before you can visit the website !!!

Penamatan Kontrak Kerja

by Ismail N   ·  11 years ago   ·  
thumbnail

Penamatan Kontrak Kerja

Dalam artikel-artikel yang lepas, telah banyak kali saya jelaskan bahawa hubungan dan tanggungan pekerja dan majikan adalah terkandung dalam kontrak yang di masuki oleh mereka. Dalam kata lain, hubungan mereka adalah hubungan kontrak (contractual relationship). Maka, undang-undang kontrak sangat terpakai dan terma-terma kontrak pekerjaan perlu dirujuk setiap kali ada pertikaian.

Namun, terdapat juga undang-undang yang secara spesifik merujuk kepada tanggungjawab pekerja dan majikan dan ia perlu dipatuhi atau terma kontrak yang bertentangan itu akan terbatal.

Anda boleh rujuk artikel-artikel lepas bagi mengetahui lebih lanjut akan hal ini. Untuk melihat senarai artikel di bawah topik undang-undang buruh yang telah ditulis di blog ini, sila KLIK DI SINI.

Memandangkan hubungan pekerja dan majikan adalah hubungan secara kontrak, maka bila terputusnya hubungan ke dua-dua pihak ini, maka kita sebutkan sebagai “Penamatan Kontrak Kerja”.

Bezakan juga penamatan kontrak dengan “Pembatalan Kontrak”. Ini dihuraikan  dalam artikel undang-undang kontrak.

Secara ringkasnya, kontrak yang batal ialah kontrak yang tidak boleh dikuatkuasakan, manakala kontrak yang ditamatkan adalah kontrak yang telah berkuatkuasa dan ditamatkan oleh pihak-pihak kepada kontrak atas sebab-sebab tertentu.



Bagaimana Kontrak Kerja Di Tamatkan?

Umumnya bila ditanya soalan di atas, ramai pekerja cuma terfikirkan:-

  1. Hal pembuangan kerja oleh majikan, dan
  2. Notis berhenti kerja oleh pekerja.

Memang ia adalah sebab utama dan banyak kes penamatan kontrak kerja adalah berkisar kepada dua sebab ini. Namun, terdapat sebab-sebab lain kontrak kerja boleh ditamatkan.

Antara sebab-sebab itu termasuklah:-

  • Pesaraan pekerja sebagaimana yang disebut dalam kontrak kerja
  • Kematian
  • Tamatnya tempoh kontrak yang tetap (fixed period)
  • Kecewaan Kontrak (Frustration Of Contract)
  • Sakit yang tidak boleh bekerja lagi
  • Pembubaran Perniagaan

Sebab-sebab yang lain tidak banyak diperbincangkan kerana ia agak ‘straight forward’ dan mudah difahami. Tidak wujud sangat pertikaian akibat penamatan kontrak secara sebegini. Namu, apabila kontrak di tamatkan atas sebab pembuangan kerja atau notis, maka banyak isu akan timbul.

Pertikaian biasanya akan membawa ke Aduan Pada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan seterusnya kes di dengar di Mahkamah Perindustrian.

Notis Penamatan Kerja

Notis penamatan kerja dari pekerja kepada majikan dan majikan kepada pekerja biasanya di sebut dalam kontrak kerja.

Bagi pekerja yang dilindungi Akta Kerja, peruntukkan mengenai notis berhenti kerja ada di sebut pada Seksyen 12 Akta Kerja 1955.

penamatan kontrak kerja

Dua perkara penting yang dinyatakan dalam seksyen ini adalah:-

  1. Tempoh notis hendaklah sama bagi pekerja dan majikan. Jika tempoh ini tidak dinyatakan dalam kontrak, maka tempohnya adalah sebagaimana yang disebut di bawah Seksyen 12.
  2. Mana-mana pihak boleh ‘waive’ atau melepaskan haknya terhadap notis yang perlu diberi.

Tempoh Notis

Notis yang diberi hendaklah secara bertulis dan tempoh notis adalah dikira dari tarikh ia diberikan. Penamatan kontrak tanpa notis hendaklah digantikan bayaran yang sama nilai dengan tempoh notis.

Sebaik sahaja pekerja memberikan notis untuk berhenti kerja, ianya tidak boleh ditarik balik kecuali dengan persetujuan majikan.

tanpa notis

Seksyen 12 (3):

notis must written

Nota: Biarpun penamatan kontrak dengan notis dibenarkan oleh undang-undang, namun ia cuma tepat bagi maksud notis oleh pekerja sahaja.

Majikan dalam memberikan notis behenti kepada pekerja perlulah melakukannya atas sebab-sebab tertentu seperti salah laku oleh pekerja.

Penamatan Kontrak Atas Salah Laku

Majikan boleh menamatkan kontrak kerja pekerja jika didapati pekerja salah laku. Peruntukkan berkaitan adalah pada Seksyen 14 Akta Kerja 1955.

Namun, sebelum tindakan sebegini di buat oleh majikan, satu siasatan perlu dilakukan terlebih dahulu dan pekerja hendaklah diberi peluang untuk membela dirinya.

penamatan kontrak salah laku

Penamatan Kontrak Atas Prestasi Kerja Yang Tidak Bagus

Majikan boleh menamatkan kontrak pekerja atas alasan prestasi kerja yang tidak memuaskan dengan syarat pekerja telah di maklumkan mengenai prestai kerja yang tidak memuaskan itu dan diberi peluang secukupnya untuk memperbaiki prestasi kerja nya.

Majikan juga telah mengambil langkah-langkah yang munsabah untuk membantu meningkatkan prestasi kerja, namun pekerja masih gagal memperbaiki prestasinya.



Penamatan Kontrak Akibat Pemecahan Kontrak

Pemecahan Kontrak berlaku apabila pekerja atau majikan telah melanggari terma-terma utama dalam kontrak mereka. Akta Kerja 1955 mengariskan beberapa perkara yang boleh di sifatkan sebagai pemecahan kontrak (deemed to have broken his contract of service) dan ini termasuklah:-

  1. Majikan tidak membayar gaji mengikut tempoh yang dijanjikan (Rujuk artikel: Upah Atau Gaji)
  2. Pekerja tidak hadir ke kerja dua atau lebih hari tanpa alasan yang munsabah (Rujuk artikel : Akibat Ponteng Kerja)
  3. Majikan mengubah terma kontrak dengan memasukkan terma yang berat sebelah tanpa persetujuan pekerja.

contract is broken

Perlu dingatkan kepada  semua bahawa isu berkaitan Penamatan Kontrak Kerja ini amatlah luas. Rujukan kepada kes-kes Mahkamah Perindustrian juga perlu bagi mendapat tafsiran yang lebih tepat pada peruntukkan Akta.

Walaupun undang-undang membenarkan penamatan kontrak menerusi pelbagai cara, namun fakta-fakta sampingan akan diambil oleh Mahkamah dalam menentukan keadilan telah di capai bagi kedua-dua pihak.

Contohnya: Fakta bahawa pekerja ditangkap polis dan dalam waktu kerja bukanlah bukti kukuh untuk mensabitkan pekerja atas salah laku dan ditamatkan perkhidmatannya. Hal-hal ini akan diterangkan lebih lanjut dalam artikel-artikel akan datang insya-allah..

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca artikel di blog ini.

 

222 Comments

  1. Zihan

    Tempoh kontrak saya telah tamat pada 18/5/2021 tapi saya masih datang bekerja. Akan tetap sehingga hari ini hr masih belum keluarkan kontrak baru walaupun sudah berkali2 saya ajukan dan bukan saya sahaja tetap juga rakan sekerja saya. Bagaimana saya boleh kendalikan isu ini agar kontrak baru di keluarkan dengan segera sebab bila kami tanya pada hr jawapannya cuma “nanti” tiada tarikh yang jelas.

  2. Lisa

    Hi! Saya nak tanya! Boleh ke jika mereka menambah protocol baru sedangkan dalam kontrak saya tidak sebut perkara mengenai itu?

    Contohnya, waktu bekerja saya dalam kontrak adalah flexible untuk setiap hari yang penting 8 jam. Tetapi protocol baru mereka buat adalah pecahan syif malam dan syif pagi.

    1. HRM

      Bergantung kepada keseluruhan terma kontrak. Biasanya di dalam kontrak kerja akan ada diletakkan ‘majikan mempunyai budibicara utk mengubah waktu kerja mengikut keperluan operasi syarikat’ dan sebagainya. Kami syorkan anda mendapatkan nasihat pihak JTK dgn membawa bersama salinan kontrak kerja anda utk rujukan mereka.

  3. Ifa

    Assalamualaikum. Saya ingin penjelasan. Saya baru sahaja bekerja di sebuah syarikat. Syarikat ini menyatakan kontrak selama 3 tahun. Saya baru berkhidmat selama 2 bulan. Jika saya ingin berhenti kerja adakah saya masih sangkut dengan kontrak itu? Atau saya boleh sahaja berhenti kerja di syarikat tersebut?

    1. Huda syamimi

      Hi, saya mau tanya, saya beri notis berhenti kerja dan saya telah dapat satu e-mail yang menyatakan saya perlu membayar sejumlah wang yang bernilai yg letah ditetapkan akibat saya melanggar kontrak . Adakah saya perlu membayarnya?

  4. nur

    Saya dimaklumkan oleh pihak HR, syarikat akan menamatkan kontrak sy pada hujung bulan ini sedangkan jika ikut kontrak, tarikh akhir kontrak sy ialah Feb 2021..apakah yang boleh sy lakukan?

    1. Faiz

      Sy bru hbis kontrak lama dan di terima balik dalam kontrak baru dan di naikkan pangkat..sy bru berkerja 1bulan 10 hari dh di beri notis berhenti kerja tanpa sbb yg jelas dan menuduh sy menghasut perkerja cuti serentak tanpa bukti… Ap yg ptut sy buat

      1. HRM

        En Faiz, anda blh mendapatkan nasihat drpd pihak JTK terlebih dahulu atau terus ke Jabatan Perhubungan Perusahaan utk memfailkan representasi jika anda ingin mempertikaikan pemecatan tersebut dan dikembalikan ke jawatan asal.

    2. HRM

      Cik Nur,
      Anda blh:
      1. Bersetuju dgn penamatan kontrak dan meminta bayaran ganti notis (rujuk terma kontrak ttg notis) dan faedah penamatan kerja (jika berkaitan).
      2. Mendptkan nasihat yg lebih terperinci drpd pihak JTK krn.mereka blh meneliti kontrak kerja saudari & fakta2 lain yg berkaitan.

  5. chedz

    assalamualaikum, mintak pencerahan, tarikh kontrak saya akan tamat pada harini..dan tiada ape2 maklumat dr pihak syarikat.. adakah saya perlu datang kerja pada hari akan dtg atau duduk di rumah?

    1. HRM

      Wa’alaikumsalam. Sudahkah anda bertanya dgn majikan?

  6. Zeref

    Hi. Sy telah menghantar notis berhenti kerja 1 bulan dan HR telah menerima notis tersebut walaupun di dalam letter confirmation sy perlu menyerahkan notis 2 bulan. Setelah berhenti kerja sy telah menerima notis tuntutan ganti dari majikan yang menyatakan sy perlu membayar ganti rugi kerana memberi notis 1 bulan sahaja. Gaji sy di bawah RM2000 dan sy telah bekerja selama setahun lebih. Adakah terma2 di dalam letter confirmation sy itu masih terpakai? Thank you

    1. HRM

      Ya, jika letter confirmation menyatakan notis 2 bulan utk kedua2 pihak, maka ia terpakai. Tuan berkewajipan utk membayar ganti notis.

  7. Flee

    Kontrak sy tamat pada 24 sep 2020. sy akan berkerja sampai tarikh akhir kontrak. notis penamatan kontrak adalah 30 hari. sy telah ditawarkan kontrak sambungan tapi sy akan menolaknya atas sebab habis kontrak + menerima pekerjaan baru. kalau sy bagi notis penamatan perkhidmatan untuk majikan just to inform majikan, walaupun sy kerja sampai akhir kontrak, adakah tindakan ini dikira resign?

    1. HRM

      Bergantung dgn ayat2 yg anda gunakan dlm surat itu. Kami syorkan:
      1. oleh krn anda bersedia utk meneruskan perkhidmatan dgn majikan sehingga tarikh terakhir kontrak tersebut, iaitu 24.9.2020, maka tidak perlu bagi notis penamatan perkhidmatan.
      2. sebaliknya tulis surat jawapan kpd tawaran kontrak sambungan drpd majikan. Nyatakan bhw anda berterima kasih atas tawaran yg diberikan tetapi dukacita tidak dpt menerima tawaran perlanjutan/pembaharuan kontrak disebabkan anda telah mendapat tawaran pekerjaan yg baru. Nyatakan juga bahawa tarikh akhir perkhidmatan anda adalah pd akhir kontrak tersebut isitu 24 Sept, oleh itu anda akan menghabiskan baki cuti tahunan (sekiranya ada).

      Sementara itu, jaga hubungan baik dgn majikan ini. Teruskan berkhidmat dgn baik. Tinggalkan good impressions.

  8. tasya

    Saya telah di tamatkan perkhidmatan selepas 3 bulan . Surat pelantikan sudah tertulis tempoh percubaan adalah 3 bulan iaitu dari 3/3/20 – 2/6/20 . Seminggu sebelum tamat tempoh percubaan syarikat telah memanggil saya untuk memberitahu bahawa tempoh percubaan saya akan di tamatkan pada 2/6/20 tanpa mengeluarkan apa-apa surat .
    Saya ada meminta pihak majikan mengeluarkan surat tapi majikan tidak mengeluarkan surat tersebut . boleh bantu saya . Apa langkah yang harus sy lakukan ?

    1. HRM

      Sungguhpun saudari seorang probationer, saudari tetap mempunyai hak untuk mengetahui sebab tidak disahkan dlm jawatan. Sila rujuk artikel kami : https://dululainsekaranglain.com/undang-undang/tempoh-percubaan-dan-pengesahan-dalam-jawatan
      Sememangnya majikan mempunyai hak utk tidak mengesahkan jawatan saudari, dan menamatkan tempoh percubaan. Namun begitu, penamatan tempoh percubaan mesti dilakukan dengan adil dan mengikut proses yg disyorkan oleh mahkamah perusahaan dan undang2. Pernahkah saudari dimaklumkan berkenaan pencapaian kerja yg tidak memuaskan, diberi kaunseling atau latihan? Pernahkah saudari mendapat surat amaran daripada majikan?
      Kami syorkan saudari mendapatkan nasihat drpd pihak JTK. Selain itu, cari juga kerja lain sebagai persediaan.

  9. Rae

    Sy ditawarkan jawatan sebagai seorang kerani akaun di Syarikat xxx, surat tawaran pekerjaan yang bertarikh 3 Januari 2020 menetapkan tempoh percubaan selama tiga bulan dan selepas disahkan jawatan sy akani berhak mendapat cuti tahunan selama 20 hari setahun dan kenaikan gaji sebanyak RM250 sebulan. Selepas tempoh percubaan tamat pada 31 Mac 2020, Sy tidak menerima surat pengesahan jawatan dan tidak juga ditamatkan perkhidmatannya. Gaji sy tidak dinaikkan. Tetapi cuti tahunan sebagaimana yang dinikmati oleh pekerja tetap sy dpt sama macam mereka. Sy keliru mengenai taraf sy sebagai pekerja di syarikat ini. Apa yang boleh sy buat. Adakah sy blh buat aduan?

    1. HRM

      Ini bergantung kpd terma kontrak kerja anda. Amnya, selagi belum disahkan jawatan secara rasmi, seorang probationer masih dlm tempoh percubaan. Sila rujuk artikel kami memngenai probationer : https://dululainsekaranglain.com/undang-undang/tempoh-percubaan-dan-pengesahan-dalam-jawatan

      Walau bagaimanapun, jika kontrak kerja/ surat perlantikan menyatakan dgn jelas yg anda x berhak menggunakan cuti tahunan sebelum disahkan jawatan, maka tindakan majikan membenarkan anda mengambil cuti tahunan mungkin boleh dianggap suatu pengesahan jawatan. Apabila telah disahkan jawatan, kontrak anda tidak boleh ditamatkan dgn sewenang-wenangnya.

      Kami syorkan anda berbincang dulu dgn pihak HR dan sekiranya memerlukan nasihat lanjut, anda boleh bertanya dgn pihak JTK.

      Sementara itu, anda dijemput membaca artikel kami : https://dululainsekaranglain.com/human-resources/tips-cemerlang-semasa-tempoh-percubaan-probationary-period

      1. Nurul Fatin Shafiqah binti Anoor Batcha

        Hi nak tanya, sy menerima email yg menyatakan sy akan ditamatkan perkhidmatan pada 31/12/2020. Tetapi email yg sy terima adalah pada 25/12, dan surat penamatan kontrak adalah 1/12 (backdated). Sy reply email tersebut dengan mengatakan bahawa, jika termaktub dalam employment aggreement seperti yg ditanda tangani oleh sy dan majikan (pada awal mula bekerja), tempoh notis pemberhentian yang perlu diberikan kpd pekerja oleh majikan adalah 1 bulan.
        Sekarang ni, majikan reply balik email sy dan berikan surat penamatan perkhidmatan dengan tarikh yg terbaru, iaitu sy perlu menamatkan perkhidmatan sy 29/1/2021 (sebulan dr sekarang). Dan majikan menyatakan bahawa email dan surat sebelum ni ‘INVALID’. Mcm mana sy nak buat ya klu kes mcm ni?

      2. HRM

        Jika anda bersetuju dgn penamatan tersebut, anda blh anggap tarikh akhir anda bekerja pada 29/1/2021, iaitu notis 1 bulan mengikut kontrak. Jika tidak, sila ke pejabat JTK utk nasihat lanjut. Bawa bersama salinan kontrak kerja/surat lantikan anda utk rujukan mereka

    2. Aisya

      Salam, kontrak prcubaan sy selama 2 tahun tamat bulan sembilan 2021 dan notis tamat kontrak adlh 6 bulan.logik kah notis selama 6bulan? Dan klau dlm tempoh prcubaan 2 tahun ni belum tamat dn sya dpt pekerjaa baru (kerajaan) apa tindakan sya perlu buat? Prlu ka sya bg notis 6 bulan atau 24jam?

  10. shahida

    salam tuan…sy bekerja under subkon dan kontrak subkon dgn company tersebut telah ditamatkan…dan kami diberi notis mengikut akta 1955..akan tetapi notis tersbut diserahkan tidak mengikut service setiap pekerja..cthnya sy dh bekerja hmpir seth notis tersebut diberikan minggu lps…kami semua diberi notis secara serentak…

    saya mula kerja bln mei2019 dan diats kontrak yg sy sign hanya sampai bln 12/2019…so smp ke hari diberhentikan kerja tiada pembaharuan kontrak…diats kontrak ada tertera kontrak akn tamat apabila kontrak subkon dgn company dibatalkan….

    1. HRM

      Wa’alaikumsalam,
      Kontrak anda boleh ditamatkan jika syarat perkhidmatan anda terikat dgn perkhidmatan dgn sub-con. Persoalannya adalah sama ada syarikat perlu membayar anda bayaran ganti notis dan faedah penamatan kerja? Ini tertakluk kpd terma kontrak anda dan sama ada tertakluk di bawah Akta Kerja. Oleh itu, kami syorkan anda ke pejabat Jabatan Tenaga Kerja berhampiran untuk bantuan. Bawa bersama dokumen2 berkaitan utk rujukan pegawai JTK.
      Anda juga dinasihatkan untuk bertanya dengan Perkeso sama anda layak menuntuk faedah2 di bawah Skim Insurans Pekerjaan.

    2. Syeera

      Assalamualaikum Tuan. Kontrak penamatan kerja saya akan tamat pada 2/9/2020. Sehingga 3/8/2020 saya belum menerima apa2 notis atau surat dari HR tapi telah dimaklumkan secara verbal oleh Manager saya pada 6/7/2020. Manager telah melaporkan pada pihak HR dan memalsukan laporan kerja saya dan pelbagai laporan untuk menjatuhkan saya. Saya amat keliru dan buntu. Mohon pencerahan pihak tuan. Terima kasih.

  11. Ammar

    Assalamualaikum tuan, saya nak bertanya, jika kontrak percubaan (probation) saya tamat setelah 6 bulan, kemudian majikan menghulurkan kontrak penyambungan atau kontrak tetap,tetapi saya tidak mahu menyambung atau menandatangani kontrak tersebut, adakah tindakan tersebut memberi kesan terhadap saya atau tiada apa2 kesan?

    1. HRM

      Wa’alaikumsalam.

      Sekiranya anda tidak menandatangani surat tawaran/penyambungan kontrak tersebut bermaksud anda tidak terikat kepada terma kontrak tersebut. Majikan juga boleh menganggap yg anda menolak tawaran mereka.

    2. Sofia

      Saya bekerja di syarikat dibawah kontrak selama 3 bulan. Bermula bulan 7 hingga bulan 10. Sekarg sudah november. Tiada kontrak baru yg dibuat. bolehkah sy memberi notis berhenti secara 24 jam? Kerana sy juga tidak berniat untuk menyambung kontrak tersebut

      1. HRM

        Jika tiada sbrg terma di dlm kontrak anda yg menyatakan sebaliknya, maka anda blh memberikan notis tersebut.

      2. Susi ramzierra

        Saya ingin brtnya sekiranya contract sya tamat 4/10 tiada surat pnyambungan contraxt seterusnya . Bolehkan memberi notis 24jam ?

      3. HRM

        Cik Susi,
        Bergantung kpd terma kontrak anda. Jika tiada dinyatakan sebaliknya, maka anda blh memberikan notis 24 jam.

Leave a Reply to sharul Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.